Showing posts with label diari. Show all posts
Showing posts with label diari. Show all posts

Saturday, August 13, 2011

13 Ramadan

Salamalaik

Aku makin kaku lagi beku dalam peti ais gergasi UiTM ni.

Hampir 3 jam aku duduk berteleku membelek kertas, nota, buku, dan laman Wikipedia tentang Srebrenica Genocide, ICJ, massacre, Armenian Genocide, yahudi Raphael Lemkin, CPPCG dan macam-macam yang lain lagi dek test Global Issues yang akan bersua hujung minggu depan. Aku nekad tak nak tragedi #2 berdarah kembali.

Setengah jam yang lalu, memberi sedikit 'nasihat' dan 'bantuan' kepada seorang adik yang minta dibantu. BEL 313, Introduction to Critical Thinking. 'Keliru' katanya. Need some paraphrasing after that. Harapnya, membantu.

Kemudian, ternampak satu link di facebook; blog FAA, rakan sebatch. Mulalah memikirkan, "nak buat segmen tu ke tak?" Tak pernah aku buat benda-benda gitu.

Ye lah, aku tulis blog ni macam aku nak buat cerpen.
*dan aku telah menghabiskan lebih kurang 20 minit dari hari Sabtu aku dengan usaha mewujudkan entry ni.

inilah Raphael Lemkin. sumber


Tuesday, August 9, 2011

9 Ramadhan

Dua tragedi dalam masa 24 jam.

#1 - Tragedi selepas berbuka puasa 'Guys Nite'. Berlatarkan kawasan Sungai Layar dan malam 9 Ramadhan. Panjang ceritanya dan cukuplah dengan sekadar menyatakan yang tragedi ni mencacatkan sebuah mesin pembawa manusia yakni kereta.

Aftermath 
Lebih kurang 2 jam setengah telah dihabiskan dengan mengadakan kunjungan silaturrahim ke rumah saudara Munzir, host dan pencetus idea 'Guys Nite'. Selain mengetahui sedikit sebanyak tentang tips-tips memandu kereta di jalan yang agak sempit, 'jemaah' kami berkesempatan untuk mengenali sedikit latar belakang saudara Munzir serta 'kerja seninya' ketika cuti semester yang lalu. Nice job, bro. Thanks for the great hospitality. Oh ya, kami selamat tiba di kampus pada jam 11.06 minit (seperti yang ditulis dalam borang lewat masuk kampus di pondok keselamatan kampus) dan terlentang di bilik sejurus selesai menyelesaikan kewajiban seorang Muslim yakni solat Isha' sambil menyedari bahawa wujudnya quiz dan test ekonomi keesokan hari.

#2 - Tragedi yang amat berkait rapat dengan tragedi pertama. Kami atau lebih tepat, aku, sedar akan kewujudan quiz dan test ekonomi hari ini, siang 9 Ramadhan, jam 11 pagi. Keletihan malam semalam memendekkan masa persediaan aku untuk menghadapi quiz dan test tersebut.

Aftermath
Tidak berjaya untuk menjawab soalan-soalan yang dihidangkan dengan yakin dan lancar. 'Jemaah' kami turut mengalami keadaan yang sama. Markah subjek ekonomi hampir tergugat. Sedikit kekecewaan.

Kesimpulan

1. Dalam mengahadapi segala tragedi, haruslah diingatkan bahawa segalanya adalah takdir Tuhan.

2. Every cloud has silver lining. Innama'al 'usri yusra. Contohnya, tragedi #1 membawa kami ke rumah saudara Munzir aka Jet. Setidak-tidaknya kami berkenal-kenalan dengan keluarga besar Jet. Bantuan yang dihulurkan oleh jiran Jet mengingatkan kami bahawa di sebalik dunia yang penuh dengan kepeningan hari ni, masih ada yang sedia membantu orang lain. Kami juga dapat mengetahui bahawa Jet mempunyai bakat membina kolam ikan hiasan.

3. Pentingnya semangat 'susah senang bersama'. Dalam menghadapi sebarang tragedi, semangat sebegini penting dalam membantu menaikkan moral jemaah yang seterusnya mencetuskan pemikiran yang kreatif dan kreatis dalam menyelesaikan sebarang permasalahan.

4. Sila bersabar. Percayalah, kalau ada yang panas baran malam tadi, pasti tak balik kampuslah kami malam tadi.

5. Akhir sekali, sila konsisten dalam belajar. Jangan tunggu sehingga saat akhir yakni 'esok test, pagi ni belajar'. Ya, pertama sekali, sila tudingkan sebarang kesalahan kepada diri sendiri. You know you will have tests and quizzes, then you should know when you have to start your revision.

Terima kasih.


Monday, August 8, 2011

8 Ramadhan

Lambakan kerja yang bertambah-tambah ditambah lagi dengan kepeningan dunia, luaran dan dalaman yang bertambah-tambah serta penambahan assignment yang ditambah-tambah. Tu tak termasuk lagi dengan kuiz-kuiz, test-test yang bakal menambah kebuntuan hidup seorang pelajar betul-betul buat aku nak lari dari semua ni.

Hidup memang gila. Tapi kitalah yang tafsirkan gila yang macam mana.

Sod-ba-ro. Sabar. dan senyum.

'run as fast as you can' by ssuunnddeeww via deviantart


Monday, August 1, 2011

1 Ramadhan.

Salamualaikum.
Mari terus kepada isi.

Sedar tak sedar, dah hampir tamat 3 semester berlalu.
Insya-Allah tiada semester ke 4.
Mungkin akan ada yang mengatakan sistem 3 semester ni merugikan. Makan masa, buang masa, buang peluang dan sebagainya.
Mungkin ada benar, mungkin ada salah di sebalik setiap pendapat.
Tapi, bagi aku, 3 semester ni lah yang buat aku banyak belajar.
Belajar hidup.
Sebelum aku melangkah ke tahap yang lebih tinggi.
Semoga dipermudahkan segala urusan selepas aku habis tulis entry ni.

Amin.

Salam 1 Ramadhan.




going through changes. a lot of changes.

Sunday, April 3, 2011

Cerita Hospital

di tengah-tengah cuti ni, aku semacam orang yang tak tentu hala tuju.


apa pengalaman yang aku dapat sepanjang cuti yang dah masuk tiga minggu ni?
selain dari bermalam di hospital, belum ada lagi new major experience yang aku peroleh setakat tiga minggu cuti ni.


"Oscar has a fever" by sketcher 2007 via deviantart


Cerita Hospital.


Ceritanya bermula dengan demamnya adik aku.

Monday, February 14, 2011

Teater.

down with mubarak ~ by TrotskyLives via deviantart

Cuba mengubah kebiasaan. Entry kali ini ditulis pada waktu petang. 6 petang, bukan di tempat yang sunyi. Bukan di bilik yang sepi. Bukan di ruang tamu yang kosong. Entry yang satu ini, ditulis di sebuah dewan makan. Bisingnya, boleh tahan. Ramainya manusia, pun boleh tahan. Pukul 6, ramailah yang sudah tamat kelas, berpusu-pusu mencari makan untuk mengisi perut yang mungkin lapar.


Mengisi ruang kosong di antara entry yang lepas dan yang ini, banyak peristiwa yang telah berlaku. 


Cerita akak yang sudah pulang ke tanah air, itu satu. Cerita dua, Hosni yang tak Mubarak itu sudah turun dari takhta. Cerita tiga, cerita teater 'Mahkamah Lorong'.


Cerita yang pertama, cerita akak pulang. Alhamdulillah. Tak banyak yang nak diceritakan. Jika ada untung badan, mahu diceritakan pengalaman rakyat Malaysia di tengah kegawatan Mesir, boleh bacanya di sini.


Cerita yang kedua, anda boleh menelaahnya di site-site yang lebih layak untuk menceritakannya. 


Cerita yang ketiga, inilah. 


Teater?

Saturday, January 29, 2011

Varicella Zoster Virus (VZV)

terima kasih Allah. Alhamdulillah.

sudah betul-betul seminggu.


Friday, December 10, 2010

By-Election


Insya-Allah, bertanding.
Insya-Allah akan buat yang terbaik untuk pra-pilihanraya.
Insya-Allah akan buat yang terbaik untuk pasca-pilihanraya.
Walaupun sedikit tak sihat.


mohon sokongan dan doa kalian.


Monday, December 6, 2010

Current Ups & Downs


malam manifesto election semester Mei-September 2010


Latar masa : Pukul 2:41 pagi. 
Latar tempat : Bilik B016, Kolej Malinja.
Latar masyarakat : Komuniti Pelajar Asasi Undang-undang.


Friday, December 3, 2010

Semasa

Betul-betul dah lama saya tak update Unnamed Site ni. Kekerapan dalam sebulan nampaknya amat mengecewakan. Dari sekurang-kurangnya empat post sebulan menurun sehingga hanya satu post sebulan. 


Semasa
Setelah cuti semester yang panjang iaitu enam minggu, kini sudah dua minggu memulakan pengajian di semester dua. Dua minggu yang tidak begitu mengagumkan bahkan biasa-biasa sahaja tidak seperti result exam semester lepas yang boleh disenyumkan. Kini kelihatan sedang menyesuaikan diri dengan lima subjek baru yang agak menarik. Dua diantaranya, 'Introduction to Social Psychology' dan 'Critical Thinking'. Nampaknya, usaha yang lebih perlu digerakkan untuk kesudahan yang lebih menarik di penghujung semester ni.


Tidak banyak yang ingin dikisahkan kali ini. Terima kasih.


*writer's cramp kembali menyerang.

Monday, November 1, 2010

Sudah sedekad.

2003.
Riuh. Kelas 5 Bitara pagi Jumaat itu betul-betul bising. Entah ke mana cikgunya. Di sudut belakang kelas, hampir semua murid lelaki sedang bergembira dengan situasi semasa. Mereka sedang 'bersukan'.


"Arghh... 'choke slam'! Ambik hang!"


"Nah! sedap"


"Smackdown! macam The Rock tak?"


Suara-suara riang ria murid-murid lelaki yang sedang bergusti di belakang kelas membingitkan suasana kelas. Mereka ligat bermain meniru aksi-aksi berbahaya yang sering dilihat di kaca TV. Semuanya ingin jadi seperti 'The Kane' atau 'The Rock' mahupun 'Chris Benoit'.


Tiba-tiba senyum-senyum pengusti-penggusti muda itu hilang. Semuanya kelam. Mata-mata mereka tertumpu kepada satu susuk tubuh. Bukan cikgu, bukan guru besar dan yang pasti bukan pembantu makmal. Rakan mereka sudah terbaring di atas lantai. Mata tertutup. Pastinya sudah pitam.


"Adib! bangun, bangun!" satu suara menjerit.


"Laaa... hang dah buat apa? sampai pengsan ni," suara yang lain pula kedengaran. Cemas.


"Aku tak sengaja! aku angkat dia tadi. Tak sangka boleh terlepas pulak. Kepala jatuh dulu pulak tu! Argghhh...," semacam suara itu yang mencetuskan kekecohan tersebut.


"Hang badan kecik, yang pi angkat dia pasai pa, Faris? Dah, angkat dia pi belakang!" suara yang satu ini pula bertindak bagai seorang ketua yang cuba meleraikan kekecohan.


2010.
Dah hampir tujuh tahun cerita kecoh tersebut berlalu. Macam peristiwa-peristiwa lain, setiap peristiwa tu ada hikmahnya yang tersendiri. Yang pasti, tak ada apa yang boleh menyebabkan dua watak dalam cerita di atas terputus persahabatannya hatta akibat 'memitamkan' sahabatnya yang seorang lagi. Si 'pemitam' dan yang 'terpitam' hari ini masih bersahabat utuh. Mereka mungkin terpisah di peringkat sekolah menengah, ataupun peringkat IPT. Namun, itu semua bukan alasan untuk terpisah perhubungan. Kerana, persahabatan kerana Allah bukanlah semudah itu untuk ditamatkan. 


Thanks for a decade of great friendship. Salam ulang tahun ke-18, 

Muhammad Adib Afnan bin Muhammad Zainuddin

25101992

2002
"4 beradik"


2010

p/s : disebabkan masalah internet connectivity, post ini lambat diterbitkan.

Monday, September 6, 2010

Wednesday, August 11, 2010

Hapuskan Sawang.

Aih, dah lama tak update blog.


Semak-semak balik, last post, 22 Julai. Mak aih, dah dua minggu lebih. 


Maka, ini dia, post kosong untuk membersihkan sawang yang ada.


p/s: bulan ni, bulan Ogos dan pada masa yang sama, bulan Ramadhan yang sempoi lagi terbaik. Kedua-dua entiti bulan ni, ada cerita-cerita di sebaliknya. Rasanya, cerita-cerita yang buat saya tersenyum.


kenapa letak gambar ni? -rindu Ramdhan di Irshad-

tulisan zaman dulu kala 

ni paling menarik. tersenyum setiap kali membelek diari tingkatan lima ni, especially masa jadual bulan Ogos.

Saturday, June 26, 2010

Membuak-buak!


Ya Allah! Lots of things to share, lots of unsaid dreams. To anyone, to someone, to whoever. 

Dah membuak-buak! This time, directly. May Allah's redha is always with us and may everything we do are useful. Harapnya, tak sia-sia. May Allah protect us.

Saya tahu, entry kali ini samar-samar. 

Monday, June 21, 2010

Gersang.

Gersangkah jiwa kita? ~ 'gersang' by ariemappe via deviantart.


Dalam cerah, suram, riuh, sunyi hidup baru ni, ada satu rasa timbul.


Gersang?


Bagaimana gersang? Apa yang gersang?


Gersang hati, gersang jiwa, gersang iman. Rasanya seperti kita ini sendirian, tiada yang bersama, tiada yang membantu, tiada yang menyokong


Na'uzubillah...


Pengharapan sepenuhnya kepada Yang Maha Memberi Harapan. Benarkah itu yang kita pegang? Betul?

Semoga betul. 


Thursday, April 29, 2010

HiMEGA '10.


        HiMEGA '10. Alhamdulillah.

HiMEGA 2010 satu kenangan indah. Itulah yang dapat saya katakan. Ikhlas lagi jujur. 

Program Hijrah Menara Gading, atau HiMEGA adalah satu program yang dikendalikan oleh Haluan Siswa, sebuah sayap HALUAN. 24 hingga 26 April yang lalu di Kolej Pendeta Za’aba, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi setepatnya.

Satu program, kembara, rehlah tarbawiyyah yang membuka mata dan minda saya. Alhamdulillah. 

Pertamanya, Alhamdulillah kerana Allah telah memilih hambaNya yang ini untuk terlibat dalam program yang sangat saya dahagakan.

Kalau nak cerita fasal pengisian program, saya pasti tak dapat saya ceritakan sepenuhnya kerana terlalu banyak. Saya pasti. Sangat pasti.

Tapi apa yang lebih pasti, saya dapat apa terlalu banyak perkara baru, benda baru, cerita baru dan sahabat baru. Alhamdulillah. Moga Allah redha.

Fikrah, da’wah, tarbiyyah, ukhuwwah. Beberapa output dari jutaan output HiMEGA. Alhamdulillah.

Anas Hakim, Salim, Munzir, Shukri, Uzair, Walip, Zul, Fendi, Firdaus a.k.a. Pidot, Saleem Wahab, Imran, Nasoha, Wan, Farhan a.k.a. Paan Alau, dan lain-lain yang tak disebut namanya, terima kasih banyak-banyak. Syukran jazilan kasirah. Barakallahulakum, Insya-Allah. 

HiMEGA '10. Apabila hati disapa tarbiyyah.
Sahabat-sahabat seHiMEGA. Moga Allah redha akan kalian.

p/s : masih terasa manisnya ukhuwwah sepanjang HiMEGA & rehlah tarbawiyyah. Terima kasih semua!

