Wednesday, March 3, 2010

apa tajuknya ya?

                                                           jom tulis!  'writing' by ~jkimbo                                                                     
         
sungguh, kadang-kadang (mungkin 'selalu' ialah perkataan yang sesuai) tak tahu nak tulis apa.


"menulis ni, kita kena ada rasa nak berkongsi," itu yang saya dengar. memang betul.


oh ya, nak berkongsi? menarik.




lepas tu, bila semangat je nak taip atau kadang-kadang dah siap habis type, tiba-tiba, "bukan menarik pun, apa hal nak cerita kat orang," semangat luntur kembali macam clorox meratah baju yang kotor.


dan kemudiannya, seluruh post yang panjang lagi lebar dihapuskan begitu sahaja terus ke tapak pelupusan siber.


tapi, kadang-kadang, situasi lain yang mendatang.


"betul ke apa yang aku tulis ni?"


bahana menulis ikut hati, kurang ilmu. terbantut juga di situ. kemudian, 


akhirnya ambil keputusan, "tulis je."


tak mengharap pujian, tak menjemput cacian. menulis kerana ingin menulis. cita-cita redha Allah terselit di situ.


saya pernah mendengar satu kata-kata. dari mana dan siapa yang menyampaikan atau menyebarkan, serius saya tak ingat.


kata-kata tersebut berbunyi begini. " SN A Samad Said berkata, "baca, baca, baca, kemudian tulis,""





2 comments:

  1. Kata-kata tu, Pak Samad ucapkan pada Faisal Tehrani ketika pertemuan pertama mereka di celah-celah tiang Masjid Negara. Kemudian, Faisal bertanya, "Kalau yang seterusnya itu tetap membaca?" (merujuk kepada 'tulis'). Pak Samad jawab, "Maka kita akan jadi pembaca!". Tengok kat Youtube,MHI : Wawancara FT tentang bukunya Bedar Sukma Bisu (The Prau With The Silent Soul)

    Pernah baca?

    ReplyDelete
  2. ada kalanya kekal jadi pembaca, ada kalanya bertransformasi kepada penulis.

    maaf, belum. sekadar memberi tajuk memang menarik. lebih menarik menceritakan serba sedikit tentang buku tersebut. bolehkah? satu post khas di kolek 1511 pun menarik. tak gitu?

    ReplyDelete