Wednesday, January 12, 2011

Tiga Kali Seminggu.

Setelah dibelek-belek entry-entry yang lalu, apa yang aku dapat katakan, waktu awal-awal pagi adalah waktu yang optima untuk aku menaip. Entry ini adalah salah satu daripadanya.


Akhir-akhir ini, aku sering memikirkan perkara-perkara yang tidaklah sepatutnya aku fikir atau dalam kata lainnya, bukanlah keutamaan yang teratas untuk difikirkan. Mungkin akibat daripada faktor luaran. Kisah Ilham dengan Aisyah, Nazira, Riyana, dan Syakila dalam Memeluk Gerhana punya pengaruh yang besar dalam isu 'perkara yang tidak patut aku fikirkan' ini. Cerita-cerita pendek dalam kumpulan cerpen Dr. FT yang terbaru, iaitu Tiga Kali Seminggu agaknya punya saham dalam isu ini. Itu, aku tak pasti.


Entahlah, aku benar-benar fikir yang aku tidak sepatutnya memikirkan perkara-perkara sedemikian. Itu yang aku rasakan. 


Memikirkan beliau. Bagaimana agaknya beliau hari ini? Masih kenal?
Ah, abaikan.


'Api yang malam jangan biarkan terus terpadam' ?


Api apa? Api pelita?
Pelita hati,
Mungkin?
Mungkin.


Abaikan.

koleksi terbaru. sumber gambar di sini.


4 comments:

  1. Put ur trust in Allah! Expect the unexpected (tag line amzing race ek?) 0-0

    ReplyDelete
  2. Diantara mereka ada yang tidur nyenyak.
    Ada juga yang tidak tidur, tetapi tidak mampu untuk memadam api yang terbakar.

    - Hassan al-Banna

    ReplyDelete
  3. encik gerimis dhuha, care to explain those beautiful words?

    ReplyDelete
  4. Tuan Fajim. Those beautiful words? You can get the answer from your "beautiful responsibility" as a president of Pre-Law Club. Just wait and observe,Tuan.

    ReplyDelete