Saturday, February 20, 2010
dari mana anda melihat?
sesetengah orang cakap, "setiap benda tu ada je baik dan buruknya"
agak-agaknye la, betul ke?
pokok pangkalnye, kita tengok sesuatu benda tu dari sudut apa?
sudut material?
sudut kesenian?
sudut peribadi?
sudut akidah/syariah/akhlak atau lebih umum, islami?
atau tak bersudut-sudut?
satu hari, muncul seekor gajah tengah pekan.
maka, gemparlah seisi pekan dengan kehairanan yang amat akan kehadiran gajah yang kalau di belek-belek, mau datang dari zimbabwe. tak pun, afrika selatan.
secara automatiknya, berbakul-bakullah komentar dari warga pekan yang terkeluar. sama ada secara zahiriah mahupun batiniah.
pakcik harun yang kariernya adalah pemburu makanan eksotik berkata :
"rezeki ni, langkah kanan, dapat lebih, boleh honeymoon kali ke dua dekat Venice"
kata puan rogayah yang kerjanya siang malam menanam sayur sawi, kobis dan tomato:
"ya ampun, tok gajah, cucu gajah, cicit gajah, hamba mohon jangan langgar sayur-sayuran hamba. hamba ada anak yang mahu disuap"
Encik Pablo Hassan deStefano yang bertugas di PERHILITAN pula berkata :
"aih, ni kena telefon PERHILITAN pahang ni, mau kena angkat hantar sana ni"
**********************************************************
soalnya, siapa anda?
lantas, soalan kedua yang timbul setelah soalan di atas, bagaimana anda terbentuk sebagaimana diri anda?
hah. di sini, iman mampu menjawab dengan adil.
wallahua'lam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment