Monday, February 14, 2011

Teater.

down with mubarak ~ by TrotskyLives via deviantart

Cuba mengubah kebiasaan. Entry kali ini ditulis pada waktu petang. 6 petang, bukan di tempat yang sunyi. Bukan di bilik yang sepi. Bukan di ruang tamu yang kosong. Entry yang satu ini, ditulis di sebuah dewan makan. Bisingnya, boleh tahan. Ramainya manusia, pun boleh tahan. Pukul 6, ramailah yang sudah tamat kelas, berpusu-pusu mencari makan untuk mengisi perut yang mungkin lapar.


Mengisi ruang kosong di antara entry yang lepas dan yang ini, banyak peristiwa yang telah berlaku. 


Cerita akak yang sudah pulang ke tanah air, itu satu. Cerita dua, Hosni yang tak Mubarak itu sudah turun dari takhta. Cerita tiga, cerita teater 'Mahkamah Lorong'.


Cerita yang pertama, cerita akak pulang. Alhamdulillah. Tak banyak yang nak diceritakan. Jika ada untung badan, mahu diceritakan pengalaman rakyat Malaysia di tengah kegawatan Mesir, boleh bacanya di sini.


Cerita yang kedua, anda boleh menelaahnya di site-site yang lebih layak untuk menceritakannya. 


Cerita yang ketiga, inilah. 


Teater?

Yang pasti, aku tak pernah menonton teater secara langsung. Kalau dalam video tu, adalah sekali waktu zaman sekolah dulu. Teater Kerusi. 


Sempena Law Fiesta yang baru sahaja tamat dua hari lepas, peluang untuk menonton teater tiba dan peluang itu diambil. 

poster Mahkamah Lorong

Bertempat di dewan serbaguna yang serba baru, ramai yang berbondong-bondong ke sana melepasi bangunan yang jarang diisi manusia kecuali hari Jumaat, masjid.

Aku tak tahu untuk menjangkakan apa yang bakal aku tonton. Hanya mengharapkan persembahan yang terbaik dari mereka (walaupun aku benar-benar buta apa definisi 'terbaik' bagi sebuah persembahan teater). Terus menunggu giliran persembahan mereka (yang bermula hanya pada lebih kurang pukul 10.30 malam atas sebab-sebab yang tertentu). Ya lah, aku ada dengar-dengar bahawa Tronoh Theater Shop (kumpulan teater yang berkenaan) itu pernah mengadakan persembahan di Istana Budaya.


Maka, di atas lapisan-lapisan kerusi yang entah berapa banyak, di bahagian paling belakang dewan, bersama empat orang yang lain, aku cuba menghayati setiap bait kata-kata pelakon-pelakon Mahkamah Lorong. Oh ya, kerusi yang banyak lapis itu adalah supaya kami berempat dapat melihat dengan jelas gambaran di atas pentas.


Tentang cerita malam tersebut boleh baca di sini. Asli dari Tronoh Theater Shop.


Gambar : Segar dari lensa kamera Nik Amirul. Digunakan dengan izin.






Berbekalkan pengalaman pertama menonton teater, rasanya cukup untuk aku menyimpulkan yang tiket berharga RM10 untuk menonton Mahkamah Lorong ni, berharga. Terima kasih Tronoh Theater Shop, terima kasih Law Fiesta di atas pengalaman pertama yang berharga ni.

2 comments:

  1. salam, nak tanya...Ada yang beritahu kalau ambil law di uitm untung dan mudah ke luar negara? benarkah?

    ReplyDelete
  2. wasalam, nak jawab.Kalau nak diikutkan apa yang diberitahu alumni law uitm, memang banyak juga untungnya. Antaranya berkaitan peluang pekerjaan. Bila dah masuk program LLb, kita akan awal-awal lagi ditemu duga dengan jabatan peguam negara. Maksudnya, sebelum tamat pengajian, majikan sudah menunggu kita bekerja. Itu menurut alumni lah. Bab mudah ke luar negara tu, tak pasti pulak.

    ReplyDelete