Sunday, December 11, 2011

Cerita Pendek : Bosan

"Takde. Adik kena pergi kem tu jugak. Ibu dah bayarkan. Kalau tak, cuti sekolah ni asyik mengadap tv je adik"

"Tapi...,"

"Takdenya tapi-tapi. Esok ibu hantar adik pergi kem tu."

        Muka Arifin sugul. Anak bongsu yang baru saja menamatkan musim persekolahan darjah limanya itu sedih mengenangkan pelbagai agenda yang perlu dilupakannya hampir sepanjang cuti sekolah hujung tahun ni.

        Hancur. Habis semua plan yang dia buat bersama Jupin, anak Jawa yang juga rakan sekelasnya untuk diisi sepanjang cuti sekolah ni. Teroka kawasan belakang sekolah, berjogging sehingga ke pekan, membina 'markas' atas pokok, dan tak lupa, habiskan semua game yang tak terusik sepanjang musim persekolahan. 

Hancur semua plannya. Hancur bersama hatinya.

***

        Suasana dewan Venusia bising dengan suara-suara peserta kem yang kebanyakan memang sudah mengenali antara satu sama lain. Namun, tidak bagi Arifin. Dia rasa terasing. Tak ada satu wajah pun yang dia kenal. Dah la paksa rela je dia join kem ni, tak ada pula kawan-kawan yang dia kenal. 
     
        Dia pandang sekeliling dewan. Apa yang dia nampak, dinding warna kelabu. Bosan. Tingkap petak-petak dalam panel besi. Bosan juga. Kerusi plastik warna biru. Semestinya bosan. Pandang depan, ada seorang penceramah tua yang... bosan. Belakang penceramah ada dinding. Pada dinding itu terpampang banner program yang tertulis

"Summer Camp Pelajar Cemerlang"

***

        Suara penceramah masuk ke telinga Arifin macam nak tak nak je. Bukan kerana penceramah yang tak bersemangat, tetapi Arifin yang tak nak terima suara penceramah tu sepenuh hati dari masuk ke telinganya. Bosan. Entah berapa kali dia ulang sebut perkataan 'bosan' tu dalam hati. Sikit-sikit cakap pasal pengaruh budaya Barat, gaya hidup sihat, cara belajar, dan sekali lagi budaya Barat. Cheh, pengaruh budaya Barat konon.

"Ada apa-apa soalan?" tanya si penceramah tua dan bosan.

Ada satu tangan yang mengangkat. Hujung di sudut sebelah kanan.

"Ya, nama?"

"Arifin."

"Ya, Arifin. Apa soalannya?"

"Erm. Tuan ada cakap fasal pengaruh Barat. Fasal 'kejahatan' pengaruh Barat dan kenapa kita perlu tolak sepenuhnya budaya Barat tu. Tapi tuan, tidakkah tuan rasa keberadaan kita di sini pun kerana pengaruh Barat? Apa nama kem ni? 'Summer Camp' kan?"

sambungnya lagi,

"Saya rasa memanglah kita berada di Barat. Ada musim panas. Tahukah tuan, summer camp adalah satu program untuk kanak-kanak dan remaja yang diadakan pada musim panas di sesebuah negara? Setahu saya, di Malaysia tak ada summer dan setakat yang saya tahulah, budaya summer camp ni semua datang dari Barat. Saya tahu tentang budaya summer camp ni pun dari filem-filem Barat."

"Soalan saya, apa komen tuan?," 'soal' Arifin sambil tersenyum sinis.

Satu dewan terdiam sepi. Aura kebosanan mula memeluk seisi dewan.




5 comments:

  1. ni cerita reka sndiri ke, cerita copy paste?
    mane smbungannye?

    ReplyDelete
  2. cerita fiktif, sendiri reka. sambungannya, kau yg fikirkan sendiri.

    ReplyDelete
  3. alhikamah dhollatul mukmin, aina wajadaha hua ahaqqu biha. Hikmah (kepandaian) itu barang yang hilang daripada mukmin, dimana dia menjumpainya maka, dia yang paling berhak ke atasnya. tolong tanya ariffin, kalau tukar nama "summer camp", ada perubahan ke pada isi dan objektif program? =)
    keep writing. make it critical and value wise.

    ReplyDelete
  4. ariffin cuma memberontak. itu tanda protesnya. :)

    ReplyDelete
  5. dan Arifin tidak punya niat untuk mengubah apa-apa atau menambahbaik fasal summer camp. dia tak ambil pusing sikit pun. dia ingin bersuara, memecah amarah.

    ReplyDelete