Showing posts with label curahan minda. Show all posts
Showing posts with label curahan minda. Show all posts

Tuesday, November 8, 2011

Bosan dan minat

Salamalaik

Gundah dan gelisah buat aku rasa seperti nak menaip sesuatu. Walhal, aku tak terbayang apa pun dalam kepala ni. Cuti yang sangat lama ni buat macam aku lemau. Padahal aku ada buat kerja. Bukan setakat kerja kosong-kosong atau buang masa, tapi ni kerja berduit oi. Tapi, ada masalah sedikit dengan kerja yang aku tengah buat ni.

Masalah dia, bosan.

Gaji banyak pun tak guna kalau kita tak menikmati setiap saat kerja kita tu. Walaupun aku rasa gaji yang aku dapat tu macam over-rated, aku tak boleh terlepas dari merasa bersyukur dengan apa yang aku dapat. Sebosan-bosan dan sesenang-senang kerja aku tu, banyak jugak duit yang aku dapat. Aku fikir, habis bulan November ni, aku nak berhenti kerja. Aku nak berkelana sikit. Cari pengalaman apa yang patut.

Booster
Seperkara tentang kebosanan ni, aku tersedar yang betapa pentingnya kita melakukan sesuatu yang kita minat dan kita suka. Bukan apa, ini persoalan kebahagian oi. Siapa nak hidup kelam, satu warna, toneless? Apalah sangat duit berjuta-juta kalau tak tenang, tak bahagia? Bagi aku, minat ni adalah semacam booster. Kemampuan kita untuk melakukan sesuatu kerja tu, akan bertambah bila kita minat melakukannya. Contohnya, Fattah ada kemahiran untuk menulis. Bila Fattah sedar yang dia minat menulis, kemahiran dia tu akan bertambah-tambah. Dia akan memperuntukkan lebih banyak masa dalam meningkatkan kemahiran penulisan. Apa ada hal tak tidur semata-mata nak baca karya-karya seniman asalkan dapat cedok seberapa banyak ilmu dari penulisan tu?

Counter-booster
Apa pulak counter-booster ni? Sejujurnya, aku tak tahu. Aku mereka-reka je terma ni. Tapi, dari segi pemahaman aku, counter-booster ni, macam lawan kepada booster. Kalau booster, boleh tingkat kemahiran, counter-booster adalah sebaliknya. Aku ada kawan masa sekolah yang menghadapi persoalan counter-booster ni. Beliau ni, bukanlah pelajar yang lemah dan bukan juga pelajar yang cemerlang. Namun, jika kena gayanya, beliau boleh cemerlang. Setakat nak A+ tu bukan masalah. Walaubagaimanapun, tetap ada masalah. Beliau tak minat subjek sains walhal beliau pelajar kelas aliran sains.

Tak pernah pun sekelumit hati beliau dibukakan untuk gadis-gadis sains yakni Fizikah, Biologiah dan Siti Kimiah. Bahkan, ada semacam tolakan terhadap gadis-gadis tersebut dari menembusi hati beliau. Keadaan yang berbeza bila si gadis Matematikah Tambahanah merapati beliau. Senyum saja memanjang walaupun khabar angin bertiup yang gadis Matematikah Tambahanah ni sukar didekati. Kesannya, mereka bahagia bersama.

Nampak tak? Minat memainkan peranan penting. Tapi, ini dari sudut pandangan aku. Kalian, aku tak tahu. Terpulang bagaimana anda melihat dunia.

Maka, akhir kata, lakukanlah perkara yang anda minat. Jangan tersalah langkah. Selamat berjaya dunia akhirat. :)

Terima kasih.

eh?* sumber: wikipedia

*ketika entri ini ditulis, lagu yang sedang dimainkan ialah Nadi Terhenti - Anuaq Zain.



Saturday, August 13, 2011

13 Ramadan

Salamalaik

Aku makin kaku lagi beku dalam peti ais gergasi UiTM ni.

Hampir 3 jam aku duduk berteleku membelek kertas, nota, buku, dan laman Wikipedia tentang Srebrenica Genocide, ICJ, massacre, Armenian Genocide, yahudi Raphael Lemkin, CPPCG dan macam-macam yang lain lagi dek test Global Issues yang akan bersua hujung minggu depan. Aku nekad tak nak tragedi #2 berdarah kembali.

Setengah jam yang lalu, memberi sedikit 'nasihat' dan 'bantuan' kepada seorang adik yang minta dibantu. BEL 313, Introduction to Critical Thinking. 'Keliru' katanya. Need some paraphrasing after that. Harapnya, membantu.

Kemudian, ternampak satu link di facebook; blog FAA, rakan sebatch. Mulalah memikirkan, "nak buat segmen tu ke tak?" Tak pernah aku buat benda-benda gitu.

Ye lah, aku tulis blog ni macam aku nak buat cerpen.
*dan aku telah menghabiskan lebih kurang 20 minit dari hari Sabtu aku dengan usaha mewujudkan entry ni.

inilah Raphael Lemkin. sumber


Tuesday, August 9, 2011

9 Ramadhan

Dua tragedi dalam masa 24 jam.

#1 - Tragedi selepas berbuka puasa 'Guys Nite'. Berlatarkan kawasan Sungai Layar dan malam 9 Ramadhan. Panjang ceritanya dan cukuplah dengan sekadar menyatakan yang tragedi ni mencacatkan sebuah mesin pembawa manusia yakni kereta.

Aftermath 
Lebih kurang 2 jam setengah telah dihabiskan dengan mengadakan kunjungan silaturrahim ke rumah saudara Munzir, host dan pencetus idea 'Guys Nite'. Selain mengetahui sedikit sebanyak tentang tips-tips memandu kereta di jalan yang agak sempit, 'jemaah' kami berkesempatan untuk mengenali sedikit latar belakang saudara Munzir serta 'kerja seninya' ketika cuti semester yang lalu. Nice job, bro. Thanks for the great hospitality. Oh ya, kami selamat tiba di kampus pada jam 11.06 minit (seperti yang ditulis dalam borang lewat masuk kampus di pondok keselamatan kampus) dan terlentang di bilik sejurus selesai menyelesaikan kewajiban seorang Muslim yakni solat Isha' sambil menyedari bahawa wujudnya quiz dan test ekonomi keesokan hari.

#2 - Tragedi yang amat berkait rapat dengan tragedi pertama. Kami atau lebih tepat, aku, sedar akan kewujudan quiz dan test ekonomi hari ini, siang 9 Ramadhan, jam 11 pagi. Keletihan malam semalam memendekkan masa persediaan aku untuk menghadapi quiz dan test tersebut.

Aftermath
Tidak berjaya untuk menjawab soalan-soalan yang dihidangkan dengan yakin dan lancar. 'Jemaah' kami turut mengalami keadaan yang sama. Markah subjek ekonomi hampir tergugat. Sedikit kekecewaan.

Kesimpulan

1. Dalam mengahadapi segala tragedi, haruslah diingatkan bahawa segalanya adalah takdir Tuhan.

2. Every cloud has silver lining. Innama'al 'usri yusra. Contohnya, tragedi #1 membawa kami ke rumah saudara Munzir aka Jet. Setidak-tidaknya kami berkenal-kenalan dengan keluarga besar Jet. Bantuan yang dihulurkan oleh jiran Jet mengingatkan kami bahawa di sebalik dunia yang penuh dengan kepeningan hari ni, masih ada yang sedia membantu orang lain. Kami juga dapat mengetahui bahawa Jet mempunyai bakat membina kolam ikan hiasan.

3. Pentingnya semangat 'susah senang bersama'. Dalam menghadapi sebarang tragedi, semangat sebegini penting dalam membantu menaikkan moral jemaah yang seterusnya mencetuskan pemikiran yang kreatif dan kreatis dalam menyelesaikan sebarang permasalahan.

4. Sila bersabar. Percayalah, kalau ada yang panas baran malam tadi, pasti tak balik kampuslah kami malam tadi.

5. Akhir sekali, sila konsisten dalam belajar. Jangan tunggu sehingga saat akhir yakni 'esok test, pagi ni belajar'. Ya, pertama sekali, sila tudingkan sebarang kesalahan kepada diri sendiri. You know you will have tests and quizzes, then you should know when you have to start your revision.

Terima kasih.


Monday, January 10, 2011

Memeluk Gerhana

Dalam masa sebegini, aku kira ada sesuatu yang bersarang dalam pemikiranku.


Aku seperti ingin mengatakan bahawa aku menulis bukan kerana aku ingin tulisan aku benar-benar dibaca, ataupun kerana aku ingin jadi penulis blog yang beberapa tahun kebelakangan ini, apa yang aku nampak, menulis blog adalah satu gaya terkini atau apa yang dikatakan sebagai trend. Ada yang menulis kerana ingin mengumpul wang ( ya lah, kos sara hidup sekarang kan mencanak ) atau sebagainya. Maka, apa pendirian aku pada saat ini? Aku menulis kerana aku ingin menulis. Aku punya keinginan padanya.


