Thursday, March 11, 2010

Alhamdulillah.

                                                                              Alhamdulillah, semuanya baik.


"Alhamdulillah, bagus la tu"


"Ok la tu. Kalau kamu study lagi kuat, mesti A lah"


"Ni, dah nak dekat sama dengan kakak dia ni. Boleh ikut pergi Mesir la ni"


Alhamdulillah. Walaupun bukanlah yang terbaik di pandangan manusia, tapi saya sangat bersyukur. Kerana Allah sentiasa memberikan yang terbaik. Apa jua keputusan pun adalah yang terbaik.  


Allah adalah pemilik hamba. Maka pemilik yang Satu ini sentiasa memberikan yang baik-baik sahaja kepada hambaNya. Straight A adalah baik, 8 A adalah baik, 3 A adalah baik, tiada A adalah baik hatta yang gagal pun adalah baik. Cuma bagaimana kita melihat kebaikan di sebalik kekurangan dan kelebihan.


Ujian


“Apakah manusia itu mengira, mereka akan ditinggalkan dengan berkata: Kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji(keimanan mereka itu)?” Surah Al-Ankabut ayat 2.


Ya. segalanya adalah mengenai ujian. Ujian terhadap setinggi mana keimanan seorang hamba. Kejayaan, ujiannya adalah ria'. Kegagalan, ujiannya adalah keputus asaan. 


Mari kita renung sejenak. 


Allah tidak bersikap zalim. Tetapi kitalah hambanya yang menzalimi diri sendiri. Setiap ujian yang diberikan, adalah ujian yang mampu hambaNya tempuhi. Kerana Dialah Pemilik Hamba, maka Dialah yang lebih mengetahui setiap inci akan hambaNya. 


Kepada pelajar yang kurang cemerlang, mungkin jika diberikan kejayaan, dia akan bersikap ria' dan bermegah-megah. Mungkin sahaja. 


Kepada pelajar yang cemerlang keputusannya, mungkin jika diberikan kegagalan, dia akan berputus asa dan hilang harapannya kepada Allah. Mungkin sahaja. 


Mungkin itu satu ujian yang tidak mampu ditempuhi oleh golongan sedemikian.


Segalanya mungkin. 


Tetapi, ujian kepada mereka mungkin sahaja 
-bagaimana mereka bersyukur atas kelebihan atau kekurangan?
-adakah mereka hilang harapan dan berputus asa akan rahmat Allah?
-adakah mereka akan bermegah-megah dan mendabik dada sambil berkata, "Sesungguhnya ini ialah usaha aku semata-mata"?
-adakah mereka akan menyalahkan takdir dan bersangka buruk terhadap Allah?


Segalanya mungkin.


Kerana Allah tidak pernah mensia-siakan HambaNya.


“Apakah kamu mengira, Kami menciptakan kamu sia-sia sahaja? Dan kamu kepada Kami tidak akan dikembalikan?” Surah Al-Mukminun ayat 115.


Wallahua'lam.



2 comments:

  1. ~kita jangan tenggelam dalam sangkaan orang. like you said, sangkaan manusia membawa ujian. ria' atau ya's (putus asa).akk tahu abang mencari yang terindah dipandangan Allah, moga sentiasa cemerlang atas mizanNya. Itu yang bakal menemukan kita di syurga nanti..amiin

    ReplyDelete