Tuesday, February 9, 2010

musafir solo.


jb, tunggu saya!

Esok, saya akan pergi jauh. 


Pengumuman : insya-Allah esok, 7:45 pagi saya akan bertolak ke Johor Bahru dalam perjalanan 15 jam dengan kereta api. 


Untuk apa?


Mungkin mencari pengalaman diri. Bermusafir secara solo. Suatu yang belum pernah lagi saya lakukan sepanjang hidup lebih kurang 17 tahun yang singkat ini. 


Lamanya, 15 jam!.


Memang lama. Naik bas lagi cepat. 


Tapi bezanya tak perlu beramai-ramai dalam bas. Insya-Allah. 
Boleh mengkhatam novel-novel atau mengulang baca novel-novel. Insya-Allah.
Dah lama tak naik kereta api, paling terakhir darjah enam. Teringin benar. Insya-Allah.


JB? kenapa jauh sangat? ada apa?


Memang jauh. Mencari pengalaman bekerja. 


Ada orang kata, kenapa lambat sangat? result dah nak keluar dah.


Sebelum ni, saya sibuk sedikit dengan urusan lesen kereta dan motor. Ini sahajalah masa yang ada. Insya-Allah saya akan guna sebaiknya.


Agaknya bila saya akan pulang?


Wallahua'lam. Setakat ni, belum lagi memikirkan hal itu. Tengoklah macam mana.

Moga Allah redha dengan apa yang saya lakukan.


Doakan keselamatan saya. Semoga selamat tiba ya!. Insya-Allah.


p/s : kemungkinan saya akan tinggalkan blog, facebook, dan ym. Fokus!.

No comments:

Post a Comment