Monday, February 18, 2013

Terfikir

Aku ada terfikir tentang beberapa perkara;

( i ) Apa patut aku tukar nama URL blog ni? 

Masuk tahun 2013, dah masuk tahun ke-empat blog ni wujud. Macam-macam benda yang dah berubah termasuk cara aku berfikir, selera aku, minat, kegemaran, hobi, dan sebegainya. Kadang-kadang aku ada merasakan yang nama "mindajiwahamba" dah tak menepati citarasa aku. Kadang-kadanglah. Tapi ada jugak masanya yang aku rasa macam, 

"Biarlah. Takat nama je pun. Blog ni aku tulis pun bukan aku buat duit pun. Nama ni pun ada nilai sentimental gituuu". 

Hmmm.

( ii ) Apa patut aku tulis fasal sepemergian aku ke Mesir?

Memang patut sebenarnya. Cuma aku tak tahu nak mula bila. Ye lah, bukan semua orang berpeluang ke sana. Aku pulak tak ada lah nak setiap kali jumpa orang nak bercerita pasal Mesir ni. Lagipun ibu, ayah, sedara mara semua nak tahu jugak kan? Persoalannya bila aku nak menulis fasal tu.

Hmmm.

( iii ) Apa aku nak buat ni? Cuti ada lagi dua minggu.

Dua minggu cuti ni serius lama. Serius aku dah tak larat nak bercuti. Cepat-cepat lah masa berlalu. 

Hmmm.

( iv) Fasal keputusan peperiksaan sem lepas. 

Sejujurnya, keputusan aku tak ada lah boleh dibanggakan kalau nak dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain. Setakat cukup-cukup lulus dan tak cemerlang pun. Tapi aku tahu apa yang aku dapat tu dah cukup bermakna bagi aku. Ini masa untuk berfikir positif. Aku ada empat semester lagi dan semester kali ni, keputusan aku Alhamdulillah meningkat dari segi pointer walaupun sekadar 0.02. But hey, it's still an improvement! Apa yang aku boleh buat sekarang, adalah betul-betul berusaha dan bukan berusaha kat mulut sahaja. 

Insya-Allah. 

Itu saja. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment