Showing posts with label reflection. Show all posts
Showing posts with label reflection. Show all posts

Thursday, November 29, 2012

Wajah/Muka.

Satu wajah terpampang di atas cermin.

Berkulit kuning langsat, berbentuk petak, rambut hitam beralun,
dan sedikit jerawat antara tumbuh dengan tidak di beberapa
bahagian muka.

Pili air diputar mengikut arah jam
dan dua tangan disatukan menadah air yang mengalir.

Tangan yang menadah diangkat terus ke muka.

Splash!

Muka terus terbasah dengan air.

Splash! Satu.
Splash! Dua.
Splash! Tiga.

Digosokkan muka yang lesu laju-laju
dengan dua tapak tangan yang basah.

Atas. Bawah. Atas. Bawah. Atas. Bawah.

Lihat kembali pantulan di cermin.

Wajah yang sama, tapi nampak lebih segar.

"Sampai bila aku nak terus lesu?
Sampai bila aku nak terus hilang semangat?
Sampai bila aku nak ikut mood?".

Muka dibasah lagi.
Muka digosok lagi.
Muka dibasah sekali lagi.
Muka digosok sekali lagi.

Keluar.

Duduk.

Sambung tidur.



Saturday, November 24, 2012

Konflik

Ada yang partisan
Ada yang di atas pagar
Ada yang disasar
Ada yang menyasar

Yang pasti, semua yang di atas patut cermin diri sendiri.

-U One Futsal, Bukit Raja, 23/11-

Wednesday, November 2, 2011

Not A Rubbish

Salamalaik

Ahah. Live dari kedai komputer UC Square Sdn Bhd. Duduk saja pun tak guna kan? Baik taip apa yang patut selain dari invoice, quotation, cash bill, dan segala atuk dan nenek yang bersangkutan. Ye dak? 

Sesungguhnya, aku memang tengah dalam mood untuk menaip ni setelah seronok bercinta blogwalking dari satu premis ke satu premis. Bukan senang nak timbul mood blogging dalam zaman berkerjaya macam ni. Bila dapat mood, apa lagi, teruslah entri ni diwujudkan.

Bulan Oktober
Seperti yang kalian tahu dan arif, hari ni bertarikh 2 November 2011 yakni dah dua hari kita masuk bulan November. Maksudnya apa lagi? Kita dah dua hari meninggalkan bulan Oktober. Kejap je aku rasa. Dah lebih sebulan aku bercuti dan lebih sebulan jugak aku bekerja. Alhamdulillah, gaji sungguh memberangsangkan dan lebih dari apa yang dijangka. Selain dari belajar sikit-sikit fasal nak buat invoice, buat quotation, taip surat rasmi bukan versi monkey business, buat cash bill, price labelling, format komputer, dan macam-macam lagi jenis kerja dan skill, aku belajar sesuatu yang kita tak ambil kisah sangat sebelum ni. I mean, not that concern. Tatasusila antara pelanggan dan penjual serta yang sebaliknya.

Macam-macam jenis pelanggan yang aku perhatikan sepanjang sebulan ni. Kerenahnya, ragamnya, permintaannya, gayanya, stailnya dan macam-macam lagilah. Sesetengah tu suka benar menguji kesabaran seorang pembantu kedai macam aku. Nak tengok itulah, inilah. Contohnya ada yang minta nak tengok headphone yang dalam kotak. Puaslah aku unbox-kan beberapa kotak headphone. Alih-alih dia nak beli tetikus (atau dalam bahasa yang lebih dekat dengan kita; mouse). I smile and say thanks to the customer like nothing bad is happening as soon he walk out of the door. :) Customers are always right. Biasalah tu hidup. Nak hidup bukan senang. Seronok-seronok, hoho huha, gelak-ketawa riang gembira, lepas tu, ada orang nak bagi duit? Macam tu? Jauh dari kenyataan dunia.

Being a man with a job, I realize how important is education. Abang-abang technician kat kedai ni yang kelulusan akademik paling tinggi adalah sijil kemahiran, dapat gaji dalam sekitar 1K above. How much is that? Diorang semua tu bujang-bujang. Belum berkeluarga. Kalau dah berkeluarga macam mana? You have more than one mouths to be fed. Think about it. Especially, men.

Another thing is, aku ada fikir fasal kehidupan yang sibuk. Aku kerja pun dari jam 9 pagi sampai jam 7 ke atas. Aku ni tak ada tanggungan, lambat lagi nak berkeluarga, jadi tak ada masalahlah. What I have to think is all about me and my family. My time, my life. Macam mana kalau dah berkeluarga? Ada manusia-manusia yang memerlukan masa kita untuk bersama menikmati kehidupan. Anak-anak yang bakal membesar dan memerlukan perhatian ibu bapa macam mana? Haih. Jauh benar pemikiran aku. Sampai masuk bab anak segala bagai. Aiyoh.

Tu saja yang aku nak taip. 

Terima kasih.

Selamat Hari Raya Aidiladha yang bakal menjengah tak berapa hari saja lagi.
Selamat 4 November yang bakal menyerang. Huhe

The shop. 

Sunday, August 28, 2011

28 Ramadan


28 Ramadan.
esok hari terakhir Ramadan.
entah akan ada lagi ke tak Ramadan yang seterusnya untuk aku.
dosa makin banyak, keampunan bagaimana? 
dosa-taubat-dosa-taubat-dosa. 
sampai bila?



-Seksyen 7, Shah Alam-


Saturday, August 20, 2011

20 Ramadan


Sudah 20 hari berlalu.
Apa yang dah kita capai dalam 20 hari ni?
Bagaimana pengisian dalam 20 hari ni?
Seburuk atau sebaik mana berbanding tahun-tahun yang lepas?

'Reflection' by RazyGraphicDesign via deviantart.