Saturday, December 11, 2010

Ada apa dengan anak muda dan tanggungjawab?


responsibilities

Anak Muda.
Menjadi anak muda di hari ini bukanlah mudah.

Mungkin begitu jua keadaannya dengan anak muda hari-hari semalam yang sudah tidak muda pada hari ini.

Aku tak boleh memastikan kesahihan perkara tesebut kerana aku adalah anak muda yang hidup di hari ini.

Tanggungjawab.
Ada yang takut, ada yang memandang kosong, ada yang terasa berat, ada yang mengambil ringan, ada yang menolak, ada yang mendakap, ada yang benci, bahkan ada yang cinta kepada perkataan yang satu itu.

Tanggungjawab.

Tanggungjawab, dari segi tatabahasa bahasa Melayunya, wajib untuk disebut dan ditulis dalam satu perkataan walaupun ia adalah gabungan dua perkataan.
‘Tanggung’ dan ‘jawab’.

Aku bukanlah guru bahasa Melayu, bukanlah pakar bahasa Melayu, bahkan bukan pemikir bahasa Melayu tetapi aku adalah seorang mahasiswa yang pernah mempelajari bahasa Melayu di peringkat pengajian menengah.

Namun, itu bukan sebab untuk aku tidak tahu apa itu tanggungjawab.

Tanggungjawab; gabungan dua perkataan iaitu ‘tanggung’ dan ‘jawab’

Seseorang itu perlu menanggung dan menjawab segala hal ehwal perkara yang ditanggungnya.

Mungkin itu maksudnya. Itu dari pemikiran sayalah.

Setelah dibelek-belek dan disemak di Kamus Dewan Bahasa Edisi Empat, saya jumpa frasa yang ini : “kewajiban yang dipikul oleh seseorang, segala yang wajib ditanggung
‘Wajib ditanggung’. Oh, begitu.

Anak muda dan tanggungjawab.
Menjadi anak muda, dan memikul tanggungjawab yang tidak tentu susah atau senangnya boleh membawa kepada pelbagai pengalaman individual yang mungkin tidak sama dengan anak-anak muda mahupun anak-anak tua* yang lain.

* tanggungjawab tak hanya jatuh kepada anak-anak muda

Susah dan senang itu pun, adalah sesuatu yang subjektif dan abstrak. Mungkin aku kata senang dan yang lain kata susah. Ataupun sebaliknya.

Anak muda banyak tanggungjawabnya. Samalah keadaannya dengan anak tua.

Anak muda masih mentah. Mungkin tak sama dengan anak tua, tapi anak tua pun pernah menjadi muda dan mentah. Tempuh sajalah.

Anak muda kurang ilmu. Jawapan untuk ini sama seperti di atas. Tempuh sajalah.

Tempuh sajalah. Anak tua pun begitu dahulu. Tempuh sajalah.

Di akhirnya, tiada alasan yang rasional untuk mengelakkan daripada sebarang tanggungjawab.

Tempuh saja. Tempuh dengan kekuatan, ilmu, dan kepercayaan.

Kekuatan apa? Kekuatan jiwa, akal dan emosi.
Ilmu? Ilmu dunia dan akhirat.
Kepercayaan pula? Kepercayaan kepada yang enam itu.
Yang lima itu? Oh, semestinyalah.

Nah, mengapa perlu fikir sisi buruk? Kan sisi baik itu sentiasa ada? Sia-sialah ada perkataan lawan untuk buruk (baik) kalau ia disisihkan.

Penutup
Setelah agak lama tidak menulis perkara-perkara sebegini, aku rasa aku perlu menulis perkara sebegini.

Satu perkongsian kepada diri sendiri dan sesiapa jua yang membaca.

Lagipun, siapalah aku?

Anak muda yang cetek ilmu, mentah pengalaman bahkan banyak dan selalu saja membuat silap tetapi, ada tanggungjawab.

Sama seperti yang lain.

Sama seperti kamu.

may Allah bless them. sources of strength.

4 comments:

  1. Anak muda dan tanggungjawab.
    aku anak muda kini.
    "Tanggung" dan "jawab".
    Sama seperti yang lain,
    sama seperti kamu.

    ReplyDelete
  2. Komen drp ayahnda:
    tanggung jawab sebagai anak lelaki sulong amat berat. Perlu pengorbanan dan penghayatan yang lebih. Jika kami sudah tiada......, tertumpahlah/tercurahlah tanggungjawab kami kepada abang. Ingat Adib dan haziq...didikan gama dan akhirat mereka.Begitu juga tanggungjawab abang kepada kakak.
    kakak cakap: Thanks for the books delivered, nak pulangkan balik ke buku2 tu?

    ReplyDelete
  3. komen daripada kanda:
    insya-Allah. Doakan abang selalu. Abang akan sentiasa cuba untuk buat yang terbaik.

    kepada kakak : sama-sama. terpulang deh. ikut akak ye. :)

    ReplyDelete
  4. Tanggungjawab,,, lebih besar ia datang, lebih matang kita akhirnya... anggap ini suatu rahmat dari yang maha Esa..

    ada blog upenya... fllo ni...haha,
    follow me bck bro

    ReplyDelete