Showing posts with label buku. Show all posts
Showing posts with label buku. Show all posts

Monday, April 9, 2012

Cerita orang yang sakit schizophrenia

Semenjak dua ni, aku jarang benar nak menyentuh buku. Tak kiralah buku santai atau buku akademik. Kenapa? Tiga sebab :

Pertama : Aku nak salahkan diri aku dulu. Aku tak lawan rasa malas dan aku tak lawan rasa sakit yang aku tengah sakit kebelakangan ni.

Kedua : Aku demam sakit bagai. Aku tak ada mood nak menelaah dan rasa malas aku mencanak tinggi. Ni kes tak sentuh buku akademik.

Ketiga : Bila aku tak sentuh buku akademik, takkan lah aku berani nak belek buku-buku santai. Ni kes tak sentuh buku-buku santai.

Oh ya. Buku-buku santai tu maksud aku macam novel-novel, antologi-antologi cerpen. Masa pesta buku fakulti 2 minggu lepas lebih kurang, ada la dalam 7 buku yang dibeli secara koloborasi dengan member aku. Disebabkan tiga sebab di atas, aku baru baca satu daripada 7 buku-buku tu. Buku yang satu itu ialah "Bayang - Nami Cob Nobbler - Lejen Press"

inilah Bayang.

Novel yang boleh aku kategorikan sebagai novel indie dari publisher yang boleh dikatakan agak indie ni yakni Lejen Press ditulis oleh seorang penulis indie di publishing stream dan tak berapa nak indie dalam dunia blogging iaitu Nami Cob Nobbler.

Ini sinopsis dari kulit belakang buku :

Faris merupakan seorang yang dilahirkan bijak, tetapi atas kesempitan masa mak ayah, dia dibesarkan bersama nenek yang pakciknya seorang pendera. Dari sini, dia mengenal Jack, yang membawanya ke negara Delta, dimana dia ada misi untuk membunuh seorang pemimpin negara musuh. Tamat persekolahan dan menceburi bidang teater, dia bertemu dengan Adleen, seorang pakar psikologi. Semua baginya logik walaupun mungkin tidak bagi orang lain. Dan bila pakciknya yang mendera itu mati dalam keadaan tragis, sedikit demi sedikit terbuka cerita – antara dua; yang mana pasti, yang mana hanya bayangan mimpi.

Lepas aku selesai baca novel ni, satu perkataan untuk merumuskan pembacaan aku; g-i-l-a. Gila. Cerita orang sakit schizo. Tapi yang uniknya, nama karekter utama ni Faris Ahmad. Mak dia cina. Bapak dia Melayu. Masa zaman kanak-kanaknya, sepupu Faris yang namanya Zairil dan Zairul selalu buli dia. Pakcik Azman, ayah Zairil dan Zairul panggil dia babi. Bukan setakat panggil babi, hari-hari adia kena libas dan sebat dengan paip getah, tali pinggang. Dia diseksa sampai macam tu sekali sebab mak dia seorang Cina. Pendera-pendera Faris semuanya rasis. Maka hidupnya terseksa sebab adanya satu sifat manusia yang bernama rasis.

Kalau zaman sekolah rendah dulu, kalau kita buat karangan, kita akan tulis dekat akhir karangan "rupa-rupanya aku bermimpi" tapi kalau dalam novel ni, ada perbezaan sikit. Pengakhiran dia lebih kurang begini; "rupa-rupanya aku gila. Ni semua ilusi". Kalau nak cerita panjang-panjang, aku malas. Baik beli sendiri atau pinjam kat aku buku ni. Sekian.


Wednesday, February 8, 2012

Soalan.


Contengan Jalanan di letak ketepi. Selesai. 

Mungkin kalau nak ikut kepala otak yang kosong, dia boleh simpulkan yang Contengan Jalanan ni just cerita fasal seorang penulis yang nak menggambarkan tempat-tempat yang mungkin pernah dijejaknya. Cerita Fend ada fasal Sidney. Cerita K² pulak cerita fasal Jakarta. Cerita kepala-kepala seniman yang berjalan di tempat orang. Cerita fasal muzik, visual arts, creative studies, literature atau apa-apa je yang sekutu dengannya.

Tapi itu semua kalau ikut kepala otak kosonglah. Kalau skip bab-bab falsafah hidup,hadis, dan ayat-ayat tafsir Quran yang disumbat dalam tu.

But of course things are 360-degree upside-down kalau betul-betul baca dengan hati.


***
Betullah katanya.

Semoga kita bertemu apa yang dicari, tidak sekadar bertemu apa yang kita mahu. Tapi apa yang kita perlu.
Apa yang kita mahu tak semestinya apa yang kita perlu. Tak kiralah samada kita tahu apa yang kita perlu atau tidak.

I’m not saying that I totally understand the gist. But I’m trying to. Insya-Allah.


***

Q : Kalau kita dah dapat apa yang kita nak dalam dunia. Segalanya yang kita impikan, kita dapat. Lepas tu apa? Hidup takat tu je ke?

A: ?

"There's a difference between living life and merely being alive" 

*** 

Sekarang baru tahu rasa rindu Mesir yang sebenar. Betul-betul rindu. Terima kasih.



Tuesday, January 31, 2012

Jam ke 11


"The man who decide to change in 12th hour dies in 11th"

Quote ni aku jumpa masa baca novel Contengan Jalanan. Aku google quote ni, aku jumpa blog Hlovate; penulis contengan Jalanan.





Lepas tu aku jumpa this one short film called 11th Hour dalam blog tu. Aku google "11th Hour". Aku jumpa IMDb movie "The 11th Hour". Leonardo DiCaprio berlakon. Eh, takkanlah kot. Ni movie Hollywood.




Aku patah balik kat blog Hlovate. Aku cari nama producer dia. Sami Haque. Kemudian aku google "11th Hour Sami Haque". Aku jumpa link vimeo. 11th. Itu yang aku cari.




Aku catat kat sini supaya sesiapa yang membaca boleh klik link yang ketiga ni. Klik lah. Jangan tanya kenapa aku tulis panjang-panjang untuk satu link yang boleh aku terus letak je.

Wednesday, November 16, 2011

Kasino

Salamalaik.

Pernah teringin, atau termimpi, atau terberangan ke untuk menjadi seorang ahli korporat yang mampu milik apa saja benda yang kita nak? Jadi orang kaya, punya kuasa, punya pengaruh. Dalam masa yang sama, usia kita tidak terlalu tua, tetapi taklah terlalu muda. Ada syarikat besar. Ada pekerja sendiri. Muka masih kacak. Badan masih tegap. Otak masih cergas. Pernah terfikir semua tu?

Aku terfikir semua tu bila aku membayangkan watak Dato' Narcissus Yussof dalam novel Kasino keluaran buku FIXI.

sexy eh? ini cover untuk jualan di kedai-kedai buku. cover untuk jualan online is sexier. cari sendiri

Sinopsis

Mohd Narcissus Yussof ialah seorang usahawan Bumiputera yang pantang dicabar. Dia berkebolehan, kacak serta selesa dengan gaya hidup yang mewah dan hedonis. Tetapi dirinya kini tersepit.

Monday, January 10, 2011

Memeluk Gerhana

Dalam masa sebegini, aku kira ada sesuatu yang bersarang dalam pemikiranku.


Aku seperti ingin mengatakan bahawa aku menulis bukan kerana aku ingin tulisan aku benar-benar dibaca, ataupun kerana aku ingin jadi penulis blog yang beberapa tahun kebelakangan ini, apa yang aku nampak, menulis blog adalah satu gaya terkini atau apa yang dikatakan sebagai trend. Ada yang menulis kerana ingin mengumpul wang ( ya lah, kos sara hidup sekarang kan mencanak ) atau sebagainya. Maka, apa pendirian aku pada saat ini? Aku menulis kerana aku ingin menulis. Aku punya keinginan padanya.


Buku terkini yang sedang dibaca (selain buku-buku akademik) : Memeluk Gerhana , Isa Kamari.


p/s : Ilham dan aku, mungkinkah ada persamaan?






Monday, November 8, 2010

Saya Pun Melayu

Assalamualaikum, salam sejahtera kepada yang membaca. 


Setelah difikir-fikirkan, mulai post ini, kata ganti diri pertama yang akan digunakan ialah 'aku'. Kenapa ya? 'aku' kelihatannya kurang formal berbanding 'saya'. Malah, lebih mesra berbanding 'saya'. Tapi, ikut keadaan la kan? Takkan kalau nak mesra dengan orang tua pun, nak guna 'aku'?


Ok, berbalik kepada tajuk dan niat post yang asal. 


Saya Pun Melayu. Post kali ini bukanlah nak menerangkan apatah lagi menceritakan yang aku ni berbangsa Melayu atau sebagainya. Bahkan, 'Saya Pun Melayu' ialah nama sebuah buku tulisan Datuk Zaid Ibrahim. Buku Saya Pun Melayu ni atau tajuk buku terjemahannya, 'I, Too, Am Malay' adalah buku yang sedang aku baca. Berharga RM35.00 dan dibeli di Badan Book Store, juga ialah satu pemberian ikhlas Makteh, seorang ibu saudara yang penyayang teramat. (terima kasih! :D)




Kenapa saya pilih buku ni? Sebabnya, 'the Zaid Ibrahim's factor'.


"A successful corporate attorney who created the nation's biggest law firm despite his humble origins in a village in Kelantan, Zaid's journey as a lawyer, politician and philanthropist is depicted here--from his resignation as a Minister and his sacking from UMNO, a party of which he had been a member for 23 years, to his analysis of the current Prime Minister's ability to restore the rakyat's confidence in the government."


Anyway, it's good to know what is in the mind of the founder of ZaidIbrahim & Co. , the nation's biggest law firm.


Sekarang ni, sedang membaca di muka surat 114.




And, I like to share one of the interesting excerpts in the book;


" A peculiar thing in Malaysia is the fear the UMNO Malays have towards the Chinese and Indians, as if these two groups have nothing better to do but take over the country from the Malays. Whereas these Malays have no fear for the millions of foreign workers here, whether legal or illegal. It's been said that over one million foreign workers have been given identity cards and have become Malaysian citizens, mostly through illegal means, in Sabah since the 1980's.


Kesimpulan
Bukanlah kerana Zaid Ibrahim adalah seorang bekas ahli UMNO berjawatan menteri yang telah menyertai PKR menjadi sebab aku memilih buku ni kerana aku ialah seorang non-partisan.


Tetapi, seperti yang tertulis di atas; 'the Zaid Ibrahim's factor'


'Saya Pun Melayu', sebuah buku yang patut dibaca oleh setiap bangsa Malaysia tidak kira berstatus pelajar undang-undang, mahupun peguam, ataupun ahli politik, hatta pemerhati politik, penganalisis politik, bahkan sesiapa sahaja.