gambar hiasan ~ Strangers east Jerusalem by dpt56
Hari ini hari Jumaat. Hari ini juga hari percubaan. Ya, percubaan pertama meletakkan post puisi di sini.
Ikhtilat? berapa ramai yang tahu? berapa yang mengambil berat?
Kawan, maaf.
Kawan,
maaf,
Jika 'aku
yang tak macam dulu ni' melukakan,
Inilah
yang dinamakan pengorbanan untuk perubahan.
Diam tak
bermakna benci,
Ayat-ayat
yang singkat tak bermakna rimas,
Kehilangan
yang tiba-tiba tak bermakna melarikan diri.
Terus mencari diri, mencari yang terbaik.
Ber'uzlah dari sebarang fitnah hati,
Mainan perasaan,
Nafsu
yang sukar dijangka.
Hati,
kawan. Hati!
Jika
rosak hati, rosaklah seluruh tubuh.
Lantas, aku berlari jauh-jauh,
Dalam larian itu, aku turunkan kepala.
Andai aku terlanggar tembok,
Tersepak
tebing,
Aku
tunduk.
Dan
tunduk itu, bukan tunduk mengalah.
Tunduk
itu tunduk malu, kawan. Malu!
Tak lain
kepada Yang Pemberi Rasa Malu.
Tunduk
itu, bukan sebarang tunduk, kawan.
Aku
tundukkan hati, aku tundukkan pandangan.
Istiqamah,
itu yang aku cari dalam larian ini,
Tapi aku
tahu, istiqamah itu,
hanya boleh dinilai setelah datangnya mati,
Maka, teruslah berlari dalam istiqamah,
Berhenti jauh sekali,
Kerana, perjalanan baru sahaja bermula.
Kawan,
lihatlah anak-anak perempuan Shuib A.S.
Kawan,
lihatlah Musa A.S.
Kawan,
lihatlah apa yang terjadi kepada 'Zulaikha'
Kawan,
lihatlah Yusuf A.S.
Oleh itu,
kawan,
Andai
'aku yang tak macam dulu ni' melukakan, maaf.
Andai
'aku yang sombong ini' melukakan, maaf sekali lagi,
Kerana seperti kata-kata streotaip mujahidin,
yang aku tak pernah aku lepas;
mujahadah itu sentiasa pahit.
Dan
pasti, lebih manis syurga jadinya.
FaJim~Jumaat,
16 April, 1:02 AM
Entahlah ~ agaknya ?
ReplyDeleteMoga terus strong bro!! ^^
ReplyDeletetahniah, satu eksperimen yang baik
ReplyDelete