Wednesday, March 3, 2010

orang melayu kata 'membaca'. orang inggeris cakap 'reading'. orang arab sebut 'yaqro'u'

                                                             'reading' by ravenngo

membaca? 

dulu, masa saya tak tahu apa itu Umno atau Pas,
masa saya tak kenal George Bush dan suku-sakatnya,
masa saya tak cam muka Adolf Hitler dengan Ariel Sharon,
masa saya tak faham kenapa orang sepak bola,
masa saya tak reti nak sikat rambut sendiri,
masa saya tak ambil tahu tentang kenapa kita bernyahtinja,
masa saya tak nak tahu fasal alamat rumah saya,


saya sangat tak mengerti kenapa kita membaca. 
tetapi sememangnya saya membaca ketika itu.
ya, bacalah buku apa-apa pun.


'sang kancil menipu buaya',
'tangan emas midas',
'goldilocks dan beruang-beruang', (saya pun tak pasti apa tajuk sebenar dia)
'robin hood',
'katak puru dan kodok',
dan seribu satu tajuk lagi.


oh ya, biasalah memang manusia kurang ambil tahu tentang hakikat setiap kejadian atau aktiviti.
lebih-lebih lagi kanak-kanak.


bila umur meningkat dan usia berkurang,
saya terjumpa macam-macam sebab mengapa membaca. 
menambah pengetahuan, mengisi masa lapang, untuk mengisi buku NILAM, dan tak lupa, wahyu pertama yang diturunkan kepada Rasulullah s.a.w., adalah mengenai pembacaan. ya, semua isi-isi ni, dimasukkan dalam karangan bahasa Melayu.


bila bercakap fasal membaca, sudah tentu kita akan bercakap mengenai medium pembacaan.
surat khabar? novel? surat? blog?
semua boleh.


kemudian, kita tengok penulis medium.
"dia ni bangsa apa?"
"Islam ke apa ni?"
"dia ni, Syiah"
"jangan percaya propaganda Utusan Meloya ni, penulis dia puak-puak Pekembar"
"penulis ni adik-beradik kakak-kakak dan adik-adik wanita dalam islam"


oh, agak sensitif.


saya rasa sangat gembira bila saya berkongsi tentang sebuah buku, ada orang lain yang akan berkata,
"oh, buku ni memang menarik. Saya pernah baca. Penulisnya memang hebat...bla3..."
biarlah berapa muka surat pun panjangnya ulasan mengenai buku tersebut, saya akan menghargainya.


oh ya, kempen 'BACA@LRT' sangat menarik. 


Pesta yang ditunggu-tunggu, 19-28 Mac ini.


kerana impian saya : bila berbual dengan orang lain dan kita sebut tentang buku-buku, mereka akan jawab, "oh, buku tu. saya ada!" kemudian, kata mereka lagi, " awak ada buku ni?, bacalah, bagus," . Apabila buku dijadikan salah satu agenda harian. Penulis dijadikan setaraf atau lebih terkenal berbanding penghibur-penghibur yang berkata, "saya hanya cari rezeki halal, yang penting, nawaitunya","majulah industri hiburan negara kita". Bolehkah? atau melebih-lebih?


buat masa ini, ketupat cinta masih dalam proses penghadaman.

No comments:

Post a Comment