Thursday, July 22, 2010

Sila, sila. Jemput datang.



Malaysiakini, 21 Julai 2010 7:08pm


De Niro lawat Malaysia atas undangan Rosmah


Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata bintang Hollywood Robert De Niro akan melawat Malaysia selepas menerima pelawaannya ketika kedua-dua mereka berjumpa di New York, April lalu. 


Rosmah memberitahu akhbar harian Sarawak,Daily Expressbahawa De Niro melahirkan minat melawat Malaysia apabila beliau menghadiri jamuan makan malam ketika isteri perdana menteri itu menerima anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010.

"Dia datang sebagai seorang daripada tetamu dan tertarik dengan Malaysia. Katanya, negara anda progresif dan saya ingin melawatnya.

"Saya kata, silakan. Jika tidak, anda akan mendengar segala yang tidak betul mengenai Malaysia. Adalah penting bagi meletakkan perkara dalam perspektif. Saya beritahu mereka di New York, kita tidak memusnahkan hutan,” kata Rosmah dalam wawancara eksklusif dengan akhbar berkenaan.

M
enurut beliau, ramai rakyat Amerika yang beranggapan Malaysia adalah tempat pembiakan bagi dadah, negara ketiga bagi pemerdagangan manusia dan juga sarang pengganas.

"Saya beritahu mereka, ini tak benar - datang dan lawat kami - nilai sendiri apa yang sebenarnya. Jadi adalah penting bagi rakyat Malaysia menjemput mereka supaya mereka dapat memberitahu dunia bahawa kita adalah berlainan daripada apa yang mereka dengar.”

Selain De Niro, Rosmah juga pernah berjumpa dengan ramai bintang antarabangsa, termasuk selebriti televisyen Martha Stewart, 'Raja Bollywood' Shahrukh Khan, dan juga pernah menyanyi bersama Lionel Richie dan Jamie Foxx.

Pada malam anugerahnya di New York itu, Rosmah membawakan lagu 'We are the world' dengan Foxx yang memenangi Oscar dalam filem 'Ray' pada tahun 2004.



Isteri perdana menteri itu juga berkata beberapa rakyat Amerika melahirkan kebimbangan bahawa mereka akan disebat jika melanggar undang-undang Islam.

"Saya kata tidak, anda tidak akan didakwa menurut undang-undang syariah. Hanya orang Islam yang akan diadili mengikut undang-undang syariah. Tetapi anda tertakluk kepada undang-undang sivil,” jelasnya.



*De Niro who? De Niro here.


another Hollywood tool.


nak tambah Datuk de Niro?


-huh. nak kata apa lagi?-

wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment