Tuesday, September 27, 2011

Merbok Darul Getah

Salamalaik.

Boredom ignites me to start writing this post. Its been two days after my officially-as-a-prelawrian very last day in Merbok. Hmmm. 

Aku flashback balik masa aku mula-mula datang ke bumi Merbok Darul Getah. 23 Mei 2010. Masa tu belum pun umur 18. MDS yang busuk dan memenatkan. Perkenalan dengan teman sebilik yang boleh tahan dengan kerenah masing-masing dan baik serta kuat berhujah tentang isu-isu peribadi dan semasa. Pertemuan dengan rakan-rakan sekelas yang masing-masing pelbagai jenis ragam. Pengadaptasian dengan sistem pelajaran universiti. Belajar untuk meneruskan hidup dengan bajet yang disediakan. Macam-macam yang aku lalui masa zaman part one. Tak termasuk lagi dengan tragedi lakonan drama 5 watak.


Kemudian, mari kita jenguk sebentar zaman semester kedua sebagai pelajar asasi undang-undang di bumi Merbok. Bermula dengan penambahan dua orang lagi rakan sebilik yang baik belaka. Penglibatan aku secara langsung dalam institusi Kelab Asasi Undang-undang yang bermula dengan desakan untuk menghantar resume dari rakan-rakan. Kemudian, menyertai pilihanraya Kelab Asasi Undang-undang. Mengenali sedikit sebanyak struktur dan selok-belok pengurusan organisasi dan kepimpinan dengan senior-senior yang tidak kurang baiknya. Tak lupa, demam campak.


Last, but of course not least, my very last semester insya-Allah. Aku bermula dengan nama seorang ketua. Banyak tanggungjawab dan banyak yang perlu difikirkan. Hari pertama sampai, aku dah mula pening. Half of the Prelawrian boys have to stay outside. At KTU. Itu hari pertama. Macam-macam lagi yang terjadi sepanjang semester ketiga ni. Baik, buruk, manis, pahit, lawa, kacak, sakit, sihat, hina, puji, benci, sayang. Macam-macamlah. Terlalu banyak kalau nak ditaipkan. Paling penting, Law III a.k.a loteri.


Kesimpulan

Masalah. Ia datang dan pergi. Cuma macam mana kita hadapinya akan mencorakkan serta menunjukkan pemikiran kita.

Kenangan. Ia datang dan mungkin akan melekat. Bergantung jenis apa kenangan tu dan tentulah diri kita sendiri yang akan menentukan untuk mengingati atau melupakan.

Pengalaman. Ia datang dan tak akan pergi. Terpulang kepada kita bagaimana kita nak dapatkan dan gunakan pengalaman tu dalam kehidupan seharian.

Rakan-rakan. Mereka datang dan pergi. Masih berbalik kepada diri sendiri macam mana kita mahu mengekalkan persahabatan tu dan lekatkan segala memori tentang mereka menggunakan gam gajah dalam hati dan minda kita.

Kejayaan. Ada pepatah Arab yang mengatakan 'sesiapa yang berusaha, dia akan dapat lebih'. Kalau dia tak berusaha tapi dapat lebih, dapat kejayaan, mungkin itu rezeki atau istidraj.

All in all, semuanya balik kepada diri sendiri.

"Merbok - Dunia pertama kami di Universiti"
(Syahrul Asyraf, 2011)

inilah CEO.
gambar ehsan Nik Amirul.


6 comments: