Thursday, April 1, 2010

Tipu? Maaf? Sekali lagi; ah, apa-apa sajalah...

Ah, mukadimahnya canda-canda, ronggeng-ronggeng. Kemudian, diselitnya asma Allah, disulamnya 'cinta Adam Hawa' , 'cinta Sulaiman Balqis' , 'cinta-cinta suci lain'. Penat main selit-selit, dia sambung mesra-mesra. Sembang sana, komen sini. Panjangnya bukan main, Perlis ke Johor pun lebih dekat. Habis-habis, dia senyum malu-malu. Ah, bukankah mahabbah antara kami itu indah? Tiada yang dinodai. Semuanya bersih tak kira, suci tak terhitung. Tak pegang-pegang bukan? Ah, indahnya mahabbah. 


Tertipunya kalian, tertipu.


Ah, kau muda lagi. Apa kau tahu fasal cinta? fasal mahabbah? fasal 'pasang-pasang'?


Ah, kau sama sahaja. Kaulah dulu. Kau sebut 'ana uhubbuki' bukan? Eh, bukan ke tambah satu lagi perkataan? Haa... 'jiddan'... 


Ah, kau itulah. Kau kata, budak (madrasah) agama. Budak (madrasah) agama terpelihara bukan? Eh, mungkin 'bersih' lagi tepat.


Hmmm... itu dulu... aku ada baca satu artikel tu, err... "islah nafsak wad’u ghairak" yakni “Perbaiki diri kamu, dan(pada masa yang sama) ajak orang lain(memperbaiki diri macam kamu juga)”


Oh, rahmatilah ya Allah penulis artikel itu. 


Oh, ikhlaskanlah hatiku ya Allah. Moga istiqamah di jalan ini. Istaqamah, dan terus istiqamah. Sebab, aku ada dengar, err... "fake it to make it"... 


Oh, berat. Memang berat. Susah, susahnya tak kira. 


Oh, aku tengok belakang, aku geleng-geleng. Maafkan aku, kawan-kawan. Maafkan aku. 


Maafkan.


Ah, cakap boleh la... itu kau, ini aku...

1 comment:

  1. biasanya teguran akan diambil kira berdasarkan penampilan si penegur. andai penegur langkahnya pincang, payah diikut nasihat.

    ReplyDelete