Tuesday, March 23, 2010

Huzaifah.

Huzaifah. Nama sahabat Rasulullah yang saya gemari. Kalau boleh, anak saya nanti pun nak namakan Huzaifah. Haha. 


Ini percubaan pertama saya dalam bab bercerpen ni. Ulang suara, "percubaan pertama". Maka, cliche` ke, kurang isi ke, atau apa-apa je la, saya tak kisah. Cerpen sejengkal. Nama wataknya Huzaifah, jadi Huzaifah lah tajuknya. Sangat pendek. 2.15 pagi mula, 2.55 pagi tamat. Kata hukama, perjalanan beribu batu bermula dengan satu langkah. Jom baca!





Huzaifah




Sunyi. 2.15 pagi. Itu yang tertera di sebelah kanan skrin laptop Huzaifah. 


Jari-jemarinya ligat menulis di ruang 'post baru' di blognya. "Uncaptionable Life". Jam 12 tadi, genaplah tiga bulan  sejak blognya dilahirkan. 


"Jai tak nak buat blog ke?"


"Untuk apa blog? malaslah"


"Untuk ummatla. Takkan untuk makan kot."


"Ha, ummat?"


"Melalui penulisan.  Bukan ke penulisan itu penawar dan senjata?. Penawar penyakit ummat. Senjata musuh ummat,"


"Betul juga kan, ukhti"


Blog counternya hari ini sudah mencecah 3379 orang pengunjung. Sungguh, dia tak pernah menjangkakan sebanyak itu. Di bawah setiap postnya, pasti ada saja yang akan memuji kerelevanan topik yang dikupasnya. 


"Betul, dalam keadaan hari ni, post ni memang kena. Syukran jazilan kasiran. Teruskan tulis, tulis, dan tulis" - Humaira`


"Saya rasa, apa yang enta cakap ni memang betul. Cuma enta kenalah beritahu sekali langkah-langkah penyelesaiannya. Mabruk ya akhi!" - 'Ammar


"Bro, btulla ap yg bro tlis tu. Thanx a lot" - Key


Tak kurang juga yang menambah-nambah isi yang kurang. Yang lompong ditutupkan. Yang koyak, dijahitkan. Yang pasti, pujian lebih banyak dari kritikan yang menjatuhkan. Bahkan, hampir tiada. Bagi Huzaifah, cukuplah ada yang membaca hasil tulisannya. Tak pernah pula terlintas di mindanya, untuk mendapatkan seberapa banyak pujian yang mungkin. Lillahi Ta'ala. Semuanya kerana Dia. 


Pernah juga terlintas di kepalanya bahawa dia terlalu mentah. Mentah dalam kehidupan. Kenapa pula nak pandai-pandai bagi tazkirah la, teguran la, artikel-artikel motivasi la, dan macam-macam lagi. 


"macam la aku ni betul sangat, memandai je. Entah hapa-hapa"


Namun, pembacaannya menolak suara-suara jahat seumpama itu. Huzaifah kerap membaca blog penulis kegemarannya, Hilal Asyraf menerusi langitilahi.com. Acap kali dalam artikel-artikel dan cerpen-cerpen Hilal Asyraf akan mengingatkan pembaca tentang perlunya menyampaikan da'wah dan fikrah. Ya, urusan da'wah bukanlah terhad kepada pelajar-pelajar lulusan agama atau 'budak agama' bahkan urusan mulia itu adalah tanggungjawab setiap umat Islam hatta hukum berda'wah dimasyhurkan sebagai wajib.  


Bagi Huzaifah, dia hanya sekadar berkongsi sedikit ilmu yang dipinjamkan Pemilik Ilmu kepada pembaca-pembaca "Uncaptionable Life". Biarkan apa sahaja komen atau kritikan, dia akan terus kongsi, kongsi dan berkongsi tanpa henti kerana Rasulullah pernah bersabda, "sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat"


"Biarkan jari-jariku menulis agar ku bisa gegarkan dunia. Insya-Allah dengan gegaran itu, bangkitlah ummat, hancurlah musuh," itu janji Huzaifah dan jari-jemarinya terus ligat menari-nari mengikut rentak fikrah islami yang subur mengalir di jiwa yang bernama Huzaifah. 

2 comments:

  1. Lebih manis jika Bahasa Melayu dipelihara, adunkan dengan bahasa Arab yang sederhana dan kena. Baru manis dibaca.

    Entahlah. Ini pendapat saya semata-mata. (rimas tengok Cerpen Berunsur Agama yang lazimnya carca merba bahasanya!)

    nota:Baca Salju Sakinah, dan Ayat-Ayat Cinta. Bahasa dalam novel-novel ini sangat terpelihara dan lihatlah hasil jualannya.

    ReplyDelete
  2. terima kasih, Adilla. Insya-Allah, mana yang koyak, kita jahit. Mana yang lompong, kita tutup. Terima kasih banyak-banyak. Nampaknya, kena mengulang baca Salju Sakinah dan Ayat-ayat Cinta laa...

    p/s: Setinggi-tinggi tahniah, Tokoh NILAM Kebangsaan! alfun mabruk!

    ReplyDelete