Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts

Wednesday, February 29, 2012

Apa?

Junaty, Vivien dan Salha.

Tiga nama itu tertulis dengan tulisan berwarna biru di atas cermin solek dalam bilik 202 Hotel Putra, Jalan Putra, Kuala Lumpur. Di sebelah nama-nama itu ada nombor telefon yang boleh sesiapa saja dail. Aku tak tahu jika tiga nama itu dapat menggambarkan apa jenis bentuk organ yang ada dalam seluar mereka. Aku tak tahu jika nama-nama itu dapat mengindikasikan apakah gender mereka.

Jejaka kah? Wanita kah? Khunsa kah? Aku tak tahu.

Hari ini, nama bukanlah apa-apa. Kita tak tahu jika pemilik nama Rokiah dalam kad pengenalan membahasakan dirinya sebagai Rocky. Kita juga tak tahu jika pemilik nama Abu Hassan memilih untuk digelar sebagai Abby Hani. Nama bukanlah apa-apa hari ini. Apabila ada yang ingin jadi sesuatu yang bukan mereka.

Siapa Junaty, Vivien dan Salha masih jadi misteri. Aku tak tahu samada mereka ini ayam jantan atau betina. Apa yang aku yakin, mereka ini pemberi gembira sementara bagi mereka yang kadang-kadang keliru maksud bahagia.

Junaty, Vivien dan Salha. Hotel Putra, Jalan Putra, Kuala Lumpur. 17 Februari 2012.

Tuesday, January 31, 2012

Jam ke 11


"The man who decide to change in 12th hour dies in 11th"

Quote ni aku jumpa masa baca novel Contengan Jalanan. Aku google quote ni, aku jumpa blog Hlovate; penulis contengan Jalanan.





Lepas tu aku jumpa this one short film called 11th Hour dalam blog tu. Aku google "11th Hour". Aku jumpa IMDb movie "The 11th Hour". Leonardo DiCaprio berlakon. Eh, takkanlah kot. Ni movie Hollywood.




Aku patah balik kat blog Hlovate. Aku cari nama producer dia. Sami Haque. Kemudian aku google "11th Hour Sami Haque". Aku jumpa link vimeo. 11th. Itu yang aku cari.




Aku catat kat sini supaya sesiapa yang membaca boleh klik link yang ketiga ni. Klik lah. Jangan tanya kenapa aku tulis panjang-panjang untuk satu link yang boleh aku terus letak je.

Sunday, December 11, 2011

Tentang Kesihatan

Cuti yang super panjang ni, buat aku terfikir tentang kesihatan aku. Makan macam tak ingat dunia, tapi kalau masuk bab bersenam dan bersukan, haram nak rajin. Aku terkenang jugak masa zaman sekolah dulu. Boleh dikatakan hari-hari aku turun bersukan. Hari-hari berpeluh. Walaupun aku bukanlah atlit yang power, tapi sekurang-kurangnya aku pernah mewakili sekolah dalam tiga jenis sukan yakni hoki, handball dan softball. Sekurang-kurangnya lah. Berpeluh jugak aku hari-hari.

Melihat diri aku yang baru berumur 19 tahun, dan banyak kekurangan dari segi kesihatan, aku tahu aku telah mendedahkan diri aku dengan pelbagai risiko kesihatan. Pemakanan yang tak terjaga, tekanan pemikiran yang kadang-kadang tidak terkawal, dan kekurangan stamina.

Banyak yang negatif. Tak ada cara lain dah selain ubah cara hidup. Makan berpada-pada, konsisten dalam bersenam, dan banyak bersabar untuk menghindarkan stress. Tudia, bukan tak tau cara dia, tapi tak mau nak buat ja.

Ya Tuhan, bukakanlah hati hamba-Mu supaya dapat bersabar dalam menghadapi ujian nikmat makanan dunia, dan kemalasan untuk bersukan. Jadikanlah hamba-Mu ini manusia yang bersabar. Amin.

Kalau sihat, nak belajar pun senang.
Bila belajar senang, insya-Allah boleh score dalam exam.
Bila score dalam exam, boleh graduate dengan cemerlang.
Bila graduate dengan cemerlang, boleh dapat kerja yang $tylo.
Bila dapat kerja yang $tylo, insya-Allah keluarga bahagia.
Bila keluarga bahagia, hidup pun senang.

Kesimpulannya, berusahalah untuk menjadi manusia yang sihat. Kita boleh berusaha, tapi sihat adalah satu rezeki daripada Tuhan. Semoga kita peroleh kesihatan yang baik.

zaman di mana bersukan pada waktu petang adalah satu kewajipan.



Thursday, November 10, 2011

Sila faham

Salamalaik

Salah satu sebab kenapa manusia menulis atau menaip, adalah untuk menyampaikan maklumat. Ya lah, maklumat boleh jadi macam-macam jenis maklumat. Maklumat dunia, maklumat setempat, maklumat tentang perdagangan, maklumat tentang undang-undang sehinggalah maklumat tentang diri sendiri. Semua itu maklumat. Supaya yang lain boleh mengetahui apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka. Sasaran penerima maklumat itu juga pelbagai dan bukan semua orang disasarkan untuk menerima sesetengah maklumat. Contohnya, kita tak tahu mengenai polisi terkini di sesebuah Kementerian atau di sesebuah syarikat kerana maklumat tersebut tak disasarkan kepada kita.

