Sunday, September 18, 2011

Mendung dan berangin

Salamualaikum

Ketika tulisan ini ditaip, cuaca di Merbok adalah pada tahap yang terbaik; mendung dan berangin. Sesuai untuk mereka yang gemar berada di bawah gebar pada waktu pagi tapi bukan aku.

Sudah lebih kurang setahun dan setengah aku menghabiskan masa aku di Merbok ni. Setahun dan setengah tempohnya yang juga bermakna masa aku di sini dah tak lama. Kalau mengikut jadual peperiksaan akhir dalam semester akhir aku kat Merbok ni, betul-betul seminggulah yang tinggal. 7 hari, tak lebih tak kurang.

Bukan sedikit yang aku dapat dari setahun setengah ni dan bukan sedikit jugak yang aku hilang dari tempoh yang singkat ni. Material, ilmu, kewangan, kenangan, persahabatan, kasih sayang, pengalaman, kenalan, perseteruan, masalah dan berjuta-juta lagi elemen yang aku hilang dan aku dapat sepanjang tempoh aku di sini. Semua daripada elemen-elemen tu akan aku hargai dengan sesungguh-sungguhnya. Mungkin tempoh setahun setengah tu kelihatan singkat tapi tempoh yang singkat tu dah dipadatkan dengan pengalaman-pengalaman yang mendidik jiwa aku.

Mengenangkan bagaimana mula-mula aku menerima tawaran belajar di sini, boleh mengundang bermacam-macam jenis riak muka dan reaksi jiwa. Pilihan perlu dibuat pada masa tu dan lihatlah, kini aku cuma tinggal 7 hari sahaja secara rasmi untuk berada di Merbok ni sebagai seorang pelajar Asasi Undang-undang. Aku tak nak tulis banyak-banyak lagi buat masa sekarang. Jika ada lagi yang ingin dikongsikan tentang pengalaman di bumi Merbok ni, mungkin akan ditulis dalam entri lain. Cuma apa yang aku dapat simpulkan ialah :

Fasa terbaik dalam hidup aku adalah di sini, 
di bumi Merbok.

I'm sure i'm gonna miss you. 

the boys of PL3CEO. one of the colorful mosaics of Merbok.

source : Nik Amirul .@ nikamirul.tumblr.com / nikamirul.com



1 comment: