Tuesday, February 16, 2010

Surat-surat Berharga.



Surat-surat perempuan Johor. Pertama kali terlihat helaian-helaian warkah-warkah dan surat-surat yang telah dinovelkan dengan gemilangnya, satu lintasan di kotak minda-surat? menarikkah? 
Lantas, apabila ruang dan peluang tiba, cabaran yang satu ini terus diasakkan ke dalam jiwa. Mari menghadam karya FT yang satu ini!

Masa : sepanjang hari.
Venue : Koc G, tempat duduk 9A Keretapi Tanah Melayu Berhad yang klasik. 

Awal pembacaan, sukar. Apabila babul thani, dinamakan 'Surat Pertama' diikuti babus salis yang dituliskan sebagai 'Warkah Pertama'. Suku daripada setengah kembara: oh ya, perbezaan latar masa. 

Mari teruskan menghadam.

Melewati zaman kegemilangan Sultan Abu Bakar yang digambarkan dalam warkah Ungku Hamidah yang klasik lagi diselitkan dengan pantun-pantun nasihat nan indah. Sekali-sekala, pulang ke latar penceritaan si pengkaji warkah, melalui surat-surat Ungku Nur. 

Usai pembacaan, senyuman lebar terkuntum mekar. Bahkan, sebenarnya, bukan di lewat kembara semata-mata, di pangkal, di pertengahan apatah lagi di hujung. 

-Mengapa perlu curiga akan undang-undang Islam dan pada masa yang sama, bermati-matian mempertahankan undang-undang barat (maaf, bukan undang-undang moden)? Bukankah Islam itu lebih dekat dengan kita? Bukankah barat itu amat asing dengan masyarakat Melayu? Apatah lagi, entah dari ceruk mana Inggeris itu datang, mahu pandai-pandai mengubah undang-undang kita pula.

- Betapa baginda Sultan Abu Bakar dan puteranya yang menggantikan baginda, Sultan Ibrahim, mempertahankan Undang-undang Islam dan diasak terus-menerus oleh si bangsat Inggeris agar melupuskan Undang-undang Islam yang dicedok dengan moleknya dari Majallah Ahkam Addauliyat Turki Uthmaniyah atau dalam versi Melayunya, Majalah Ahkam Johor.

Iqra'.


Wallahua'lam. Yang pasti, bacalah.

4 comments:

  1. Surat-Surat Perempuan Johor memang mengasyikkan! Selepas ini jangan lupa cari Nama Beta Sulatan Alaudin. Siasah yang terpelihara dek agama, bisa saja mencipta sesuatu yang luar biasa!

    Jika ke toko buku,silalah menggelitar mencari Kekasih Sam Bo Po sentuhan penulis yang sama. Aduh,bikin jiwa bahagia!

    Nanti kalau rajin,baca pula karya-karya besar HAMKA seperti Tenggelamnya Kapal Van Der Wick, Di Bawah Lindungan Kaabah, Terusir dll pula ya!

    ReplyDelete
  2. insya-Allah. toko buku milik mentua penulis yang satu itu ada sahaja di desa tercinta. sebut sahaja karyanya.

    p/s: ketupat cinta & tuhan manusia masih panas dalam simpanan.

    ReplyDelete
  3. wow,ni dah lebih! Seronoknya! Mentua terus? Fuh,kirim salam padanya..

    ReplyDelete