Showing posts with label vagueness. Show all posts
Showing posts with label vagueness. Show all posts

Monday, November 7, 2011

2 Zulhijjah

Ini kesinambungan entri 4 Ramadan.

Latar : Dalam sebuah bilik di sebuah kediaman.

Matt teringat kata-kata Raul lebih kurang dua bulan lepas semasa di kolej yang berbunyi lebih kurang sebegini; "Matt, kau ni jahat la. Kau dah cubit hati dia, kau tak patut tinggal je cubitan tu macam tu je".

Dia duduk seorang diri dalam bilik sambil menghadap komputer. Apa yang dihadapan tak diambil pusingnya. Di dalam kepalanya, satu soalan ligat berlegar mengilingi akalnya. Soalan tu berbunyi macam ini; "Macam mana kalau dia cubit hati aku pulak? Lepas tu, dia buat macam dingin je?"

Matt diam sendiri dan terus menerus memikirkan masa depannya. Dia cuma mampu bersangka baik.

Bersangka baik dan berfikiran positif.

"Baru sebulan. Ada lagi lebih kurang tiga bulan. Hmmm. Semoga cepat masa berlalu," itu monolog Matt sendiri.

Saturday, August 6, 2011

6 Ramadhan

Salamalaik.

I just don't feel like typing these words below on my facebook status and i don't have any twitter account to publish it. So, this are the words;

"There is a looooong journey ahead. We'll never know where we'll be in the next few years. We don't even know what we are going to be. Yeah, we can plan but Allah decide. So, plan wisely cause you'll never have a chance even once to go back to the past"

Ok. Satu bab.

Raul (bukan nama sebenar) pernah mengeluarkan kenyataan sebegini pada aku setelah bercanda mengenai bola sepak dan gajet elektronik serta kaitannya dengan masa depan seorang lelaki;

"Kalau ada dua barang berharga,
dan dua barang berharga tu adalah yang terbaik
yakni kau akan rasa kau nak kedua-dua barang berharga tersebut,
dan kau akan rasa kecewa bila kau dapat salah satu dan satu lagi melepas,
percayalah,
kau akan betul-betul menyesal kalau kau nampak barang berharga tu,
ada orang lain yang dah dapat"

Thursday, August 4, 2011

4 Ramadhan


Latar: Di tengah-tengah bilik.

Haze, Raul dan Matt sedang berbual-bual di atas tikar rotan tentang masa depan masing-masing. Sudah tentu akan ada riak-riak muka yang gembira, berharap, cemas, dan segala bagai jenis riak muka lagi.

Tiba-tiba, Raul mengeluarkan satu kenyataan yang tidak semena-menanya membuatkan Matt terfikir jauh.

"Matt, kau ni jahat la. Kau dah cubit hati dia, kau tak patut tinggal je cubitan tu macam tu je," lebih kurang begitulah kenyataan Raul yang menggamit jiwa Matt.

Matt tersenyum jauh dan terus memikirkan masa depannya.