Thursday, April 15, 2010

Perlukah untuk bersedih?

seperti pepatah Inggeris, every cloud has a silver lining ~ picture 'that silver sining' by the Silver Doe


Hari ni, saya tak dapat apa yang saya nak.


Ya, apa yang saya nak. Mungkin, apa yang saya nak, tak sama dengan Pemilik Saya nak.


Sedih?
Perlukah bersedih? Bersedih untuk tidak mendapat apa yang saya nak? Tidak.
Perlukah frust? Frust kerana gagal mendapat apa yang diingini? Tidak.


Sebabnya, saya tahu apa yang saya rancang bukanlah sebaik-baik Yang Maha Merancang.


Kalaulah saya kata saya sikit pun tak terkesan dengan so-called rejection ini, bohong. Tapi, bila kita sentiasa kaitkan Pemilik Kita, pasti tiada masalah. Pasti. Sangat pasti.


Kereta dan penciptanya.
Ok, bayangkan sebuah kereta. Agak-agaknya, siapa yang paling arif tentang kereta tersebut? Tentang teknikalnya, cara penjagaannya, ciri-ciri fizikal kereta, dan sebagainya. Pendek kata, serba-serbi mengenai kereta. Jawabnya, tentulah penciptanya. Penciptanya mesti tahu macam mana nak menambah baik, macam mana nak memperbaiki, macam mana nak menjaganya. Cuma, kadang-kadang, apabila kereta tersebut dijual, penggunanya akan membuat sesuka hati ke atas kereta tersebut. Buku panduan entah ke mana. Lama-kelamaan, makin rosaklah kereta tersebut.


Kita? siapa yang mencipta kita?


Dia lebih mengetahui. Rujuklah kepada Yang Mencipta.


“Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya" Surah Al Baqarah, ayat 216 

Wednesday, March 31, 2010

Esok, lusa atau bila-bila sahaja.


Diploma Darul Quran? (doakan, keputusan temu duga yang baik-baik),

menunggu keputusan UPU? (doakan keputusan yang baik-baik juga)

atau

menanti panggilan Bank Negara? (macam harapan tinggi mengangkasa...tapi, siapa tahu bukan?)

ah, semuanya saya nak yang baik. Ada sesiapa yang tak nak?

Pesta Buku? Gedung buku? ah, apa-apa sahajalah.



Jejak saja kaki ni ke dalam PWTC, ya Allah, ramainya orang bukan main. Booth pertama yang terpampang, Pustaka Darul Salam, kalau tak silap la. Jalan sikit lagi, booth Galeri Ilmu. Memang mengujakan. Buku pertama yang menjadi serangan, 'Sinergi'. Itu tulisan saudara Hilal Asyraf. Serius, dah lama buku tu jadi sasaran. Hijau kulitnya. Segar. Seperti buku-buku terbitan Galeri Ilmu yang lain. Oh ya, hari tersebut hari terakhir Pesta Buku Antarabangsa. Sinergi, dua naskah saya ambil. Satu, untuk semestinya dan satu lagi untuk seorang rakan. 


Ibu rambang mata agaknya. Semuanya menarik. Dalam keramaian orang yang berpusu-pusu, (bak kata Rahman, kena sondol) Puan Jalilah dari majalah Anis sibuk mempromosikan buku-buku Galeri Ilmu. Ada promosi buku-buku Ustaz Hasrizal yakni Murabbi Cinta, Rindu Bau Pohon Tin, dan Secangkir Teh Pengubat Letih. Murah-murah semuanya. Dipendekkan cerita, kami tinggalkan booth Galeri Ilmu dengan dua naskah Sinergi, Remaja Mulia, Rindu Bau Pohon Tin, Secangkir Teh Pengubat Letih, dan tak lupa, Kembara Hamba Mencari Cahaya. Kurang campur, RM 111.00 bagi booth pertama yang kami singgah. Ya, booth yang pertama.


Kemudian, bergerak ke ruang legar PWTC lalu terus sahaja ke tingkat atas melalui eskalator. Ayah telefon, "kami ada di PTS," terus kami berdua ke zon Seberang Sungai mencari-cari booth PTS yang khabarnya sangat gah dan popular. Bila masuk sahaja ke ruang jualan di Seberang Sungai, dah nampak satu belon besar berwarna merah. Tak lain tak bukan, belon PTS. Boleh kata ramai juga orang yang mengunjungi booth-booth PTS. Ayah sudah mengunggu di sana bersama Haziq. Dipendekkan cerita lagi, Jangan Biarkan Surau ini Roboh, Kala Cinta dan Wahyu Bersatu, dan Novel Sejarah Islam; Abu Bakar dibawa bersama ketika kami meninggalkan booth-booth PTS yang nampaknya, agak ceria.


Empat orang kami pun bergerak santai-santai (santai?) dari satu booth ke satu booth. Seperti kebanyakan pengunjung, kami agak terganggu dengan sekelompok petugas booth ini yang sentiasa cuba menarik pengunjung untuk singgah di booth mereka. Sememangnya satu usaha yang gigih. Tetapi maaf, kami tak selesa. 


Mata saya menangkap sesuatu; Aminserve Publication. Tak ada nama lain dah yang tertera; Faisal Tehrani. Saya nampak Bahlut, Kekasih Sam Po Bo, Nama Beta Sultan Alauddin, dan paling hangat, Ingin Jadi Nasrallah. Entah kenapa, Kekasih Sam Bo Po dan Nama Beta Sultan Alauddin yang diambil. Mana Bahlut? mana Ingin Jadi Nasrallah. Oh ya, sebab teringat akan komen Adilla yang mencadangkan kedua-dua buku tersebut. Lain kali sahaja ya, Bahlut.


Kemudian, kami ke seberang sana semula. Wah, lagi ramai! Ayah cari booth Telaga Biru. Booth ITNM menarik pandangan saya, tapi kesesakan dan keterujaan ibu untuk ke booth Telaga Biru agak menyukarkan untuk saya singgah sebentar di booth ITNM. Memang sesak. Denyut Kasih Medik tulisan Dr Farhan Hadi yang pernah dicadangkan oleh Ustaz Zahazan dalam Rancangan Tafsir Al Quran pada waktu Subuh menjadi sasaran ayah. Tanpa disangka, kelihatan Dr Farhan Hadi dan isterinya, tak lain tak bukan, Fatimah Syarha sedang sibuk sain autograf. Peluh kepenatan jelas kelihatan di muka Dr Farhan Hadi. Beberapa buah buku termasuk Denyut Kasih Medik jadi mangsa kami di booth Telaga Biru.


Lebih kurang pukul 2.30, ayah dah telefon. Haziq merengek nak balik dan mereka berdua tunggu di luar. Sebelum pulang, saya sempat menyambar album 'Bumi Akhir Usia - Mirwana' . Tengok kulit album pun dah tertarik. RM 27.00. Ah, apa salahnya, sekali-sekala. Itulah yang terakhir sebelum melangkah keluar. Kalau nak ikutkan, memang tak puas. PBAKL '11, insya-Allah saya akan datang. Terima kasih semuanya. 


p/s : akak, ibu ada kata, "ni dah habis duit banyak ni. Kalau ada Mira, lagi la banyak...haha"



Tuesday, March 23, 2010

kata ukhti, "update bloglah!"


kata ukhti, "update bloglah!"

serius, saya ada je nak tulis. tapi, macam tak tertulis je.

mana tidaknye, sekarang ni menghadap facebook je. (dulu pun macam tu jugak) 

agaknya, sebab kurang masa berdua-duaan dengan buku kot.

oh ya, hari khamis ni, raptai untuk hari graduasi. hari sabtu hari graduasinya. insyaAllah usai program graduasi, terus bergerak ke Kuala Lumpur untuk Pesta Buku Antarabangsa KL. itu perancangannya.

sekarang, jom kumpul idea+semangat! jom update blog yang bersawang lagi berhabuk ni!

wallahua'lam.