Saturday, January 29, 2011

The day internet in Egypt die


the day internet in Egypt die. But then, who will win? people or Hosni Mubarak? sumber gambar : pakcik Wikipedia.

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.


Semenjak dua ni, banyak diberitakan mengenai merebaknya semangat rakyat di negara-negara Arab. Sebagai anak muda yang cakna dengan berita-berita yang sebegini, sedikit sebanyak, aku terkesan dengan keadaan di sana. Tak banyak, sedikit. Apatah lagi melihat 'dekatnya' negara tersebut dengan aku. Keberadaan keluarga dan teman-teman aku di sana menyebabkan aku terfikir, "aku patut tahu fasal isu ni."

Mana taknya, segala medium komunikasi ke negara Mesir terputus secara total! Awalnya, twitter disekat. Kemudian, facebook (yang menjadi antara sumber medium komunikasi yang utama). Sekarang, telefon pun sudah dihalang. Cemas mula timbul di hati dan pemikiran ahli-ahli keluarga pelajar Malaysia di Mesir. Tak terkecuali ayahku. Hanya doa sebagai senjata mampu kami sampaikan. Moga kalian selamat.

Bermula di Tunisia, semangat kebangkitan suara rakyat mula merebak ke negara-negara Arab lain. Berbekalkan semangat menentang pemerintahan ala diktator, suara-suara rakyat khususnya anak-anak muda mula kedengaran di jalanan. Tunis, Algiers, Kaherah, Amman, dan Sanaa sudah menjadi arena anak-anak muda memperdengarkan suara mereka. Suara-suara yang tidak kedengaran dan didiamkan sebelum ini.

Sebagai seorang marhaen dari sebuah negara di Asia yang jaraknya beribu-ribu batu dari bandar-bandar seperti Tunis, Algiers Kaherah, Amman dan Sanaa, mari kita tunggu, lihat, baca, dengar dan berdoa agar yang terbaik bakal terhasil di sana. Juga doakan yang terbaik untuk keluarga dan teman-teman kita di sana.
p/s : Nampaknya, bukan penyakit cacar sahaja yang berjangkit. Semangat suara rakyat pun boleh berjangkit dan sempadan negara tidak menghalangnya. dari Tunisia ke Mesir, Jordan bahkan tak mustahil seluruh dunia Arab.

*baca :





1 comment: