Monday, February 8, 2010

sudah sempurnakah? atau mahu sempurna?

kita tak sesempurna Yang Maha Sempurna


Kesempurnaan? jika itu yang kamu cari, mustahil kawan, mustahil.


Kerana apa? tiada yang benar-benar sempurna melainkan Yang Maha Sempurna.


Tetapi...

Tetapi kita mampu bergerak ke arah kesempuranaan. Dalam erti kata lain, buatlah sehabis yang baik.
Ya, kita menggerakkan usaha dan yang lain, urusan Yang Maha Mengtakdirkan. Kerana Dialah sebaik-baik perancang.


Kebaikan.

"Siapa yang tidak mahu kebaikan sila angkat tangan". Jika ditanya sedemikian, nescaya tidak ada siapa yang mahu menyalurkan kudratnya untuk mengiakan pertanyaan tersebut. Kerana apa?


Sifat manusia itu sendiri. Fitrah.


Manusia menginkan kepada kebaikan. 


Biarlah hati sehitam mana pun, pasti ada titik putih yang tersembunyi. 


Nah, konsep husnuzhon (bersangka baik) muncul pula. Ya, biar sejahat mana pun seseorang hamba Allah itu dimata manusia, bersangka baiklah kepada mereka.


Namun, dalam bersangka baik, janganlah terus menerus membiarkan saudara kita tersebut makin mendekati azab Allah. Timbul pula konsep dakwah.


Apabila berbicara mengenai husnuzhon dan dakwah, kedua-duanya bagai tidak dapat dipisahkan. Mana mungkin seseorang yang ingin mengajak rakannya untuk makan, sudah bersangka yang rakannya itu tidak mahu makan. Mana mungkin seseorang yang ingin mengajak sahabatnya berjemaah di masjid, sudah bersangka yang rakannya akan menolak ajakannya.


Ah, mencabar sungguh dalam usaha menjadi manusia yang punya iman.


“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.” Surah Al-Ankabut ayat 2-3.


Oh, ujian rupanya. 


Sama-samalah perbetulkan niat. Niat sebenar untuk menjadi hamba. 


Ah, kitakan manusia.  Sering lupa. Lupakah yang asal kalimah 'insan' itu 'nasiyan' yakni lupa?


Oh, betul juga.


Tapi lupakah bahawa manusia yang serba-serbi kekurangan ini boleh ingat-memperingati antara satu sama lain? 


Bagaimana?


Lengkap-melengkapi. Tegur-menegur.


"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran" Surah Al-Asr ayat 1-3


Rugi bukan? rugi kalau tak menegur dan tidak ditegur. 


Moga kita terus bergerak ke arah kesempurnaan.


Moga niat kita tak tersimpang.


Moga niat kita tak tersasar.


Moga tidaklah kita termasuk dalam golongan munafik. Na'uzubillah.


Moga Allah redha.





No comments:

Post a Comment