Sunday, February 7, 2010

cinta?




Saya punya satu cinta. Cinta yang sangat mendalam. Tidak, saya tidak berbicara tentang cinta biasa atau cinta jahiliah hari valentine. Cinta ini agak unik. 

Cinta buku.


Moga Allah redha cinta saya. 


Bila berbicara tentang buku, yang muncul di bayangan saya, novel. Lebih tepat rasanya jika saya kata saya cinta novel. Opps, bukan saya cinta novel cinta. Saya cinta novel. Mula diperkenalkan dengan cinta ini sejak kecil. Insya-Allah cinta ini kekal hingga ke akhir hayat. 


Saya harap sangat. 


Moga Allah redha juga.


Hilal Asyraf, Faisal Tehrani, Andrea Hirata, Fatimah Syarha. Saya kagum dengan karya-karya mereka. 


Moga Allah redha.


Terasing, VT yang baru selesai dikhatam, Advencer Si Peniup Ney yang baru-baru ini diulang baca, Syabab Musafir Kasih yang dikhatam ketika dalam rehlah bersama rakan-rakan ke Melaka, KL hujung Disember yang lalu, Rindu dan Air Mata di Kt'ziot yang apabila dibaca bagaikan menonton rakaman pejuang Palestin, dan Laskar Pelangi yang diulang baca sebelum diteruskan dengan pengulangan pembacaan Sang Pemimpi dan Edensor ( supaya Maryamah Karpov boleh dihadam dengan baik ) telah menjadi teman-teman saya. Teman dalam kereta, teman sebelum tidur malam, teman sebelum tidur siang, dan bila-bila sahaja mereka menemani saya. 




Moga ini pun Allah redha.


1511H [KOMBAT] sedang dinanti kepulangannya dari Mesir. Saya ingin membacanya sekali lagi.


Moga Allah redha.


Tapi, Allah redha ke apa yang saya buat ni, kalau novel yang terbaik dan terindah bahasanya yang tidak dapat dibandingkan dengan novel-novel lain ditinggalkan? 


Doakan supaya Al Quran menjadi teman no 1 saya. 


Amin.


Moga Allah makbul dan redha.


p/s: syukran jazilan kasiran kepada cikgu Azimah dan cikgu Jalil. Banyak duit kalian saya habiskan untuk buku-buku. :D .

3 comments:

  1. tahniah!
    susah nak cari insan arjuna minat ni!

    ReplyDelete
  2. Natasha, kalau enti di tempat ana, jumlah arjuna yang minat membaca novel ini lebih banyak dari perempuan. Dalam dunia penulisan Malaysia misalannya,dipelopori oleh lelaki...Lelaki apabila membaca,mereka lazimnya tidak membaca dengan emosi seperti kita tetapi menilai dengan rasionalisme.Fitrah,teman...

    nota-berapa ramai Sasterawan Negara kita yang wanita? Ups,takda!:)

    ReplyDelete
  3. erk. maksud saya....
    lelaki remaja
    yang umor macam dia

    k lah! :P

    ReplyDelete