Saturday, October 8, 2011

Seminggu

Salamalaik.

Aku tengok belum ada lagi entri yang aku tulis untuk bulan Oktober. Walhal, dah seminggu Oktober berlalu yang turut bermaksud dah dua minggu aku meninggalkan Merbok.

Baik, mari kita tinggalkan episod gembira Merbok di sini. Bukan sebab tak menghargai kenangan, tapi hidup perlu diteruskan. Banyak lagi jalan-jalan yang perlu kita tempuh di hadapan. Benda yang lalu tak mungkin kembali. Maka, fikir secara realistik dan teruskan hidup.

Kerja
Secara teori ekonomi, aku telah menjadi sebahagian dari tenaga kerja yang secara langsung, mengurangkan kadar pengangguran negara. Cuti lima bulan kalau difikirkan mengikut logik dan rasional akal, boleh mendatangkan pelbagai mudarat jika tidak digunakan dengan sebaiknya. Oleh itu, bagi mengurangkan peratus terjadinya kemudaratan tersebut, suatu gerak kerja telah dijalankan bagi mengisi lompong dan ruang masa dari bulan Oktober sehinggalah bulan Mac 2012.

Aku bekerja.
Pembantu kedai.
Kedai komputer.

Tujuan
Tujuan menjadi seorang pekerja banyak. Antaranya :

  • Kutip segala pengalaman yang ada di atas lantai, dinding, tingkap, meja, kerusi kedai.
  • Mengisi masa lapang yang luasnya lebih kurang lima bulan.
  • Agar tidak menjadi pasif sepanjang cuti.
  • Supaya otak berkembang.
  • Duit. 

Aku terfikir jugak sampai bila nak bekerja kat kedai tu? Jawapannya, paling lama dua bulan. 
Banyak lagi benda yang aku nak kejar dan cari.

Kesimpulan
Gunakan cuti anda dengan sebaiknya. Belajarlah menjadi seorang yang bertanggungjawab kerana pada masa hadapan, anda akan mempunyai keluarga dan tanggungjawabnya lebih besar. Mulalah dari sekarang dan anggaplah ini satu latihan dalam menghadapi masa hadapan.

Itu sahaja. Terima kasih.

5 comments:

  1. "Kutip segala pengalaman yang ada di atas lantai, dinding, tingkap, meja, kerusi kedai."

    ReplyDelete
  2. supaya otak berkembang??
    dah aku yg dok rumah ni, otak x berkembang la kan
    -ish-

    ReplyDelete
  3. takdala cuti sampai 5 bulan . tipu tu, kita masuk bulan 2 .

    ReplyDelete
  4. mohon tengok jadual di student portal. kita start lecture 5 mac. kira kita masuk dalam awal Mac. kalaulah tak betul perkiraan aku tu, anggaplah terma cuti 5 bulan tu sebagai hiperbola. haha.

    ReplyDelete