Buku terkini yang sedang dibaca (selain buku-buku akademik) : Memeluk Gerhana , Isa Kamari.


p/s : Ilham dan aku, mungkinkah ada persamaan?






Monday, September 6, 2010

Lihatlah.

picture by Yasir82 via deviantart


Bila ditanya tentang hobi; saya akan jawab : "tengok manusia"


Macam mana tu?


Duduk seorang-seorang kat suatu sudut, perhatikan apa yang manusia sekeliling buat.


Macam-macam ragam, macam-macam kerenah, macam-macam hal.


Dapat apa, bro? 


Dapat apa? Dapat macam-macam. Kita tengok sebab, kesan, reaksi dan segala macam fasal apa yang manusia-manusia yang kita observe tu buat. Of course kita tak dapat tengok hati, minda tapi kita dapat tengok zahiriah. How humans express themselves to the world. Bahagian dalam-dalam tu, walllahua'lam. 


Melihat manusia, melihat makhluk. Kemudian, lihat diri. 

Seburuk yang kita lihat atau...  
lebih buruk? 


Manusia, oh manusia... jom muhasabah diri.

Wednesday, May 12, 2010

Huzaifah II : Inni Akhafullah

"Huzaifah tak nak mimpi-mimpi lagi." ~ picture by LaBellez via Deviantart
Huzaifah sendiri. Sunyi sendirian tidak berteman. Angin malam betul-betul semacam menyuruhnya pulang ke asrama. Langit tidak berawan, yang ada hanyalah bulan terang dan terangnya cahaya bulan dirasakannnya seperti menerangi jiwanya. 

Satu garis manis terlukis di bibir Huzaifah.

“Opps!,” nyaris mereka berdua terlanggar. Tertunduk kedua-duanya.
“Hmm... Good luck ye esok!” satu ayat ringkas dilontarkan. Spontan sebenarnya.
Good luck juga esok ye!” ah, turut dibalas! Agaknya, spontan juga.

Huzaifah melukis garisan manis di bibirnya lagi. “Intan Athirah”.

Huzaifah kemudiannya menambah lagi kemanisan dalam senyumannya, kali ini perasa sinis ditambah. “Huh, pergilah kau mimpi. Buang masa aku. Aku tak perlu mencari apa yang tak pasti,”

Dia tahu, dia kerap melawan mimpi-mimpi indah itu dan dia yakin akan kemenangannya. Yakin. Sangat yakin.

Tuesday, April 13, 2010

Entry ini tak seperti entry-entry yang lain.

           setinggi mana pun kita melangkah, refleksi diri kita akan tetap terlihat ~ Reflection by MichelRajkovic


Kadang-kadang, saya terfikir tentang dah sampai tahap mana kematangan saya?. Sebabnya, saya selalu berfikir fasal masa-masa lalu. Kenapa masa lalu? 


Antara asbabnya, - "ada benda apa lagi yang belum aku buat?"
                                 - "ada benda-benda 'hitam' lagi tak yang aku tak nampak?"
                                 - "aku cuba tak 'putihkan' yang 'hitam'?"
                                 - "aku berjaya tak 'memutihkan' yang 'hitam'?"
                                 -  pendek cerita, banyak.


Kemudian, bandingkan tahap kematangan dengan umur. 


Tahap kematangan yang setara dengan umur? hmm...


Tahap kematangan yang kurang daripada umur? hmm...


atau... tahap kematangan yang lebih daripada umur? hmm...


Terus berfikir.


Tengok diri sendiri, tengok kiri, tengok kanan, tengok atas, tengok bawah, tengok keluarga, tengok kawan-kawan.


Tengok macam mana kita bergaul dengan keluarga?, tengok macam mana kita bergaul dengan rakan-rakan?. 


Tengok dah berapa banyak ayat Al Quran yang kita dah hafal? (tapi ingat-ingat lupa), tengok berapa banyak buku yang dah kita baca?, buku jenis apa dah kita baca?, berkualiti ke tak buku yang kita dah baca?.


Fikir balik benda apa yang kita dah dengar, dapat faedah ke tak?, dapat dosa ke pahala?, berkualiti ke tak?, kalau kita dengar benda yang tak elok; dah cari alternatif ke belum?.


