Friday, November 25, 2011

Of a call, a friend & an ambition

Salamalaik

Hari ni aku dah berhenti kerja. Gaji dua bulan yang aku dapat, lagi banyak dari elaun empat bulan yang aku dapat masa asasi dulu. Tamat satu fasa pengalaman hidup.

***

Pagi tadi, aku dapat panggilan dari seorang member aku. Member sekolah. Dia cuma nak ajak aku pergi kenduri esok. Satu panggilan yang buat aku terharu jugak lah. Perbuatan dia call aku tu, nampak macam hal kecik je tapi tak sebenarnya. Itu satu tanda yang dia ingat aku. Beberapa puluh sen telah dihabiskan untuk bertanya khabar dan mengajak aku untuk berjumpa dengan dia hari esok. Nampak macam kecik tapi tak. Sayangnya, aku tak dapat pergi kenduri dia esok. Aku akan bermusafir ke luar negeri.

Aku teringat lagi, aku berkawan baik dengan beliau masa tingkatan lima. Kelas kami berlainan. Aku di kelas sains, dia kelas akaun. Tapi, dekat asrama, selalu jugaklah lepak dengan beliau. Apa yang selalu aku bualkan dengan beliau adalah tentang politik Malaysia, cerita sulit dewan makan, cerita sulit orang lelaki, cerita alam ghaib yang sulit dan juga cerita tentang scene Indie tanah air masa tu.

Paling aku ingat, cita-cita kami berdua pernah sama dan agak gila. Apa dia?

Organizer gig indie.

Tak sangka betul. Tak sangka zaman tu. Haha.

Meet Bob. Aku yakin beliau lebih kacak sekarang berbanding dalam gambar ni. Zaman SPM. 

*Bob, kalau hang ada baca entry ni, gambaq hang ni lah yang paling macho yang aku ada. Haha.


No comments:

Post a Comment