responsibilities
Anak
Muda.
Menjadi anak muda di hari ini
bukanlah mudah.
Mungkin begitu jua keadaannya
dengan anak muda hari-hari semalam yang sudah tidak muda pada hari ini.
Aku tak boleh memastikan kesahihan perkara
tesebut kerana aku adalah anak muda yang hidup di hari ini.
Tanggungjawab.
Ada yang takut, ada yang
memandang kosong, ada yang terasa berat, ada yang mengambil ringan, ada yang
menolak, ada yang mendakap, ada yang benci, bahkan ada yang cinta kepada perkataan
yang satu itu.
Tanggungjawab.
Tanggungjawab, dari segi
tatabahasa bahasa Melayunya, wajib untuk disebut dan ditulis dalam satu perkataan
walaupun ia adalah gabungan dua perkataan.
‘Tanggung’ dan ‘jawab’.
Aku bukanlah guru bahasa Melayu,
bukanlah pakar bahasa Melayu, bahkan bukan pemikir bahasa Melayu tetapi aku
adalah seorang mahasiswa yang pernah mempelajari bahasa Melayu di peringkat
pengajian menengah.
Namun, itu bukan sebab untuk aku
tidak tahu apa itu tanggungjawab.
Tanggungjawab; gabungan dua
perkataan iaitu ‘tanggung’ dan ‘jawab’
Seseorang itu perlu menanggung
dan menjawab segala hal ehwal perkara yang ditanggungnya.
Mungkin itu maksudnya. Itu dari
pemikiran sayalah.
Setelah dibelek-belek dan disemak
di Kamus Dewan Bahasa Edisi Empat, saya jumpa frasa yang ini : “kewajiban yang dipikul oleh seseorang, segala yang wajib ditanggung”
‘Wajib
ditanggung’. Oh, begitu.
Anak
muda dan tanggungjawab.
Menjadi anak muda, dan memikul
tanggungjawab yang tidak tentu susah atau senangnya boleh membawa kepada
pelbagai pengalaman individual yang mungkin tidak sama dengan anak-anak muda mahupun
anak-anak tua* yang lain.
* tanggungjawab tak hanya jatuh kepada
anak-anak muda
Susah dan senang itu pun, adalah
sesuatu yang subjektif dan abstrak. Mungkin aku kata senang dan yang lain kata
susah. Ataupun sebaliknya.
Anak muda banyak tanggungjawabnya.
Samalah keadaannya dengan anak tua.
Anak muda masih mentah. Mungkin tak
sama dengan anak tua, tapi anak tua pun pernah menjadi muda dan mentah. Tempuh
sajalah.
Anak muda kurang ilmu. Jawapan untuk
ini sama seperti di atas. Tempuh sajalah.
Tempuh sajalah. Anak tua pun begitu
dahulu. Tempuh sajalah.
Di akhirnya, tiada alasan yang rasional
untuk mengelakkan daripada sebarang tanggungjawab.
Tempuh saja. Tempuh dengan kekuatan,
ilmu, dan kepercayaan.
Kekuatan apa? Kekuatan jiwa, akal dan
emosi.
Ilmu? Ilmu dunia dan akhirat.
Kepercayaan pula? Kepercayaan kepada
yang enam itu.
Yang lima itu? Oh, semestinyalah.
Nah, mengapa perlu fikir sisi buruk?
Kan sisi baik itu sentiasa ada? Sia-sialah ada perkataan lawan untuk buruk
(baik) kalau ia disisihkan.
Penutup
Setelah agak lama tidak menulis
perkara-perkara sebegini, aku rasa aku perlu menulis perkara sebegini.
Satu perkongsian kepada diri sendiri
dan sesiapa jua yang membaca.
Lagipun, siapalah aku?
Anak muda yang cetek ilmu, mentah
pengalaman bahkan banyak dan selalu saja membuat silap tetapi, ada tanggungjawab.
Sama seperti yang lain.
Sama seperti kamu.
may Allah bless them. sources of strength.
Anak muda dan tanggungjawab.
ReplyDeleteaku anak muda kini.
"Tanggung" dan "jawab".
Sama seperti yang lain,
sama seperti kamu.
Komen drp ayahnda:
ReplyDeletetanggung jawab sebagai anak lelaki sulong amat berat. Perlu pengorbanan dan penghayatan yang lebih. Jika kami sudah tiada......, tertumpahlah/tercurahlah tanggungjawab kami kepada abang. Ingat Adib dan haziq...didikan gama dan akhirat mereka.Begitu juga tanggungjawab abang kepada kakak.
kakak cakap: Thanks for the books delivered, nak pulangkan balik ke buku2 tu?
komen daripada kanda:
ReplyDeleteinsya-Allah. Doakan abang selalu. Abang akan sentiasa cuba untuk buat yang terbaik.
kepada kakak : sama-sama. terpulang deh. ikut akak ye. :)
Tanggungjawab,,, lebih besar ia datang, lebih matang kita akhirnya... anggap ini suatu rahmat dari yang maha Esa..
ReplyDeleteada blog upenya... fllo ni...haha,
follow me bck bro