menghambakan diri pada Pemilik Hamba ~ 'pray' by zhoya
Sejak kecil lagi, saya selalu
dicanang-canangkan dengan perkataan ‘hamba’.
“kita ni hamba Allah”
“taraf manusia ni hamba je di sisi Allah. tahu
‘hamba’?”
“hamba pohon ampun seampun-ampunnya”
tetapi kan, betul-betul ke kita faham dengan
terma ‘hamba’ tu?
atau kita faham sekadar ‘hamba Allah’. sekadar
nama. sekadar terma. tak lebih dari tu.
cuba bayangkan, kehidupan seorang hamba. maaf,
bukan ‘hamba Allah’ yang saya maksudkan. hamba kepada manusia. kita bayangkan
zaman purbakala dulu-dulu, perdagangan hamba abdi tu, perkara biasa la kan. jual-menjual,
beli-membeli. huh. betapa hinanya hamba tu.
tak cukup lagi, dalam susun lapisan masyarakat
tamadun mana pun; mesopotamia ke, indus ke, hwang ho ke, mesir purba ke,
golongan hamba sememangnya tiada tempat lain melainkan di lapisan yang paling
bawah. hamba ni asalnya golongan apa? golongan banduan, muflis, tak mampu sara
hidup. pokoknya, hamba ni memang susah tak terkira la.
okey, sekarang ni, letakkan ciri-ciri ‘hamba manusia’
tu pada ‘hamba Allah’.
susah tak kita?
tak kira la susah apa pun, susah fasal kesempitan
wang ke, susah fasal kerja berat ke, atau pun, susah fasal berat nak beribadat.
kita rasa tak sesusah ‘hamba manusia’. itu ‘hamba
manusia’. kita boleh bayangkan kesusahannya. tapi, bila berada dalam mode ‘hamba
Allah’, berapa darjah sangatlah kesusahan
kita. darjah kesusahan ‘hamba manusia’ lagi tinggi dari ‘hamba Allah’. berapa
sangatlah kesanggupan kita untuk susah kerana Allah.
so, sama-samalah kita ukur darjah kehambaan
kita. adakah benar-benar kita ni hamba? atau sekadar hamba dari segi terma
perhubungan kita dengan pencipta hamba?
penutup
harapan saya tidaklah sampai nak kata supaya
semua yang membaca betul-betul menjadi hamba. kalaulah itu yang berlaku,
alhamdulillah. semoga post ni menjadi peringatan kepada saya, hamba marhein,
akan hakikat kehambaan. manusia kan diciptakan dalam bilangan yang sangat
banyak kat dunia ni. so, tunggu apa lagi,
kau tegur aku, aku tegur kau. sama-samalah tegur-menegur.
sekeras mana pun bangunan, kalau inspector yang inspect bangunan tak tegur pasal keretakan bangunan, insyaAllah, runtuhlah ia jua.
cakap memang boleh. buat pun insyaAllah boleh.
Malaysia boleh? Islam lagi boleh.
wallahua’lam.
sekeras mana pun bangunan, kalau inspector yang inspect bangunan tak tegur pasal keretakan bangunan, insyaAllah, runtuhlah ia jua.
cakap memang boleh. buat pun insyaAllah boleh.
Malaysia boleh? Islam lagi boleh.
wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment