Showing posts with label omong kosong. Show all posts
Showing posts with label omong kosong. Show all posts

Thursday, July 12, 2012

Habis Bahagian Satu


Semester yang gila dah habis. Apa lagi, cuti lah. 

Bertolak ke Segamat, Johor Darul Takzim. Jam 1430.

Jauh kau hantu-hantu Tort, MLS, dan Consti! Jauh kau.

Tapi bila sampai masa, kau datang rapat-rapat, peluk erat-erat, biar selesa.

Saat itu, kau bisik ke telingaku, khabarkan perkara-perkara yang indah.

Ada masa, aku cerita lebih lanjut apa yang gilanya dengan bahagian satu ni.

Sekian.

Saturday, November 12, 2011

Alive than ever


Aku okay. 
Sangat okay.
So okay than ever.
Alhamdulillah. 
Haha. :D
Tak, aku tak menipu.
Terima kasih dunia.

Sunday, October 30, 2011

Rubbish

Salamalaik

I rarely post something serious in this site.

hmmm.


Wednesday, October 19, 2011

Random thoughts?

Salamalaik

Every day is kinda same to me these days. To describe this situation positively, I would say that "it is our new world!" "live life happily!" "this is what we call experience" and thousands bla, bla, bla descriptions. Realistically, no. It is not that positive. I go to work at 9 and home at 7 or 8. At the workplace, it is not like "I loveee to do this job" or "Yeah! Let's finish this things up!". But, at least I'm not hating what I'm currently doing. It just not the best thing that I want. However, the situation should be maintained for the mean time. At least until the November ends. I just have to do something right now (which is working) or else, nothing good will happen.



Sudah lah tu berbahasa Inggeris. Bahasa Inggeris bukan tangga pertama dalam carta penguasaan bahasa kau.

Dalam hidup yang singkat ni, dah lebih kurang empat fasa kehidupan yang aku telah lalui. Bermula dengan pra sekolah yang aku habiskan masa di sebuah taman asuhan kanak-kanak Islam, kemudian, sekolah rendah, sekolah menengah, dan asasi. Semua fasa yang aku dah tempuh tu, Alhamdulillah semuanya baik belaka walaupun ada lah cacat-celanya sana sini.



Next random thought.

Sekarang ni, hangat diperkatakan tentang hal-hal kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda dalam kalangan kawan-kawan sebatch aku. Maka, jangan ditanyalah berapa banyak soalan yang diajukan pada aku. Hari-hari ada je yang bertanya. Macam-macam. Alhamdulillah, setakat ni, tak mengamuk lagi lah kalau orang tanya tentang soalan yang sama dan dah tahu jawapannya berulang-ulang kali.



Apa lagi random thoughts aku kali ni?

Kadang-kadang bukan semua benda yang kita patut berkongsi dengan dunia. Ye lah, facebook ada, twitter ada, blog ada. Semua benda tu medium untuk kita berkongsi tentang apa-apa saja yang kita nak. Gambar, penulisan, audio, video dan berjuta-juta lagi benda. Bukan semua kita patut kongsi. Bukan semua. Kita boleh cakap kita tak menilai seseorang berdasarkan semua tu selagi kita tak kenal dia secara real, tapi secara realistiknya, kita tetap dinilai. Maka, imej yang macam mana kamu nak orang pandang kamu? Terpulang.

More random thoughts.

UiTM. LW213 Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-undang (Kepujian). Lambatnya masa berlalu. Bilalah aku nak sambung belajar ni? Ye lah, aku tahu jawapan dia. Cuma aku rasa aku tak sabar nak buat benda yang penat, boleh jadi fed up, boleh pening kepala, boleh berasap kepala, boleh terbakar hati dan boleh tercetus perang dunia ke tiga dalam jiwa tapi aku suka; live a student's life.



Lagi random thoughts.

Hidup dengan expectation adalah sangat berat dan menekan jiwa. Lebih-lebih lagi kalau expectation tu sangat besar dan luar dari kemampuan kita. Semoga Tuhan memberi kekuatan.

Another random thought.

Hidup ni macam roda. Sometimes you'll be just above the sky and sometimes you'll be way down under the grave floor. Kadang-kadang kita senyum sorang-sorang. Tapi, sampai bila kita nak senyum sorang-sorang tu? We'll never know what will happen in the future. Just pray for the best. Be optimistic.





Last thought.

Hmmm. It's better if this thought is not written. May Allah bless you.

That's all. Thank you.

*bukan semua gambar di atas milik aku.

Saturday, October 15, 2011

How's life?

Salamalaik.

I just don't feel like typing when I don't have something good to tell.

Ironically, that's what I'm doing.

Time : 35 minutes past 4 in the morning.
Location : In this small room of mine.
Status : Emotionally good. :) , physically okay.
What am I doing lately? : Works. works. works. 9am-8pm. and it is o-kay.
Current reading : aA+bB (reread)
#Nowplaying : Rhythm of Love.

Itu sahaja. Komapta*


*Informal way of expressing gratitude in Korean. That's what I've been told. :)

random pick of pic.

13 minutes past 5. roger and out.


Thursday, August 11, 2011

11 Ramadan


#1 tahukah anda, kesibukan dan kepeningan dunia adalah satu stimulus untuk aku mengemaskini blog?

#2 tahukah anda, aku adalah sejenis manusia yang cepat marah?

#3 tahukah anda, aku adalah sejenis manusia yang cepat marah dan selalunya gagal untuk mengekspresikan kemarahan?

#4 tahukah anda, apabila ditanya mengapa aku marah, selalunya aku akan menjawab 'tak ada apa-apa lah'?

#5 tahukah anda, tatkala aku menulis entry ni, aku ada masalah dengan akaun facebook aku? Bila ditekan 'profile', yang keluar ialah, 'page not found' dan ini tidak bagus. Sangat tidak bagus. Aku menggeleng kepala kehairanan dan memikirkan senario situasi paling buruk.

#6 tahukah anda, sebelum sempat aku menghabiskan ayat terakhir di 'tahukah anda #5', masalah facebook aku dah selesai begitu saja?

#7 tahukah anda, aku rasa yang anda mungkin tak perlu tahu pun tentang semua perkara-perkara 'tahukah anda' di atas. Yet, I still click at the 'publish post' button.

Wednesday, July 6, 2011

Sunday, June 26, 2011

Dua selepas Revival

Entry ini dipos beberapa minit selepas yang pertama.

Oleh kerana ini adalah berkaitan revival, aku patut kaitkan dengan cerita terkini dan cerita sebelum revival.
Aku tengok jam di skrin. Ah, apa saja lah. Dah lewat pagi.
Aku tengok tarikh. 26 Ogos.

Otak mula berfikir, "nak taip apa ni?"

Ini entry kedua yang tak bergambar.

Aku belum sedia nak gebang banyak-banyak.

Satu selepas Revival

Sebuah entry tak tertakluk kepada format penulisan yang tertentu.
Sebuah entry juga tak terhad kepada gaya yang tertentu.

Boleh saja setiap entry ada gambar yang menjadi penghidang mata.
Boleh juga sebaliknya.

Aku cuba untuk tidak menjadi cliche`.
Ini adalah satu daripadanya.
Mungkin entry pertama yang tidak ada gambar.