Tuesday, November 8, 2011

Bosan dan minat

Salamalaik

Gundah dan gelisah buat aku rasa seperti nak menaip sesuatu. Walhal, aku tak terbayang apa pun dalam kepala ni. Cuti yang sangat lama ni buat macam aku lemau. Padahal aku ada buat kerja. Bukan setakat kerja kosong-kosong atau buang masa, tapi ni kerja berduit oi. Tapi, ada masalah sedikit dengan kerja yang aku tengah buat ni.

Masalah dia, bosan.

Gaji banyak pun tak guna kalau kita tak menikmati setiap saat kerja kita tu. Walaupun aku rasa gaji yang aku dapat tu macam over-rated, aku tak boleh terlepas dari merasa bersyukur dengan apa yang aku dapat. Sebosan-bosan dan sesenang-senang kerja aku tu, banyak jugak duit yang aku dapat. Aku fikir, habis bulan November ni, aku nak berhenti kerja. Aku nak berkelana sikit. Cari pengalaman apa yang patut.

Booster
Seperkara tentang kebosanan ni, aku tersedar yang betapa pentingnya kita melakukan sesuatu yang kita minat dan kita suka. Bukan apa, ini persoalan kebahagian oi. Siapa nak hidup kelam, satu warna, toneless? Apalah sangat duit berjuta-juta kalau tak tenang, tak bahagia? Bagi aku, minat ni adalah semacam booster. Kemampuan kita untuk melakukan sesuatu kerja tu, akan bertambah bila kita minat melakukannya. Contohnya, Fattah ada kemahiran untuk menulis. Bila Fattah sedar yang dia minat menulis, kemahiran dia tu akan bertambah-tambah. Dia akan memperuntukkan lebih banyak masa dalam meningkatkan kemahiran penulisan. Apa ada hal tak tidur semata-mata nak baca karya-karya seniman asalkan dapat cedok seberapa banyak ilmu dari penulisan tu?

Counter-booster
Apa pulak counter-booster ni? Sejujurnya, aku tak tahu. Aku mereka-reka je terma ni. Tapi, dari segi pemahaman aku, counter-booster ni, macam lawan kepada booster. Kalau booster, boleh tingkat kemahiran, counter-booster adalah sebaliknya. Aku ada kawan masa sekolah yang menghadapi persoalan counter-booster ni. Beliau ni, bukanlah pelajar yang lemah dan bukan juga pelajar yang cemerlang. Namun, jika kena gayanya, beliau boleh cemerlang. Setakat nak A+ tu bukan masalah. Walaubagaimanapun, tetap ada masalah. Beliau tak minat subjek sains walhal beliau pelajar kelas aliran sains.

Tak pernah pun sekelumit hati beliau dibukakan untuk gadis-gadis sains yakni Fizikah, Biologiah dan Siti Kimiah. Bahkan, ada semacam tolakan terhadap gadis-gadis tersebut dari menembusi hati beliau. Keadaan yang berbeza bila si gadis Matematikah Tambahanah merapati beliau. Senyum saja memanjang walaupun khabar angin bertiup yang gadis Matematikah Tambahanah ni sukar didekati. Kesannya, mereka bahagia bersama.

Nampak tak? Minat memainkan peranan penting. Tapi, ini dari sudut pandangan aku. Kalian, aku tak tahu. Terpulang bagaimana anda melihat dunia.

Maka, akhir kata, lakukanlah perkara yang anda minat. Jangan tersalah langkah. Selamat berjaya dunia akhirat. :)

Terima kasih.

eh?* sumber: wikipedia

*ketika entri ini ditulis, lagu yang sedang dimainkan ialah Nadi Terhenti - Anuaq Zain.



1 comment: