Wednesday, November 16, 2011

Kasino

Salamalaik.

Pernah teringin, atau termimpi, atau terberangan ke untuk menjadi seorang ahli korporat yang mampu milik apa saja benda yang kita nak? Jadi orang kaya, punya kuasa, punya pengaruh. Dalam masa yang sama, usia kita tidak terlalu tua, tetapi taklah terlalu muda. Ada syarikat besar. Ada pekerja sendiri. Muka masih kacak. Badan masih tegap. Otak masih cergas. Pernah terfikir semua tu?

Aku terfikir semua tu bila aku membayangkan watak Dato' Narcissus Yussof dalam novel Kasino keluaran buku FIXI.

sexy eh? ini cover untuk jualan di kedai-kedai buku. cover untuk jualan online is sexier. cari sendiri

Sinopsis

Mohd Narcissus Yussof ialah seorang usahawan Bumiputera yang pantang dicabar. Dia berkebolehan, kacak serta selesa dengan gaya hidup yang mewah dan hedonis. Tetapi dirinya kini tersepit.


Apabila negeri di mana dia berniaga diambil alih oleh Pakatan Rakyat, sumber kewangannya tergugat. Lebih parah, dia kini terhutang RM3.8 juta kepada kerajaan negeri. Dia ada hanya 2 minggu untuk melangsaikannya atau padah, dihadapkan ke badan pencegah rasuah.

Mohd Narcissus harus beradu dengan masa untuk menyelamatkan reputasi. Antara ikhtiarnya ialah dengan mencuba nasib di gelanggang judi antarabangsa. Nasib dunianya yang selama ini bergantung kepada tampuk kuasa politik semakin menghimpit. Di medan KASINO sebegini, kemuliaan hanyalah dari kemenangan.

Sumber : Buku Fixi

Apa yang menarik?

Bagi aku, ada banyak bahagian yang menarik dalam novel Saifullizan Tahir ni* antaranya macam mana dia memperincikan benda-benda kecil (atau yang kita rasa kecil) dalam kehidupan dan plot ceritanya. Setiap jenama dan nama baju, seluar, toiletries, makanan, kenderaan, ruang, masa hatta jenama boxer sekali pun!

Novel ni taklah macam kita tonton drama-drama korporat Melayu yang ada babak-babak naik kereta Mercedes saja, yang kawan dengan orang-orang kaya saja, yang penuh dengan cinta antara dua darjat saja, yang ada "I tak nak kahwin dengan anak Dato', you anak Tan Sri" saja dan seumpama dengannya. Novel ni lebih dari itu semua. Aku rasa macam mind-blown bila aku baca novel ni. Ada beberapa cerita tentang 'mind-blown factors' yang akan aku ceritakan.

Secara keseluruhan yang aku dapat, ini sedikit ringkasan tentang beberapa aspek sastera:

Tema : Ketamakan kepada harta.

Persoalan-persoalan : 
  • Manusia sanggup buat apa saja demi harta dan nyawa. Tak kisahlah haram ke, halal ke. 
  • Politik boleh jadi sangat kotor. Ini pun disebabkan celik harta.
  • Korupsi? Ni lah jalan nak jadi kaya. Boleh tengok macam mana Dato' Narcissus dapat projek-projek yang bernilai jutaan ringgit dari Kerajaan Tualang.
  • Persoalan nilai agama. Dato' Narcissus tetap solat walaupun hidupnya disulami dengan wain, berkelamin secara haram, berjudi secara serius dan macam-macam lagi kerja haram. Digambarkan, dia tak pernah tinggal solat selain solat subuh. Manusia-manusia di sekelilingnya pun sama. Persoalannya, solat tu tak mencegah Dato' Narcissus dari buat kerja haram segala bagai. Ye lah, bila solat tu adalah rutin, bukan ibadah.
Sebenarnya kalau anda atau kita hayati novel ni dengan lebih mendalam, ada banyak lagi persoalan yang ditimbulkan oleh Saifullizan Tahir.

Watak perwatakan :

Aku fokuskan pada Dato' Narcissus saja.
  • Muda. Berusia lebih kurang 40-an.
  • Super duper kaya.
  • Kacak.
  • Ada keluarga, tapi macam tak ada.
  • Ada pangkat Dato' yang dia tak kisah pun kalau tak ada.
  • Sanggup buat apa saja untuk dapatkan apa yang dia nak.
  • Bercita-cita tinggi.
  • High level of confidence 
  • Tak suka jadi pengikut. Mahu jadi yang diikuti.
  • Aku rasa dia ada masalah kecelaruan agama. Tapi, persoalan kecelaruan agama tidak disentuh secara  rapat oleh penulis.
  • Ada bakat dalam berjudi.
  • Macam-macam lagi lah.


Apa yang buat aku rasa mind-blown?

Hampir semua sudut dalam novel Kasino ni. Lebih kurang macam ni lah dalam kepala aku bila baca novel ni:
  • Pergh. Kaya gila Dato' ni. Deskripsi harta kekayaan yang begitu terperinci.
  • Aiyoh, lepas minum wain, dia solat. Sebelum pergi berjudi, dia solat. Bangun tengah malam lepas frust main judi, dia solat Isya' dengan solat tahajud. Apa ni?
  • Lebih lima babak terlarang. Gila.
  • Naik nama-nama Pakatan Rakyat, Barisan Nasional, Anwar Ibrahim, Rosmah Mansur dan nama-nama lain yang tak disebut secara langsung atau namanya diubah. Namun, anda pasti tahu siapa.
  • Aku hairan dan ingin tahu fasal ibu dan ayah Dato' Narcissus ni. Langsung tak diceritakan. Perwatakan anak ada kaitan dengan keluarga dan ibu bapa.
  • Ending yang aku kena fikir dua, tiga kali.
Memang mind-blown lah novel ni.

Kesimpulan

Kalau nak diikutkan, novel ni, ada yang mendakwa penulis menghina Islam dan sebagainya. But, come on lah! Ada benarnya tentang apa yang diceritakan. Anda baca, anda lah yang nilai. Anda nak terpengaruh? Itu masalah anda. Bak kata pepatah Melayu, buang yang keruh, ambil yang jernih. Buku-buku terbitan Fixi memang sedia ada bahasa-bahasa celupar dan berunsur kontroversi. Sila ambil risiko. Terima kasih. 

*penulis novel, Saifullizan Tahir dilahirkan di negeri Johor. Arkitek landskap yang turut mengendalikan perniagaan pegurusan acara dan latihan di Damansara. Hasil tulisan beliau yang lain termasuk cerpen, sajak dan esei pernah tersiar di Dewan Budaya, Mingguan Malaysia dan Berita Minggu. Penglibatan dalam bidang kesenian termasuk sebagai juri teater untuk Kakiseni Boh Cameronian Awards 2003-2007. Antara anugerah yang pernah dimenangi adalah Hadiah Sastera Kumpulan Utusan Exxon-Mobil dan Hadiah Sastera Darul Ta’zim.

ulasan-ulasan novel Kasino yang lain : 




No comments:

Post a Comment