Wednesday, October 19, 2011

Random thoughts?

Salamalaik

Every day is kinda same to me these days. To describe this situation positively, I would say that "it is our new world!" "live life happily!" "this is what we call experience" and thousands bla, bla, bla descriptions. Realistically, no. It is not that positive. I go to work at 9 and home at 7 or 8. At the workplace, it is not like "I loveee to do this job" or "Yeah! Let's finish this things up!". But, at least I'm not hating what I'm currently doing. It just not the best thing that I want. However, the situation should be maintained for the mean time. At least until the November ends. I just have to do something right now (which is working) or else, nothing good will happen.



Sudah lah tu berbahasa Inggeris. Bahasa Inggeris bukan tangga pertama dalam carta penguasaan bahasa kau.

Dalam hidup yang singkat ni, dah lebih kurang empat fasa kehidupan yang aku telah lalui. Bermula dengan pra sekolah yang aku habiskan masa di sebuah taman asuhan kanak-kanak Islam, kemudian, sekolah rendah, sekolah menengah, dan asasi. Semua fasa yang aku dah tempuh tu, Alhamdulillah semuanya baik belaka walaupun ada lah cacat-celanya sana sini.



Next random thought.

Sekarang ni, hangat diperkatakan tentang hal-hal kemasukan ke program Ijazah Sarjana Muda dalam kalangan kawan-kawan sebatch aku. Maka, jangan ditanyalah berapa banyak soalan yang diajukan pada aku. Hari-hari ada je yang bertanya. Macam-macam. Alhamdulillah, setakat ni, tak mengamuk lagi lah kalau orang tanya tentang soalan yang sama dan dah tahu jawapannya berulang-ulang kali.



Apa lagi random thoughts aku kali ni?

Kadang-kadang bukan semua benda yang kita patut berkongsi dengan dunia. Ye lah, facebook ada, twitter ada, blog ada. Semua benda tu medium untuk kita berkongsi tentang apa-apa saja yang kita nak. Gambar, penulisan, audio, video dan berjuta-juta lagi benda. Bukan semua kita patut kongsi. Bukan semua. Kita boleh cakap kita tak menilai seseorang berdasarkan semua tu selagi kita tak kenal dia secara real, tapi secara realistiknya, kita tetap dinilai. Maka, imej yang macam mana kamu nak orang pandang kamu? Terpulang.

More random thoughts.

UiTM. LW213 Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-undang (Kepujian). Lambatnya masa berlalu. Bilalah aku nak sambung belajar ni? Ye lah, aku tahu jawapan dia. Cuma aku rasa aku tak sabar nak buat benda yang penat, boleh jadi fed up, boleh pening kepala, boleh berasap kepala, boleh terbakar hati dan boleh tercetus perang dunia ke tiga dalam jiwa tapi aku suka; live a student's life.



Lagi random thoughts.

Hidup dengan expectation adalah sangat berat dan menekan jiwa. Lebih-lebih lagi kalau expectation tu sangat besar dan luar dari kemampuan kita. Semoga Tuhan memberi kekuatan.

Another random thought.

Hidup ni macam roda. Sometimes you'll be just above the sky and sometimes you'll be way down under the grave floor. Kadang-kadang kita senyum sorang-sorang. Tapi, sampai bila kita nak senyum sorang-sorang tu? We'll never know what will happen in the future. Just pray for the best. Be optimistic.





Last thought.

Hmmm. It's better if this thought is not written. May Allah bless you.

That's all. Thank you.

*bukan semua gambar di atas milik aku.

No comments:

Post a Comment