Tuesday, August 9, 2011

9 Ramadhan

Dua tragedi dalam masa 24 jam.

#1 - Tragedi selepas berbuka puasa 'Guys Nite'. Berlatarkan kawasan Sungai Layar dan malam 9 Ramadhan. Panjang ceritanya dan cukuplah dengan sekadar menyatakan yang tragedi ni mencacatkan sebuah mesin pembawa manusia yakni kereta.

Aftermath 
Lebih kurang 2 jam setengah telah dihabiskan dengan mengadakan kunjungan silaturrahim ke rumah saudara Munzir, host dan pencetus idea 'Guys Nite'. Selain mengetahui sedikit sebanyak tentang tips-tips memandu kereta di jalan yang agak sempit, 'jemaah' kami berkesempatan untuk mengenali sedikit latar belakang saudara Munzir serta 'kerja seninya' ketika cuti semester yang lalu. Nice job, bro. Thanks for the great hospitality. Oh ya, kami selamat tiba di kampus pada jam 11.06 minit (seperti yang ditulis dalam borang lewat masuk kampus di pondok keselamatan kampus) dan terlentang di bilik sejurus selesai menyelesaikan kewajiban seorang Muslim yakni solat Isha' sambil menyedari bahawa wujudnya quiz dan test ekonomi keesokan hari.

#2 - Tragedi yang amat berkait rapat dengan tragedi pertama. Kami atau lebih tepat, aku, sedar akan kewujudan quiz dan test ekonomi hari ini, siang 9 Ramadhan, jam 11 pagi. Keletihan malam semalam memendekkan masa persediaan aku untuk menghadapi quiz dan test tersebut.

Aftermath
Tidak berjaya untuk menjawab soalan-soalan yang dihidangkan dengan yakin dan lancar. 'Jemaah' kami turut mengalami keadaan yang sama. Markah subjek ekonomi hampir tergugat. Sedikit kekecewaan.

Kesimpulan

1. Dalam mengahadapi segala tragedi, haruslah diingatkan bahawa segalanya adalah takdir Tuhan.

2. Every cloud has silver lining. Innama'al 'usri yusra. Contohnya, tragedi #1 membawa kami ke rumah saudara Munzir aka Jet. Setidak-tidaknya kami berkenal-kenalan dengan keluarga besar Jet. Bantuan yang dihulurkan oleh jiran Jet mengingatkan kami bahawa di sebalik dunia yang penuh dengan kepeningan hari ni, masih ada yang sedia membantu orang lain. Kami juga dapat mengetahui bahawa Jet mempunyai bakat membina kolam ikan hiasan.

3. Pentingnya semangat 'susah senang bersama'. Dalam menghadapi sebarang tragedi, semangat sebegini penting dalam membantu menaikkan moral jemaah yang seterusnya mencetuskan pemikiran yang kreatif dan kreatis dalam menyelesaikan sebarang permasalahan.

4. Sila bersabar. Percayalah, kalau ada yang panas baran malam tadi, pasti tak balik kampuslah kami malam tadi.

5. Akhir sekali, sila konsisten dalam belajar. Jangan tunggu sehingga saat akhir yakni 'esok test, pagi ni belajar'. Ya, pertama sekali, sila tudingkan sebarang kesalahan kepada diri sendiri. You know you will have tests and quizzes, then you should know when you have to start your revision.

Terima kasih.


3 comments: