Thursday, April 8, 2010

Ganjilkah kita?

                     kerana yang ganjil itulah yang unik! ~ odd array of strangers by r0b0ts rule my life of deviantart


Ghuraba', yakni orang yang dianggap asing, ganjil, aneh. Tak sama. Orang lain hitam, dia putih. Yang lain memilih untuk ketawa, dia lebih suka untuk tersenyum. 


Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: 


“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” 

Ghuraba'-kah kita? 

Ghuraba' yang mana? 

terasing daripada jahilah? terasing daripada ke'ganjil'an Islam?

Jadikan kita yang pertama. Jadikan saya, kamu, dan sesiapa sahaja yang bertasyahud ghuraba yang terasing daripada jahiliah.


   "Alah, kau ni kolot la."

     "Pelik ah, pergi seronok-seronok apa salahnya? Sekali-sekala enjoy la."

     "Normal la, sekarang ni benda-benda macam tu biasa la."

Ghuraba. Jadikan kita ghuraba yang bersedia untuk menolak apa jua jenis jahiliah pun. Tak sama, tak semestinya tak elok. 


Kerana, Islam bermula dengan ghuraba dan di akhirnya, akan kembali kepada ghuraba. Jadikan kita ghuraba dia akhir zaman ini. Insya-Allah. 


Kerana yang ganjil itulah yang unik!


No comments:

Post a Comment