Pencetus kenapa maklumat disasarkan juga berbeza. Ada yang punya objektif yang tepat dan tersendiri. Ada pula yang tiada sebab yang jelas dan kabur objektifnya. Bagi aku, selalunya, hati yang gundah dan gelisah buat aku terasa nak menaip sesuatu. Ya, itu satu maklumat jika anda baca dengan teliti ayat-ayat yang aku taip.

Sering kali ada persoalan yang ingin ditimbulkan oleh penyampai-penyampai maklumat melalui medium penulisan selain dari menyampaikan maklumat. Dalam sesetengah kes, maklumat bukanlah disampaikan dengan satu tujuan mutlak iaitu memberi maklumat, tetapi pada masa yang sama, menimbulkan persoalan kepada pembaca. Misalnya, "apa sebenarnya yang berlaku?" atau "apa sebenarnya yang menyebabkan sesuatu maklumat itu disampaikan?" atau juga "apa penyelesaian kepada masalah yang diutarakan?".

Namun, bukanlah semudah itu untuk penyampai maklumat dan penerima maklumat dapat menghadam proses-proses penyampaian dan penerimaan maklumat apatah lagi maklumat itu sendiri. Komunikasi adalah satu elemen yang penting dalam memastikan keberkesanan proses integrasi maklumat antara penyampai dan penerima. Terdapat banyak penghalang kepada sistem komunikasi yang berkesan dan diantaranya ialah segan, malu, medium penyampaian yang tidak efisyen, terlalu berhati-hati, dan tidak lupa egoistik. Ya, sikap manusia sendiri adalah penghalang kepada sistem komunikasi yang berkesan.

Akhir kata, komunikasi dan maklumat adalah dua elemen yang memerlukan antara satu sama lain. Anda akan faham seluruh penyampaian maklumat aku di atas jika anda teliti betul-betul kerana maklumat itu tidak bersifat sebelah muka sahaja. Ada yang tersurat dan ada yang tersirat, kalaulah anda faham.

Terima kasih.

Tuesday, November 8, 2011

Bosan dan minat

Salamalaik

Gundah dan gelisah buat aku rasa seperti nak menaip sesuatu. Walhal, aku tak terbayang apa pun dalam kepala ni. Cuti yang sangat lama ni buat macam aku lemau. Padahal aku ada buat kerja. Bukan setakat kerja kosong-kosong atau buang masa, tapi ni kerja berduit oi. Tapi, ada masalah sedikit dengan kerja yang aku tengah buat ni.

Masalah dia, bosan.

Gaji banyak pun tak guna kalau kita tak menikmati setiap saat kerja kita tu. Walaupun aku rasa gaji yang aku dapat tu macam over-rated, aku tak boleh terlepas dari merasa bersyukur dengan apa yang aku dapat. Sebosan-bosan dan sesenang-senang kerja aku tu, banyak jugak duit yang aku dapat. Aku fikir, habis bulan November ni, aku nak berhenti kerja. Aku nak berkelana sikit. Cari pengalaman apa yang patut.

Booster
Seperkara tentang kebosanan ni, aku tersedar yang betapa pentingnya kita melakukan sesuatu yang kita minat dan kita suka. Bukan apa, ini persoalan kebahagian oi. Siapa nak hidup kelam, satu warna, toneless? Apalah sangat duit berjuta-juta kalau tak tenang, tak bahagia? Bagi aku, minat ni adalah semacam booster. Kemampuan kita untuk melakukan sesuatu kerja tu, akan bertambah bila kita minat melakukannya. Contohnya, Fattah ada kemahiran untuk menulis. Bila Fattah sedar yang dia minat menulis, kemahiran dia tu akan bertambah-tambah. Dia akan memperuntukkan lebih banyak masa dalam meningkatkan kemahiran penulisan. Apa ada hal tak tidur semata-mata nak baca karya-karya seniman asalkan dapat cedok seberapa banyak ilmu dari penulisan tu?

Counter-booster
Apa pulak counter-booster ni? Sejujurnya, aku tak tahu. Aku mereka-reka je terma ni. Tapi, dari segi pemahaman aku, counter-booster ni, macam lawan kepada booster. Kalau booster, boleh tingkat kemahiran, counter-booster adalah sebaliknya. Aku ada kawan masa sekolah yang menghadapi persoalan counter-booster ni. Beliau ni, bukanlah pelajar yang lemah dan bukan juga pelajar yang cemerlang. Namun, jika kena gayanya, beliau boleh cemerlang. Setakat nak A+ tu bukan masalah. Walaubagaimanapun, tetap ada masalah. Beliau tak minat subjek sains walhal beliau pelajar kelas aliran sains.

Tak pernah pun sekelumit hati beliau dibukakan untuk gadis-gadis sains yakni Fizikah, Biologiah dan Siti Kimiah. Bahkan, ada semacam tolakan terhadap gadis-gadis tersebut dari menembusi hati beliau. Keadaan yang berbeza bila si gadis Matematikah Tambahanah merapati beliau. Senyum saja memanjang walaupun khabar angin bertiup yang gadis Matematikah Tambahanah ni sukar didekati. Kesannya, mereka bahagia bersama.

Nampak tak? Minat memainkan peranan penting. Tapi, ini dari sudut pandangan aku. Kalian, aku tak tahu. Terpulang bagaimana anda melihat dunia.

Maka, akhir kata, lakukanlah perkara yang anda minat. Jangan tersalah langkah. Selamat berjaya dunia akhirat. :)

Terima kasih.

eh?* sumber: wikipedia

*ketika entri ini ditulis, lagu yang sedang dimainkan ialah Nadi Terhenti - Anuaq Zain.



Sunday, November 6, 2011

Ramalan kaji cuaca

Salamalaik

Petang Aidiladha. Macam selalu, bila beraya di rumah ni, memang tak banyak aktivitilah. Tak macam beraya di kampung.

4 November
Tarikh yang agak keramat, mungkin? Tarikh yang menjawab soalan sebegini :

  • Dapat ke tak aku sambung BLS?
  • Agak-agak, aku sambung degree kat Shah Alam ke tak?
  • Entah lepas ke tak subjek Law 3 a.k.a loteri aku?
  • Nak kena reseat loteri ke tak?
  • dll.

Perasaan bagi kebanyakan manusia seperti aku, adalah seperti sekumpulan rama-rama berterbangan bebas di dalam perut kami. We're as nervous as Antarctica! Oh my, what's the connection between nervous and Antarctica? Kaki aku sejuk yang teramat bila aku semak e-mail dan teliti apa yang tertulis di situ. 

Alhamdulillah. Tak sebaik dua sem yang lepas tapi cukup untuk mencetuskan kata-kata syukur secara spontan dari mulut aku. I don't remember seeing any alphabet C at the grade's column. Alhamdulillah. Loteri tak mengecewakan aku. To make things better, the CGPA is quite okay. Cukup lah kalau nak sambung ke Shah Alam.

Ok. Aku tak nak cerita dah fasal result aku. Satu perenggan cukup.

Pasca 4 November

Aku bersyukur dengan keputusan ni. Tapi hidup bukan sorang-sorang. Kita ada kawan yang sama-sama naik, dan sama-sama turun. Sama-sama belajar, sama-sama merapu. Ada antara mereka yang senyumnya tak lekang-lekang walaupun dah 3 hari berlalu. Mandi senyum, makan senyum, tidur senyum, main futsal senyum, bahkan tengok telefon pun senyum. Eh?

Ada juga yang kurang bernasib baik dan kurang rezekinya. Tengok keputusan sepuluh, sebelas kali pun tak dapat nak senyum. Kurang pointer, grade tak memberangsangkan, lagi dua nombor untuk melayakkan diri ke Shah Alam dan tak lupa yang gagal salah satu dari lima subjek. Jujur, aku rasa kehilangan dan sebak bila mengenangkan mereka yang terpaksa berhadapan dengan situasi sebegini. To know that you won't seeing any of your friends as your course mate is quite saddening. Ada yang akan ke kampus lain, ada yang akan ke universiti lain, ada juga yang akan ke fakulti lain. Apa lagi kalau tahu ada yang antara mereka perlu kembali ke Merbok untuk menempuh satu semester lagi di sana. Ya, satu semester tanpa rakan-rakan yang sudah melata ke pelusuk alam menyambung pengajian ijazah.

Semoga Tuhan menguatkan hati-hati kamu.

Last words
Tak banyak yang aku dapat cakap atau taip. Harapan aku, semoga baik atau tidak keputusan kita, ketahuilah, Tuhan juga yang mengetahui di mana kita patut berada dan bagaimana cerita kita. Sentiasa ada hikmah di sebalik setiap perkara. Bagi yang bakal menempuh masa hadapan di Shah Alam, jangan cepat gembira dan puas dengan kejayaan sebentar kita ni. Banyak lagi jalan-jalan yang perlu kita tempuh. Bagi yang tiada rezeki untuk ke Shah Alam, mungkin ada tempat lain yang lebih baik untuk kamu. Tempat yang jauh lebih baik dari Shah Alam. Bagi yang perlu reseat atau repeat, semoga berjaya. Ada rezeki, jumpa dalam kehidupan yang seterusnya.

Alhamdulillah. Ada jodoh, jumpa di Shah Alam. Atau di mana-mana saja. :)


dah 3 kali guna gambar ni. Ini yang paling sesuai

Wednesday, November 2, 2011

Not A Rubbish

Salamalaik

Ahah. Live dari kedai komputer UC Square Sdn Bhd. Duduk saja pun tak guna kan? Baik taip apa yang patut selain dari invoice, quotation, cash bill, dan segala atuk dan nenek yang bersangkutan. Ye dak? 

Sesungguhnya, aku memang tengah dalam mood untuk menaip ni setelah seronok bercinta blogwalking dari satu premis ke satu premis. Bukan senang nak timbul mood blogging dalam zaman berkerjaya macam ni. Bila dapat mood, apa lagi, teruslah entri ni diwujudkan.

Bulan Oktober
Seperti yang kalian tahu dan arif, hari ni bertarikh 2 November 2011 yakni dah dua hari kita masuk bulan November. Maksudnya apa lagi? Kita dah dua hari meninggalkan bulan Oktober. Kejap je aku rasa. Dah lebih sebulan aku bercuti dan lebih sebulan jugak aku bekerja. Alhamdulillah, gaji sungguh memberangsangkan dan lebih dari apa yang dijangka. Selain dari belajar sikit-sikit fasal nak buat invoice, buat quotation, taip surat rasmi bukan versi monkey business, buat cash bill, price labelling, format komputer, dan macam-macam lagi jenis kerja dan skill, aku belajar sesuatu yang kita tak ambil kisah sangat sebelum ni. I mean, not that concern. Tatasusila antara pelanggan dan penjual serta yang sebaliknya.

Macam-macam jenis pelanggan yang aku perhatikan sepanjang sebulan ni. Kerenahnya, ragamnya, permintaannya, gayanya, stailnya dan macam-macam lagilah. Sesetengah tu suka benar menguji kesabaran seorang pembantu kedai macam aku. Nak tengok itulah, inilah. Contohnya ada yang minta nak tengok headphone yang dalam kotak. Puaslah aku unbox-kan beberapa kotak headphone. Alih-alih dia nak beli tetikus (atau dalam bahasa yang lebih dekat dengan kita; mouse). I smile and say thanks to the customer like nothing bad is happening as soon he walk out of the door. :) Customers are always right. Biasalah tu hidup. Nak hidup bukan senang. Seronok-seronok, hoho huha, gelak-ketawa riang gembira, lepas tu, ada orang nak bagi duit? Macam tu? Jauh dari kenyataan dunia.

Being a man with a job, I realize how important is education. Abang-abang technician kat kedai ni yang kelulusan akademik paling tinggi adalah sijil kemahiran, dapat gaji dalam sekitar 1K above. How much is that? Diorang semua tu bujang-bujang. Belum berkeluarga. Kalau dah berkeluarga macam mana? You have more than one mouths to be fed. Think about it. Especially, men.

Another thing is, aku ada fikir fasal kehidupan yang sibuk. Aku kerja pun dari jam 9 pagi sampai jam 7 ke atas. Aku ni tak ada tanggungan, lambat lagi nak berkeluarga, jadi tak ada masalahlah. What I have to think is all about me and my family. My time, my life. Macam mana kalau dah berkeluarga? Ada manusia-manusia yang memerlukan masa kita untuk bersama menikmati kehidupan. Anak-anak yang bakal membesar dan memerlukan perhatian ibu bapa macam mana? Haih. Jauh benar pemikiran aku. Sampai masuk bab anak segala bagai. Aiyoh.

Tu saja yang aku nak taip. 

Terima kasih.

Selamat Hari Raya Aidiladha yang bakal menjengah tak berapa hari saja lagi.
Selamat 4 November yang bakal menyerang. Huhe

The shop. 

Tuesday, August 9, 2011

9 Ramadhan

Dua tragedi dalam masa 24 jam.

#1 - Tragedi selepas berbuka puasa 'Guys Nite'. Berlatarkan kawasan Sungai Layar dan malam 9 Ramadhan. Panjang ceritanya dan cukuplah dengan sekadar menyatakan yang tragedi ni mencacatkan sebuah mesin pembawa manusia yakni kereta.

Aftermath 
Lebih kurang 2 jam setengah telah dihabiskan dengan mengadakan kunjungan silaturrahim ke rumah saudara Munzir, host dan pencetus idea 'Guys Nite'. Selain mengetahui sedikit sebanyak tentang tips-tips memandu kereta di jalan yang agak sempit, 'jemaah' kami berkesempatan untuk mengenali sedikit latar belakang saudara Munzir serta 'kerja seninya' ketika cuti semester yang lalu. Nice job, bro. Thanks for the great hospitality. Oh ya, kami selamat tiba di kampus pada jam 11.06 minit (seperti yang ditulis dalam borang lewat masuk kampus di pondok keselamatan kampus) dan terlentang di bilik sejurus selesai menyelesaikan kewajiban seorang Muslim yakni solat Isha' sambil menyedari bahawa wujudnya quiz dan test ekonomi keesokan hari.

#2 - Tragedi yang amat berkait rapat dengan tragedi pertama. Kami atau lebih tepat, aku, sedar akan kewujudan quiz dan test ekonomi hari ini, siang 9 Ramadhan, jam 11 pagi. Keletihan malam semalam memendekkan masa persediaan aku untuk menghadapi quiz dan test tersebut.

Aftermath
Tidak berjaya untuk menjawab soalan-soalan yang dihidangkan dengan yakin dan lancar. 'Jemaah' kami turut mengalami keadaan yang sama. Markah subjek ekonomi hampir tergugat. Sedikit kekecewaan.

Kesimpulan

1. Dalam mengahadapi segala tragedi, haruslah diingatkan bahawa segalanya adalah takdir Tuhan.

2. Every cloud has silver lining. Innama'al 'usri yusra. Contohnya, tragedi #1 membawa kami ke rumah saudara Munzir aka Jet. Setidak-tidaknya kami berkenal-kenalan dengan keluarga besar Jet. Bantuan yang dihulurkan oleh jiran Jet mengingatkan kami bahawa di sebalik dunia yang penuh dengan kepeningan hari ni, masih ada yang sedia membantu orang lain. Kami juga dapat mengetahui bahawa Jet mempunyai bakat membina kolam ikan hiasan.

3. Pentingnya semangat 'susah senang bersama'. Dalam menghadapi sebarang tragedi, semangat sebegini penting dalam membantu menaikkan moral jemaah yang seterusnya mencetuskan pemikiran yang kreatif dan kreatis dalam menyelesaikan sebarang permasalahan.

4. Sila bersabar. Percayalah, kalau ada yang panas baran malam tadi, pasti tak balik kampuslah kami malam tadi.

5. Akhir sekali, sila konsisten dalam belajar. Jangan tunggu sehingga saat akhir yakni 'esok test, pagi ni belajar'. Ya, pertama sekali, sila tudingkan sebarang kesalahan kepada diri sendiri. You know you will have tests and quizzes, then you should know when you have to start your revision.

Terima kasih.


Sunday, March 20, 2011

Jepun, tanah Arab dan Kepala Batas.



"Sebuah monumen di bulatan boleh diruntuhkan untuk memadamkan simbol perjuangan. Akan tetapi orang yang mengenal sejarah Karbala akan mengetahui, semangat jihad tidak terletak pada konkrit tetapi pada kesyahidan." 

-Dr FT-


Sekadar mencoret secebis di pagi buta Ahad ni setelah lama tak meninggalkan jejak di sini.


*takziah kepada warga Jepun sekalian. Semoga Allah bersama kalian.
Semoga kalian terus optimis dalam membina semula kota yang runtuh di bawah runtuhan konkrit, teknologi dan radiasi. 
**baca sini.

*takziah kepada warga Arab sekalian. Tidak kira Libya, Yaman, Bahrain, Oman, Syria, Arab Saudi dan lain-lain. Semoga Allah bersama kalian. Semoga kalian terus optimis dalam mengemukakan yang haq.
**baca sini.

Khabar: Sedang bercuti panjang. Namun tak sepanjang cuti mati. Memikirkan pengisian cuti.

Saturday, March 5, 2011

Hey there! What are you looking at?

 
bagaimana kita melihat dunia? hitam atau putih?

Assalamualaikum and hello there.

Masa saya menanam niat untuk mewujudkan Unnamed Site ni dulu, saya mewajibkan diri saya untuk menulis segala yang bermanfaat dan bahasanya perlulah sempurna. Tak kisah la ditujukan pada sesiapa pun, tajuk apa pun, bahasa apa pun. Sehinggakan saya gagal memanifestasikan idea yang baik kepada sebuah hasil penulisan yang ringkas dek kerana 'quality control' yang tak seberapa tu.

Maka, kadang-kadang disebabkan terlalu rigidnya otak saya, saya setkan minda saya dengan mengatakan apa-apa yang ditulis tu, mestilah benda-benda yang bermanfaat. Tak payahlah nak cerita benda remeh-temeh macam, "apa yang aku makan hari ni", "apa yang adik aku tengok kat youtube hari ni", "cerita hantu mak limahlah yang terbaik minggu ni" atau pun "anwar hadi & matluthfi best!". 

As the time passed, I realized that good things don't mean they have to come from big things. Ibrah(s) *pengajaran. They are anywhere. From the smallest things to the biggest. Cerita seumpama 'apa yang kita makan' atau 'bestnya anwar hadi' tak semestinya tak ada pengajaran dan bermanfaat. Boleh saja kalau kita cerita yang 'remeh-temeh' tu dan kaitkannya dengan nilai-nilai murni yang bersangkut paut. Tak banyak, sikit pun ok. 

At least, something than nothing. 

Cuba kita tengok semut. Kecil bukan? tapi, apa yang kita boleh belajar dari makhluk sekecil mereka? 

Semut ni pandai berstrategi. Setiap orang (orang?) ada tugasan masing-masing. Each of them don't have to interfere with others works. Ratu, kerjanya ratu lah. Pekerja buat tugasnya. Sumber makanan sentiasa ada. Hidup pun bahagia. Tak begitu?

Entahlah. Mungkin benar, mungkin tak. But, we can always see things positively, isn't it? Semuanya bergantung kepada kita. Macam mana kita melihat sesuatu benda tu. Adakah kita ingin mengambil ibrah daripadanya ataupun kita boleh sahaja mengeji dan mencaci maki sesuatu benda tu. So, think about it.

Good things are everywhere. It is on ourselves to see them positively or the other way around.

Salamualaikum.

Saturday, December 11, 2010

Ada apa dengan anak muda dan tanggungjawab?


responsibilities

Anak Muda.
Menjadi anak muda di hari ini bukanlah mudah.

Mungkin begitu jua keadaannya dengan anak muda hari-hari semalam yang sudah tidak muda pada hari ini.

Aku tak boleh memastikan kesahihan perkara tesebut kerana aku adalah anak muda yang hidup di hari ini.

Tanggungjawab.
Ada yang takut, ada yang memandang kosong, ada yang terasa berat, ada yang mengambil ringan, ada yang menolak, ada yang mendakap, ada yang benci, bahkan ada yang cinta kepada perkataan yang satu itu.

Tanggungjawab.

Tanggungjawab, dari segi tatabahasa bahasa Melayunya, wajib untuk disebut dan ditulis dalam satu perkataan walaupun ia adalah gabungan dua perkataan.
‘Tanggung’ dan ‘jawab’.

Aku bukanlah guru bahasa Melayu, bukanlah pakar bahasa Melayu, bahkan bukan pemikir bahasa Melayu tetapi aku adalah seorang mahasiswa yang pernah mempelajari bahasa Melayu di peringkat pengajian menengah.

Namun, itu bukan sebab untuk aku tidak tahu apa itu tanggungjawab.

Tanggungjawab; gabungan dua perkataan iaitu ‘tanggung’ dan ‘jawab’

Seseorang itu perlu menanggung dan menjawab segala hal ehwal perkara yang ditanggungnya.

Mungkin itu maksudnya. Itu dari pemikiran sayalah.

Setelah dibelek-belek dan disemak di Kamus Dewan Bahasa Edisi Empat, saya jumpa frasa yang ini : “kewajiban yang dipikul oleh seseorang, segala yang wajib ditanggung
‘Wajib ditanggung’. Oh, begitu.

Anak muda dan tanggungjawab.
Menjadi anak muda, dan memikul tanggungjawab yang tidak tentu susah atau senangnya boleh membawa kepada pelbagai pengalaman individual yang mungkin tidak sama dengan anak-anak muda mahupun anak-anak tua* yang lain.

* tanggungjawab tak hanya jatuh kepada anak-anak muda

Susah dan senang itu pun, adalah sesuatu yang subjektif dan abstrak. Mungkin aku kata senang dan yang lain kata susah. Ataupun sebaliknya.

Anak muda banyak tanggungjawabnya. Samalah keadaannya dengan anak tua.

Anak muda masih mentah. Mungkin tak sama dengan anak tua, tapi anak tua pun pernah menjadi muda dan mentah. Tempuh sajalah.

Anak muda kurang ilmu. Jawapan untuk ini sama seperti di atas. Tempuh sajalah.

Tempuh sajalah. Anak tua pun begitu dahulu. Tempuh sajalah.

Di akhirnya, tiada alasan yang rasional untuk mengelakkan daripada sebarang tanggungjawab.

Tempuh saja. Tempuh dengan kekuatan, ilmu, dan kepercayaan.

Kekuatan apa? Kekuatan jiwa, akal dan emosi.
Ilmu? Ilmu dunia dan akhirat.
Kepercayaan pula? Kepercayaan kepada yang enam itu.
Yang lima itu? Oh, semestinyalah.

Nah, mengapa perlu fikir sisi buruk? Kan sisi baik itu sentiasa ada? Sia-sialah ada perkataan lawan untuk buruk (baik) kalau ia disisihkan.

Penutup
Setelah agak lama tidak menulis perkara-perkara sebegini, aku rasa aku perlu menulis perkara sebegini.

Satu perkongsian kepada diri sendiri dan sesiapa jua yang membaca.

Lagipun, siapalah aku?

Anak muda yang cetek ilmu, mentah pengalaman bahkan banyak dan selalu saja membuat silap tetapi, ada tanggungjawab.

Sama seperti yang lain.

Sama seperti kamu.

may Allah bless them. sources of strength.

Monday, November 8, 2010

Saya Pun Melayu

Assalamualaikum, salam sejahtera kepada yang membaca. 


Setelah difikir-fikirkan, mulai post ini, kata ganti diri pertama yang akan digunakan ialah 'aku'. Kenapa ya? 'aku' kelihatannya kurang formal berbanding 'saya'. Malah, lebih mesra berbanding 'saya'. Tapi, ikut keadaan la kan? Takkan kalau nak mesra dengan orang tua pun, nak guna 'aku'?


Ok, berbalik kepada tajuk dan niat post yang asal. 


Saya Pun Melayu. Post kali ini bukanlah nak menerangkan apatah lagi menceritakan yang aku ni berbangsa Melayu atau sebagainya. Bahkan, 'Saya Pun Melayu' ialah nama sebuah buku tulisan Datuk Zaid Ibrahim. Buku Saya Pun Melayu ni atau tajuk buku terjemahannya, 'I, Too, Am Malay' adalah buku yang sedang aku baca. Berharga RM35.00 dan dibeli di Badan Book Store, juga ialah satu pemberian ikhlas Makteh, seorang ibu saudara yang penyayang teramat. (terima kasih! :D)




Kenapa saya pilih buku ni? Sebabnya, 'the Zaid Ibrahim's factor'.


"A successful corporate attorney who created the nation's biggest law firm despite his humble origins in a village in Kelantan, Zaid's journey as a lawyer, politician and philanthropist is depicted here--from his resignation as a Minister and his sacking from UMNO, a party of which he had been a member for 23 years, to his analysis of the current Prime Minister's ability to restore the rakyat's confidence in the government."


Anyway, it's good to know what is in the mind of the founder of ZaidIbrahim & Co. , the nation's biggest law firm.


Sekarang ni, sedang membaca di muka surat 114.




And, I like to share one of the interesting excerpts in the book;


" A peculiar thing in Malaysia is the fear the UMNO Malays have towards the Chinese and Indians, as if these two groups have nothing better to do but take over the country from the Malays. Whereas these Malays have no fear for the millions of foreign workers here, whether legal or illegal. It's been said that over one million foreign workers have been given identity cards and have become Malaysian citizens, mostly through illegal means, in Sabah since the 1980's.


Kesimpulan
Bukanlah kerana Zaid Ibrahim adalah seorang bekas ahli UMNO berjawatan menteri yang telah menyertai PKR menjadi sebab aku memilih buku ni kerana aku ialah seorang non-partisan.


Tetapi, seperti yang tertulis di atas; 'the Zaid Ibrahim's factor'


'Saya Pun Melayu', sebuah buku yang patut dibaca oleh setiap bangsa Malaysia tidak kira berstatus pelajar undang-undang, mahupun peguam, ataupun ahli politik, hatta pemerhati politik, penganalisis politik, bahkan sesiapa sahaja.

Friday, October 8, 2010

Kerana Tajamnya Lidah


hati-hati. perkataan boleh jadi setajam pisau.
 ~ credit to iluvislam.com


Buat sahabat-sahabat, rakan-rakan, kawan-kawan, teman-teman, guru-guru, abang-abang, adik-adik, kakak-kakak, pakcik-pakcik, makcik-makcik, dan sekalian isi dunia serta tidak lupa dan terutamanya, yang berada di teratak teres di sebuah daerah bernama Kepala Batas. Post ini ikhlas saya dedikasikan buat kalian. Saksikanlah.


Anak muda ini sedang berusaha menjadi seorang pendiam dan pembicara yang bertempat kerana dia tahu bahawa lidah, pen dan bahkan keyboardnya sangat tajam dan mampu melukakan. Maaf.


Bahasaku tak seindah pelangi. Saya manusia berusaha.

Monday, October 4, 2010

Hari Semalam

Salamalaik.


Ada kata-kata yang sentiasa saya ingat dan ia berbunyi begini; "jadikan hari ini lebih baik dari hari semalam"


Tapi kalau kita tak dapat nak jadikan hari ini lebih baik dari semalam, kita muhasabah balik.


Kata saya, kalau semalam lebih baik dari hari ini, maka lebih baiklah pulang ke hari semalam. Tapi, mengikut ilmu logik, mustahil untuk pulang ke hari semalam. Jadi, kita cuma perlu untuk menjadi diri kita yang semalam agar dapat kembali merasai seperti hari semalam. In another word, "just hijrah! but this time, back to the old one!"


Hijrah tak semestinya reformasi ke arah sesuatu yang baru. Kalau kita rasa yang lepas adalah lebih baik, apa salahnya berhijrah ke hari semalam? Pokoknya, hijrah!


p/s : lebih mudah untuk berkata-kata dari melakukan. 


Jika ada cebisan yang indah dari hari semalam, sisipkanlah ia bersama sebagai bekalan untuk hari esok. 

Thursday, September 16, 2010

Ramadhan.



Salamalayk.


Kalau disemak-semak, rasanya tak ada satu post pun fasal Ramadhan atau Syawal. Padahal, kedua-dua entiti tersebut sangatlah besar maknanya dalam kehidupan saya. Mengapa?


Jawapannya kemungkinan besar boleh didapati dalam post yang sebelum ni.


Ramadhan.
Ayah pernah mengemukakan soalan ketika dalam perjalanan pulang ke Port Dickson baru-baru ni. Soalannya berbunyi begini : 


"Ada beza tak Ramadhan tahun ni, dengan Ramdhan tahun-tahun lepas?"


maka dengan jujurnya, ini jawapan saya : 


"Memang beza. Sangat berbeza. Kalau orang muda, diorang akan jawab "beza giler". Kenapa? sebabnya, dulu zaman sekolah. Sekarang dah tak sekolah. Dulu masa di asrama, ada sistem, ada peraturan, dan ada jadual waktu bulan Ramadhan. Semuanya semacam menghayati Ramadhan dengan sesungguh hati. Bermula dari awal pagi sehinggalah ke pagi yang berikut. Sahurnya, program tadarusnya, tazkirah zohornya, program pra berbukanya, berbuka puasanya, terawihnya, program pasca terawihnya sehinggalah ke program pengisian malamnya secara rasmi atau tak. Jadi, memanglah kontra kalau nak dibandingkan dengan Ramadhan tahun ni. Banyak lompongnya."


Kesimpulan
Kata akak; "jom kembalikan Ramadhan lepas". "Lepas" tu bukan bermaksud Ramadhan zaman sekolah, bukan Ramadhan zaman tadika dan yang pasti bukan Ramadhan zaman bayi. "Lepas" yang dimaksudkan, Ramadhan zaman Rasulullah S.A.W. Moga Allah sampaikan kita ke Ramadhan yang akan datang.


Sebaik manakah Ramadhan kita tahun ni? Jom muhasabah...

Rumah atok, Kg Sawah Sunggala, Port Dickson


Monday, July 19, 2010

Umur bukan kayu ukur.

Petang tadi, sebaik saja saya log in FB, ada satu status+link seorang member FB saya merangkap rakan kakak saya, sis Salwa Syazwani aka Wawa.

status tersebut.

Agak terkejut. Sharfuddin. Kali terakhir terserempak dengan Allahyarham, tahun 2006. Masa tu, Allahyarham bekerja sambilan di sebuah kedai kasut sukan di Megamall Prai. 

Saya bukanlah seorang junior yang terkenal dalam kalangan senior. Lebih-lebih lagi senior yang tinggal di asrama. Sebabnya, saya menginap di asrama hanya di tingkatan tiga dan lima. Tak lama tempohnya, tapi pengalaman hari-hari bahagia di asrama kekal selamanya. Tapi, itu bukanlah satu alasan untuk saya tidak mengenali senior-senior saya. Memang begitulah selalunya, junior kenal senior, senior tak kenal junior. Selalunyalah. Bukan semua kes sama.

Berbalik kepada cerita asal, Allahyarham yang dikenali dengan panggilan Shar, disahkan meninggal dunia pada lebih kurang jam 2 pagi. 18/7/10 bersamaan 7 Syaaban 1431 Hijriah akibat jangkitan kuman dan pendarahan otak. Cerita lanjut baca di sini.

Allahyarham Shar usianya lebih kurang 21 tahun, seorang bakal guru. Muda kawan, muda. Kita? 

muda jugak. 

Terlintas di minda saya; 

"macam mana kalau rakan-rakan, sahabat-sahabat sebatch saya pergi di usia muda macam Allahyarham Shar?"

"kalau ada dalam kalangan kami yang pergi, bagaimanakah pemergiannya? Ramai ke yang akan ziarah? Ramai ke yang akan turut sama-sama ke kubur? macam Allahyarham Ammar Zulkifli?"

kita muda, kawan. Allahyarham Shar, Allahyarham Ammar pun pergi masa muda jugak

Umur kita sentiasa meningkat, usia makin pendek. Maka, apa yang dah kita gunakan nikmat usia tu?

Al Fatihah kepada mereka yang telah tiada.

-Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Rojiu'n-

Allahyarham Sharfuddin di IPDA ~ gambar dari profile FB beliau.

Monday, June 21, 2010

Gersang.

Gersangkah jiwa kita? ~ 'gersang' by ariemappe via deviantart.


Dalam cerah, suram, riuh, sunyi hidup baru ni, ada satu rasa timbul.


Gersang?


Bagaimana gersang? Apa yang gersang?


Gersang hati, gersang jiwa, gersang iman. Rasanya seperti kita ini sendirian, tiada yang bersama, tiada yang membantu, tiada yang menyokong


Na'uzubillah...


Pengharapan sepenuhnya kepada Yang Maha Memberi Harapan. Benarkah itu yang kita pegang? Betul?

Semoga betul. 


Thursday, June 10, 2010

Perindu jenis apakah kita?

Pusat Islam Ashabul Kahfi.


Malam itu Din nak baca Surah Al Waqi'ah. Maka, bacalah kami berlima, dalam halaqah, di depan mihrab. 


Usai pembacaan yang bergilir-gilir, (setiap dari kami berlima akan memegang mikrofon secara bergilir-gilir) Din menyampaikan sedikit peringatan yang kecil dari segi tempohnya, tetapi besar dari segi maknanya.


"Kita nak jadi yang mana antara ketiga-tiga golongan; As Sabiqun? Ashabul Yamin? Ashabul Shimal?"


"Moga kita jadi antara dua golongan yang pertama bukan golongan yang terakhir, na'uzubillahiminzalik,"


Di akhir kalamnya, "sebenarnya, ana buat macam ini (the recitation of Suratul Waqi'ah and the short tazkirah) bukan apa, sebabnya ana rindu dengan majlis ilmu. Dekat sekolah ana dulu, majlis ilmu akan diadakan setiap malam. Ana rindu sangat akan majlis ilmu," 


Din betul-betul memaksudkan apa yang dikatakan. Rindu.


Din rindu akan majlis ilmu. Maka, dia adakan majlis ilmu. Walaupun tak sehebat dan segah maahadnya dulu.


Tetapi Din tetap rindu.


Maka, dia adalah perindu. Perindu majlis ilmu.


Kita?


Perindu apa?


Perindu.

Tuesday, June 8, 2010

Pasca Zaman Persekolahan : Atas nama apa yang kita pegang?

UiTM Kampus Kedah ~ Picture from http://everlasting-momment.blogspot.com


Atas nama apa kita ini berpegang? Ya, nama apa? Entiti apa?

Jika atas nama alma-mater yang indah itu dipegang, itulah dia. Sekadar di pintu pagar. Tak lebih dan tak kurang. Luar dari zon selesa, sudah tiada pegangan. 


"Seluar pendek, ikhtilat tak terkawal, solat tak terjaga, al Quran selalu dilupa"  - terlupa atau dilupakan?


Kenapa? kerana pegangannya hanyalah sekadar pada nama sekolahnya.
kerana pegangannya hanyalah sekadar pada nama kolejnya.
kerana pegangannya hanyalah sekadar pada nama maktabnya.
kerana pegangannya hanyalah sekadar pada nama maahadnya.


Mengapa tidak dipegang pada apa yang sudah ada? Tak perlu untuk dimohon-mohon. Tak perlu untuk dirayu-rayu. Azali. Asli. 


Islam. 



أسلم تسلم . "accept Islam and you will be saved"

Friday, May 7, 2010

Malam itu, api mula naik meninggi.



Salim Rushdan di kanan.
Malam itu, saya tak lupa. Kampung Changkat, Gombak. Malam BBQ.


Api mula naik meninggi. Fuhhh... 


terus ditiup Salim...  Terpadam.


"Hmm... kalau kat dunia, boleh juga nak padam api ni, kan?," itu yang dikatakan Salim. Di depannya, saya dan di kirinya, Akh Abu Dzarrin, berbaju biru. 


"Kat akhirat, macam mana?," Akh Abu Dzarrin melontarkan soalan balas.


Kamu, pembaca, apa yang kamu jawab?

api ni boleh padam, kan?