Fikir balik apa yang dah kita makan, kita sensitif dengan halal ke tak?, kita sensitif dengan halalan toyyib ke tak?, kita sensitif dengan pembuat makanan ke tak?, kita sensitif dengan duit yang kita hulur untuk makanan tu ke tak?; siapa yang dapat untung?.


Ah, teruskan melihat dan berfikir.


Seperkara lagi, duduk-duduk sambil disisipi angin petang, ditemani sunyi sambil bunyi-bunyian semula jadi yang sekali-sekali menjengah memang satu nikmat. Ah, lagi cantik kalau ada figura-figura manusia berinteraksi sesama sendiri dan pada masa itu saya melihat dari jauh. Jauh. Memang nikmat. Lagi enak, ada nenek duduk di sebelah jadi teman berbual. Syurga, kawan. Syurga!





Thursday, April 1, 2010

Tipu? Maaf? Sekali lagi; ah, apa-apa sajalah...

Ah, mukadimahnya canda-canda, ronggeng-ronggeng. Kemudian, diselitnya asma Allah, disulamnya 'cinta Adam Hawa' , 'cinta Sulaiman Balqis' , 'cinta-cinta suci lain'. Penat main selit-selit, dia sambung mesra-mesra. Sembang sana, komen sini. Panjangnya bukan main, Perlis ke Johor pun lebih dekat. Habis-habis, dia senyum malu-malu. Ah, bukankah mahabbah antara kami itu indah? Tiada yang dinodai. Semuanya bersih tak kira, suci tak terhitung. Tak pegang-pegang bukan? Ah, indahnya mahabbah. 

Wednesday, March 24, 2010

Nak campur hitam atau tak nak campur?


macam-macam warna di dunia ni. Kita nak pilih yang mana? ~ picture by purplerainistaken via deviantart


Saya tengok belakang, ada hitam.

Saya pusing ke depan, saya nampak macam-macam warna. Agaknya, tunggu saya pilih kot.

Fikir-fikir balik, macam-macam hitam ada kat belakang. Hitam campur pink la, hitam campur putih la, hitam campur hijau la, hitam campur oren la.

Nampak macam cantik. Tapi hitam tetap ada.

Jadi, saya ingat saya nak buang hitam tu.

Tiba-tiba, ada yang kata, "Eh, dulu kata lain, sekarang kata lain,"

Kemudian, ada lain pula yang berkata, "Dulu minat hijau sampai cair-cair, lembik-lembik"

Lepas tu, ada lagi yang berkata, "Eleh, dulu minat pink tak kira. Siang malam tersenyum"

Tak cukup lagi, "Sembang! Cakap boleh. Dulu ingat oren tu sampai terbawa-bawa ke tidur"

Kemudian, saya pusing depan balik. Saya tengok pink. Saya nampak hijau. Paling cantik, putih. Kali ni, tiada hitam langsung. Tapi warna-warna tu jauh.

Saya kata, "Jauh pun tak apalah. Tak ada hitam"

Saya pun tersenyum. Saya tengok belakang, hitam-hitam tu dah tak ada.

Kata ukhti, "fake it to make itu"

Kata hukama, "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit"

Tahmid, tasbih, dan takbir.

Tuesday, March 23, 2010

Laksamana Putih vs Sisi Hitam.


bila putih bertemu hitam, kita cenderung ke mana? imanlah yang jadi penentu ~ picture by RaVeN84


Kursor dibawa ke butang 'publish post'. Jika di'klik', post yang bertajuk, "Couple? Saya Kata Tak Boleh" akan tersiarlah secara rasmi di blog encik tuan badan. Tiba-tiba, dengan tak semena-menanya...

Saturday, February 20, 2010

dari mana anda melihat?







sesetengah orang cakap, "setiap benda tu ada je baik dan buruknya"


agak-agaknye la, betul ke?





Saturday, February 6, 2010

Al Kisah Kesultanan Bulan (bukan cerita politik)



(sekadar gambar hiasan)

       Aku ingin kisahkan kamu satu cerita. Cerita tentang sebuah kerajaan. Maaf, ini bukan kisah politik. Teliliti dan hayati. Al kisah, seorang peneraju Kesultanan Bulan berhajat melaksanakan 'spot check' ke atas rakyatnya. Tujuannya tidak lain dan tidaklah bukan hanya ingin memantau apa yang sebenarnya diperbuat rakyatnya yang cergas-cergas belaka itu. Adakah tahajudnya?, hafazannya?, qiamnya?, mahupun maksiat yang sememangnya dibenci mati-matian.