Showing posts with label lain-lain. Show all posts
Showing posts with label lain-lain. Show all posts

Sunday, November 18, 2012

Should we discuss further about this?

Masa berlalu dan ia tak berlalu begitu saja. Setiap saat yang berlalu, ada ceritanya, ada kisahnya, ada pengajarannya. Tak kiralah buruk, cantik, jahat, baik. Semua ada signifikannya. Cuma antara nampak atau tidak.

Satu yang aku nampak dan aku sedar; tentang berharap.

Dalam hal yang satu ini, tak kiralah berharap tentang sebesar-besar perkara atau sekecil-kecil perkara, ia lebih baik jika kita kurang (atau langsung tidak) menyandarkan harapan kita tentang perkara tersebut. Lebih-lebih lagi jika ia adalah manusia yang kita sandarkan harapan tersebut. Aku tahu perkara berharap ini pun ada sudut positifnya. Aku tahu. 

Tapi aku memilih untuk tidak begitu. 

Just as it is.

No further discussion. 

Sekian.

Thursday, November 10, 2011

Sila faham

Salamalaik

Salah satu sebab kenapa manusia menulis atau menaip, adalah untuk menyampaikan maklumat. Ya lah, maklumat boleh jadi macam-macam jenis maklumat. Maklumat dunia, maklumat setempat, maklumat tentang perdagangan, maklumat tentang undang-undang sehinggalah maklumat tentang diri sendiri. Semua itu maklumat. Supaya yang lain boleh mengetahui apa yang sedang berlaku di sekeliling mereka. Sasaran penerima maklumat itu juga pelbagai dan bukan semua orang disasarkan untuk menerima sesetengah maklumat. Contohnya, kita tak tahu mengenai polisi terkini di sesebuah Kementerian atau di sesebuah syarikat kerana maklumat tersebut tak disasarkan kepada kita.

Pencetus kenapa maklumat disasarkan juga berbeza. Ada yang punya objektif yang tepat dan tersendiri. Ada pula yang tiada sebab yang jelas dan kabur objektifnya. Bagi aku, selalunya, hati yang gundah dan gelisah buat aku terasa nak menaip sesuatu. Ya, itu satu maklumat jika anda baca dengan teliti ayat-ayat yang aku taip.

Sering kali ada persoalan yang ingin ditimbulkan oleh penyampai-penyampai maklumat melalui medium penulisan selain dari menyampaikan maklumat. Dalam sesetengah kes, maklumat bukanlah disampaikan dengan satu tujuan mutlak iaitu memberi maklumat, tetapi pada masa yang sama, menimbulkan persoalan kepada pembaca. Misalnya, "apa sebenarnya yang berlaku?" atau "apa sebenarnya yang menyebabkan sesuatu maklumat itu disampaikan?" atau juga "apa penyelesaian kepada masalah yang diutarakan?".

Namun, bukanlah semudah itu untuk penyampai maklumat dan penerima maklumat dapat menghadam proses-proses penyampaian dan penerimaan maklumat apatah lagi maklumat itu sendiri. Komunikasi adalah satu elemen yang penting dalam memastikan keberkesanan proses integrasi maklumat antara penyampai dan penerima. Terdapat banyak penghalang kepada sistem komunikasi yang berkesan dan diantaranya ialah segan, malu, medium penyampaian yang tidak efisyen, terlalu berhati-hati, dan tidak lupa egoistik. Ya, sikap manusia sendiri adalah penghalang kepada sistem komunikasi yang berkesan.

Akhir kata, komunikasi dan maklumat adalah dua elemen yang memerlukan antara satu sama lain. Anda akan faham seluruh penyampaian maklumat aku di atas jika anda teliti betul-betul kerana maklumat itu tidak bersifat sebelah muka sahaja. Ada yang tersurat dan ada yang tersirat, kalaulah anda faham.

Terima kasih.

Sunday, January 9, 2011

Kata ibu,


Ibu bukan nak anak yang hartawan,
tapi ibu nak anak-anak yang ilmuan.
itu kata ibu.


Thursday, December 30, 2010

Kata atuk,

Kata atuk, pemandangan dari jambatan Pulau Pinang ke bahagian pulau, sebijik macam  pemandangan dari tambak Johor ke Singapura. Lagi-lagi bila dah nak sampai, nampak bangunan tinggi-tinggi, nampak maju. Itu kata atuk la.

Tuesday, December 21, 2010

Surat kepada yang empunya diri.


     
                                                                                                                              Sebuah katil di sebuah bilik,           
                                                                                                                              Sebuah kolej kediaman,
                                                                                                                              Sebuah katil kecil,
                                                                                                                              Merbok.

Kehadapan saudaraku yang kusayangi,

Bagaimana agaknya khabar saudara di Merbok ya? Dengarnya musim tengkujuh sudah tiba di sana? Entah betul, entah tidak. Tetapi menurut apa yang aku dengar, seringlah sangat hujan itu. Boleh benar jika dikatakan tiap hari hujan. Hendak menjemur pakaian pun perlu tunggu dua hari untuk kering. Itu pun, tidak benar-benar kering. Sejuk kain jadinya. Mandi? Agaknya saudara pasti ada rasa malas-malas nak mandi bukan?  Sejuk hingga ke tulang mungkin? Macamlah aku tak kenal saudara, bila berbicara tentang sejuk, menggigil bukan main. Apa itu… “alergi sejuk” ya? Aneh benar. Ada juga alergi untuk sejuk. Kalau alergi ubat, alergi kuman, alergi habuk atau alergi peluh pernahlah juga aku dengar. Alergi sejuk? Saudaralah yang pertama.

                Oh ya, sebelum terlupa, tahniah aku ucapkan pada saudara kerana memenangi pilihanraya kelab kecil di tempat pengajian saudara. Ingatlah, bila ada yang mengundi, maka adalah yang percaya. Mereka percaya pada saudara. Tidaklah patut jika saudara mengecewakan kepercayaan mereka. Buatlah sehabis baik. Bukan ada satu hadis yang bermaksud lebih kurang sebegini; “setiap dari kamu adalah ketua dan kamu dipertanggungjawabkan atas tanggungjawab kamu itu”. Nah, jawatan itu amanah dan bukan sekadar memenangi pilihanraya. Berat pastinya, bukan? Saudara, aku pasti saudara akan buat sehabis yang baik. Aku harap sangat. Jangan kecewakan aku ya? Dan paling penting, jangan kecewakan rakan-rakan yang mengundi saudara ya?

                Saudara, hidup di dalam kampus hari ini pastilah banyak cabarannya. Fizikalnya, emosinya, mentalnya, pelajarannya, dan apa jua yang mencabar.

Dalam menempuh cabaran, jangan sesekali saudara mengalah.
Sentiasalah tabah.
Kalau tersadung batu dan rebah,
cepat-cepatlah gagah.
Jangan biarkan terus kalah.
Duduk lama-lama itu tradisi pengalah.
Biar jasad yang berdarah bukan semangat yang menyerah.
Biarkan tenaga terus dikerah agar bakti sentiasa tercurah.

                Saudara, kiranya setakat ini sahajalah warkah aku kali ini. Penat benar mataku pagi ini. Sepatutnya sudah tertidur pun. Kata akhir dariku, salam sejahtera, salam berjuang, salam segalanya.


Sahabatmu yang sentiasa mengasihimu.





Thursday, September 16, 2010

"Update" & "Writer's Cramp"

picture by xxmerezxx via deviantart


Salamalayk. 


.........


*macam mana nak mula?


..........


Sekarang ni, there are two keywords of this post. First and foremost; 'update'. The second one; 'writer's cramp'


Update
Menjadi penulis blog dan pemilik blog, anda akan terikat dengan perkataan terpenting dalam dunia blogging ni; update. Ada yang akan update blog mungkin sebulan sekali, seminggu sekali, setiap hari, setiap jam, hatta setiap saat. Bergantung pada masing-masing. 


Writer's Cramp
Kejang? kejang otot atau kejang idea? Terma ni tak terhad kepada bloggers semata. Seperti namanya, "writer's" yakni 'penulis' jadi pasti yang terlibat adalah penulis. Maka, jika anda seorang penulis, anda mungkin akan terserempak dengan perkara sebegini. Menulis novel, menulis artikel, menulis rencana, waima menulis karangan kerja sekolah yang diberi guru. Simtomnya, anda ingin menulis tetapi tidak tahu untuk menulis apa. (niat sudah ada, tetapi sukar untuk menterjemahkan niat ke dalam bentuk penulisan).


Kesimpulan
Maka, apa sebenarnya yang ingin disampaikan? 


1. Saya jarang benar mengemas kini (update) blog ini. 
2. Saya mengalami 'writer's cramp'.


Terima kasih. 


p/s: I will try to update this site more frequent after this. Thank you

picture by monocoello via deviantart

Saturday, July 10, 2010

Hijau.

Sedang bercinta dengan hijau. :)

The Leaves by treyk4


that green sensation by ethereal forest303


Rainforset Leaves by SlinkyJynx


green leaves by simoendli


green by auexis






*all pictures are via deviantart

Monday, July 5, 2010

Kondisi.


tension by nurhanch via deviantart





pening, pening, pening.

dan sedikit tertekan.

Tuesday, June 1, 2010

Kemas kini.

Ah, lama tak update. Semangat baru, jiwa baru mungkin? akan diupdate tak berapa lama lagi. Insya-Allah.


?? wallahua'lam.

Wednesday, May 12, 2010

Huzaifah II : Inni Akhafullah

"Huzaifah tak nak mimpi-mimpi lagi." ~ picture by LaBellez via Deviantart
Huzaifah sendiri. Sunyi sendirian tidak berteman. Angin malam betul-betul semacam menyuruhnya pulang ke asrama. Langit tidak berawan, yang ada hanyalah bulan terang dan terangnya cahaya bulan dirasakannnya seperti menerangi jiwanya. 

Satu garis manis terlukis di bibir Huzaifah.

“Opps!,” nyaris mereka berdua terlanggar. Tertunduk kedua-duanya.
“Hmm... Good luck ye esok!” satu ayat ringkas dilontarkan. Spontan sebenarnya.
Good luck juga esok ye!” ah, turut dibalas! Agaknya, spontan juga.

Huzaifah melukis garisan manis di bibirnya lagi. “Intan Athirah”.

Huzaifah kemudiannya menambah lagi kemanisan dalam senyumannya, kali ini perasa sinis ditambah. “Huh, pergilah kau mimpi. Buang masa aku. Aku tak perlu mencari apa yang tak pasti,”

Dia tahu, dia kerap melawan mimpi-mimpi indah itu dan dia yakin akan kemenangannya. Yakin. Sangat yakin.

Tuesday, April 6, 2010

Ahmad dan kereta api.

  The Arrival by djneohell via deviantart
Kereta api pagi itu lambat bergerak. Mengikut tiket, 7:45 pagi. Orang selalu kata; “cepat-cepat, nanti kereta api tinggal.” Kenapa kereta api? Kenapa bukan bas? Kenapa bukan teksi? Ahmad pernah mendengar, entah dari siapa, entah betul atau tidak, orang guna terma kereta api tu sebabnya selalunya kereta api bergerak betul-betul ikut masa, ikut jadual. Selalunya. Pagi itu Ahmad berseorangan. Seorang. Bersendirian di stesen kereta api Butterworth.

Thursday, April 1, 2010

Tipu? Maaf? Sekali lagi; ah, apa-apa sajalah...

Ah, mukadimahnya canda-canda, ronggeng-ronggeng. Kemudian, diselitnya asma Allah, disulamnya 'cinta Adam Hawa' , 'cinta Sulaiman Balqis' , 'cinta-cinta suci lain'. Penat main selit-selit, dia sambung mesra-mesra. Sembang sana, komen sini. Panjangnya bukan main, Perlis ke Johor pun lebih dekat. Habis-habis, dia senyum malu-malu. Ah, bukankah mahabbah antara kami itu indah? Tiada yang dinodai. Semuanya bersih tak kira, suci tak terhitung. Tak pegang-pegang bukan? Ah, indahnya mahabbah. 

Wednesday, March 24, 2010

Nak campur hitam atau tak nak campur?


macam-macam warna di dunia ni. Kita nak pilih yang mana? ~ picture by purplerainistaken via deviantart


Saya tengok belakang, ada hitam.

Saya pusing ke depan, saya nampak macam-macam warna. Agaknya, tunggu saya pilih kot.

Fikir-fikir balik, macam-macam hitam ada kat belakang. Hitam campur pink la, hitam campur putih la, hitam campur hijau la, hitam campur oren la.

Nampak macam cantik. Tapi hitam tetap ada.

Jadi, saya ingat saya nak buang hitam tu.

Tiba-tiba, ada yang kata, "Eh, dulu kata lain, sekarang kata lain,"

Kemudian, ada lain pula yang berkata, "Dulu minat hijau sampai cair-cair, lembik-lembik"

Lepas tu, ada lagi yang berkata, "Eleh, dulu minat pink tak kira. Siang malam tersenyum"

Tak cukup lagi, "Sembang! Cakap boleh. Dulu ingat oren tu sampai terbawa-bawa ke tidur"

Kemudian, saya pusing depan balik. Saya tengok pink. Saya nampak hijau. Paling cantik, putih. Kali ni, tiada hitam langsung. Tapi warna-warna tu jauh.

Saya kata, "Jauh pun tak apalah. Tak ada hitam"

Saya pun tersenyum. Saya tengok belakang, hitam-hitam tu dah tak ada.

Kata ukhti, "fake it to make itu"

Kata hukama, "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit"

Tahmid, tasbih, dan takbir.

Tuesday, March 23, 2010

Laksamana Putih vs Sisi Hitam.


bila putih bertemu hitam, kita cenderung ke mana? imanlah yang jadi penentu ~ picture by RaVeN84


Kursor dibawa ke butang 'publish post'. Jika di'klik', post yang bertajuk, "Couple? Saya Kata Tak Boleh" akan tersiarlah secara rasmi di blog encik tuan badan. Tiba-tiba, dengan tak semena-menanya...

Huzaifah.

Huzaifah. Nama sahabat Rasulullah yang saya gemari. Kalau boleh, anak saya nanti pun nak namakan Huzaifah. Haha. 


Ini percubaan pertama saya dalam bab bercerpen ni. Ulang suara, "percubaan pertama". Maka, cliche` ke, kurang isi ke, atau apa-apa je la, saya tak kisah. Cerpen sejengkal. Nama wataknya Huzaifah, jadi Huzaifah lah tajuknya. Sangat pendek. 2.15 pagi mula, 2.55 pagi tamat. Kata hukama, perjalanan beribu batu bermula dengan satu langkah. Jom baca!


kata ukhti, "update bloglah!"


kata ukhti, "update bloglah!"

serius, saya ada je nak tulis. tapi, macam tak tertulis je.

mana tidaknye, sekarang ni menghadap facebook je. (dulu pun macam tu jugak) 

agaknya, sebab kurang masa berdua-duaan dengan buku kot.

oh ya, hari khamis ni, raptai untuk hari graduasi. hari sabtu hari graduasinya. insyaAllah usai program graduasi, terus bergerak ke Kuala Lumpur untuk Pesta Buku Antarabangsa KL. itu perancangannya.

sekarang, jom kumpul idea+semangat! jom update blog yang bersawang lagi berhabuk ni!

wallahua'lam.

Friday, February 19, 2010

orang kata tertunggu-tunggu. saya?


16/3? 24/3? atau bila-bila sahaja?

Ah. Tunggu, menunggu dan tertunggu-tunggu. 

Menanti tarikh keramat. Bila ya? 

Menanti sesuatu yang tak tersangka. 

Atau sudah menyangka apa yang dinantikan?

Cepat-cepatlah kau datang. 

Moga khair yang menanti.

InsyaAllah.

Thursday, February 18, 2010