Monday, November 7, 2011

2 Zulhijjah

Ini kesinambungan entri 4 Ramadan.

Latar : Dalam sebuah bilik di sebuah kediaman.

Matt teringat kata-kata Raul lebih kurang dua bulan lepas semasa di kolej yang berbunyi lebih kurang sebegini; "Matt, kau ni jahat la. Kau dah cubit hati dia, kau tak patut tinggal je cubitan tu macam tu je".

Dia duduk seorang diri dalam bilik sambil menghadap komputer. Apa yang dihadapan tak diambil pusingnya. Di dalam kepalanya, satu soalan ligat berlegar mengilingi akalnya. Soalan tu berbunyi macam ini; "Macam mana kalau dia cubit hati aku pulak? Lepas tu, dia buat macam dingin je?"

Matt diam sendiri dan terus menerus memikirkan masa depannya. Dia cuma mampu bersangka baik.

Bersangka baik dan berfikiran positif.

"Baru sebulan. Ada lagi lebih kurang tiga bulan. Hmmm. Semoga cepat masa berlalu," itu monolog Matt sendiri.

1 comment: