Saya dah masuk darjah 3. Ada lagi 3 darjah sebelum nak habis sekolah.
Saya tak tahu apa yang menanti saya hari ini tapi apa yang saya tahu, saya harapkan yang terbaik.
Ye lah kan, mestilah saya nak darjah 3 ni lebih baik dari masa saya darjah 1 dan darjah 2.
Bercakap tentang kebaikan, saya pun nak beritahu tentang peperiksaan akhir tahun darjah 2 saya.
Alhamdulillah, tak ada lah baik sangat, tapi ada lah sikit peningkatan berbanding darjah 1. Syukur.
Saya cakap pada diri saya, "Tak apa, ini hanyalah permulaan sesuatu yang lebih baik. Hari-hari depan, kita tak tahu lagi macam mana. Yang penting, berusaha. Insya-Allah."
Oh ya, saya semacam eksaited nak mulakan hari pertama darjah 3 saya ni. Kelas pertama saya hari ni pukul 10.30 pagi, lagi lebih kurang sejam setengah.
Khabarnya kelas Undang-undang Jenayah 1. Cikgunya, saya tak pasti siapa. Nanti kat kelas, kenallah siapa beliau.
Tak lupa, rakan-rakan yang dah hampir dua bulan tak bersua muka dek cuti sekolah, pastilah saya rindu (tentulah bukan semua yang saya rindu.)
Apa-apa pun, doakan lah yang terbaik ye!
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment