Monday, November 1, 2010

Sudah sedekad.

2003.
Riuh. Kelas 5 Bitara pagi Jumaat itu betul-betul bising. Entah ke mana cikgunya. Di sudut belakang kelas, hampir semua murid lelaki sedang bergembira dengan situasi semasa. Mereka sedang 'bersukan'.


"Arghh... 'choke slam'! Ambik hang!"


"Nah! sedap"


"Smackdown! macam The Rock tak?"


Suara-suara riang ria murid-murid lelaki yang sedang bergusti di belakang kelas membingitkan suasana kelas. Mereka ligat bermain meniru aksi-aksi berbahaya yang sering dilihat di kaca TV. Semuanya ingin jadi seperti 'The Kane' atau 'The Rock' mahupun 'Chris Benoit'.


Tiba-tiba senyum-senyum pengusti-penggusti muda itu hilang. Semuanya kelam. Mata-mata mereka tertumpu kepada satu susuk tubuh. Bukan cikgu, bukan guru besar dan yang pasti bukan pembantu makmal. Rakan mereka sudah terbaring di atas lantai. Mata tertutup. Pastinya sudah pitam.


"Adib! bangun, bangun!" satu suara menjerit.


"Laaa... hang dah buat apa? sampai pengsan ni," suara yang lain pula kedengaran. Cemas.


"Aku tak sengaja! aku angkat dia tadi. Tak sangka boleh terlepas pulak. Kepala jatuh dulu pulak tu! Argghhh...," semacam suara itu yang mencetuskan kekecohan tersebut.


"Hang badan kecik, yang pi angkat dia pasai pa, Faris? Dah, angkat dia pi belakang!" suara yang satu ini pula bertindak bagai seorang ketua yang cuba meleraikan kekecohan.


2010.
Dah hampir tujuh tahun cerita kecoh tersebut berlalu. Macam peristiwa-peristiwa lain, setiap peristiwa tu ada hikmahnya yang tersendiri. Yang pasti, tak ada apa yang boleh menyebabkan dua watak dalam cerita di atas terputus persahabatannya hatta akibat 'memitamkan' sahabatnya yang seorang lagi. Si 'pemitam' dan yang 'terpitam' hari ini masih bersahabat utuh. Mereka mungkin terpisah di peringkat sekolah menengah, ataupun peringkat IPT. Namun, itu semua bukan alasan untuk terpisah perhubungan. Kerana, persahabatan kerana Allah bukanlah semudah itu untuk ditamatkan. 


Thanks for a decade of great friendship. Salam ulang tahun ke-18, 

Muhammad Adib Afnan bin Muhammad Zainuddin

25101992

2002
"4 beradik"


2010

p/s : disebabkan masalah internet connectivity, post ini lambat diterbitkan.

5 comments: