Saturday, September 3, 2011

Dah tak nak guna tarikh sebagai tajuk

1 Syawal. Kampung Sawah Sunggala, Port Dickson.

Salamalaik and hello there.

Aku tengok tarikh kat hujung sebelah kanan desktop komputer riba ni tertera angka 9/3/2011 yakni 3 September 2011.

Maka, apa yang ingin disampaikan?

1. Sudah 5 hari berlalu sejak 29 Ogos 2011 yakni tarikh aku menjejak usia 19.
2. Sudah 4 hari berlalu sejak 30 Ogos 2011 yakni tarikh 1 Syawal 1432 H.
3. Tinggal sehari sebelum 4 September 2011 yakni kelas pertama aku selepas cuti raya.
4. Tinggal 3 minggu sebelum 25 September 2011 yakni hari terakhir aku di bumi Merbok.

Maka, apa yang ingin dihuraikan?

1. Aku sudah berumur 19 tahun yakni belasan yang terakhir sebelum menjadi 20-an. Hanya tinggal 360 hari sahaja lagi sebelum aku mencecah umur 20-an. Terima kasih kepada semua insan-insan yang mengucapkan salam ulang tahun ke 19 sama ada menerusi facebook, sistem pesanan ringkas, mahupun secara muka ke muka atau dalam bahasa Inggerisnya, face to face. Terima kasih. Mohon doakan kejayaan saya di dunia dan di akhirat.

2. 19 tahun sudah berlalu. Maknanya, sudah 18 tahun aku tak beraya di Pulau Pinang yakni rumah aku, tempat aku membesar. Kalau tak beraya di Port Dickson, Segamatlah tempatnya. Kalau tak beraya di Segamat, Port Dicksonlah tempatnya. Tahun ni di Port Dickson. *entri ini ditulis di Segamat pada 5 Syawal.

3. Kalau ikut tarikh ni, esoklah cuti aku berakhir. Pukul 8 pagi, jasad aku mesti dah ada di Merbok. Kelas Global jam 8 pagi. Lebih menggembirakan, pada hari yang sama ada kuiz ekonomi. Berlatarkan rumah nenek di Taman Seri Kenangan, Batu Anam, Segamat, Johor Darul Takzim, sekarang saya betul-betul gembira. Betul-betul gembira.

4. 25 September tarikh keramat. Hari terakhir di bumi Merbok. Aku tak tahu apa yang akan terjadi pada hari tersebut. Aku mengharapkan itu adalah hari yang bakal aku ingat dan tersenyum bila mengingatkannya. Insya-Allah.

Kesimpulannya, aku mengharapkan agar aku telah dan akan melalui tarikh-tarikh di atas dengan baik.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam.
Semoga hari esok lebih baik dari hari ini.
-Batu Anam, Segamat, Johor Darul Takzim-

1 comment: