Thursday, April 15, 2010

Perlukah untuk bersedih?

seperti pepatah Inggeris, every cloud has a silver lining ~ picture 'that silver sining' by the Silver Doe


Hari ni, saya tak dapat apa yang saya nak.


Ya, apa yang saya nak. Mungkin, apa yang saya nak, tak sama dengan Pemilik Saya nak.


Sedih?
Perlukah bersedih? Bersedih untuk tidak mendapat apa yang saya nak? Tidak.
Perlukah frust? Frust kerana gagal mendapat apa yang diingini? Tidak.


Sebabnya, saya tahu apa yang saya rancang bukanlah sebaik-baik Yang Maha Merancang.


Kalaulah saya kata saya sikit pun tak terkesan dengan so-called rejection ini, bohong. Tapi, bila kita sentiasa kaitkan Pemilik Kita, pasti tiada masalah. Pasti. Sangat pasti.


Kereta dan penciptanya.
Ok, bayangkan sebuah kereta. Agak-agaknya, siapa yang paling arif tentang kereta tersebut? Tentang teknikalnya, cara penjagaannya, ciri-ciri fizikal kereta, dan sebagainya. Pendek kata, serba-serbi mengenai kereta. Jawabnya, tentulah penciptanya. Penciptanya mesti tahu macam mana nak menambah baik, macam mana nak memperbaiki, macam mana nak menjaganya. Cuma, kadang-kadang, apabila kereta tersebut dijual, penggunanya akan membuat sesuka hati ke atas kereta tersebut. Buku panduan entah ke mana. Lama-kelamaan, makin rosaklah kereta tersebut.


Kita? siapa yang mencipta kita?


Dia lebih mengetahui. Rujuklah kepada Yang Mencipta.


“Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya" Surah Al Baqarah, ayat 216 

No comments:

Post a Comment