Disclaimer : Post ni banyak cerita pasal diri sendiri. Lame.
Cuti dah nak berakhir and it seems like time is moving faster than ever. Tiba-tiba je dah nak habis cuti. Tapi macam-macam benda yang berlaku sepanjang cuti selama lebih kurang dua bulan ni. Dari awal Ramadan sampai lah dah nak habis Syawal. Zaman cari kerja, zaman tidur makan tidur, zaman balik kampung, zaman keluar result, zaman sambut hari lahir, zaman menunggu nak daftar kelas, zaman shooting untuk mocktrial, dan bla bla bla yada yada yada.
Oh yeah, aku baru je mencecah umur 21. Ok, boleh dikatakan tahun ni banyak jugak berbezanya bila masuk tarikh 29 Ogos berbanding tahun-tahun yang lepas. There are some celebrations this year which I can't really remember if there were some before. Of course, there are some celebrations before, but, I don't know, this year is kinda memorable. Thanks to those who are labelled as 'Important and Lovable' person.
Terima kasih ibu yang masak macam-macam yang super sedap sepanjang cuti dan belanja makan yang juga super sedap untuk hari lahir saya walaupun masa tu seminggu lebih awal dari tarikh 29 Ogos. Terima kasih sebab melahirkan saya yang tak henti-henti buat sesuatu yg lain dari yang diharapkan dan sebagainya. Ayat-ayat yang boleh buat touching dan terharu, eloklah kiranya saya sampaikan dari mulut saya sendiri dan tak perlu nak tulis-tulis kat sini. Satu yang saya pasti, saya sayang ibu.
Terima kasih ayah yang sudi jadi teman bercerita untuk benda-benda yang tak dapat diceritakan oleh semua orang, teman simpan rahsia, teman bersembang hal-hal serius dan tak serius dan sebagainya. Macam ibu, ayat-ayat yang boleh buat touching dan terharu, eloklah kiranya saya sampaikan dari mulut saya sendiri dan tak perlu nak tulis-tulis kat sini. Satu yang saya pasti, saya sayang ayah.
Terima kasih adik-beradik. Akak, Adib, dan Haziq. Air yang dicincang takkan putus. Walaupun air kita tak sama. Ada yang minum air mangga brand Arab, ada yang minum air milo ais, ada yang minum air Mountain Dew perisa anggur dan ada juga yang minum susu air kotak Dutch Lady. Tapi macam mana pun, kalau guna pisau nak cincang air-air tu, tak diputusnya air tu. Ok, apa yang aku merapu ni? Pendek cerita, saya sayang adik-beradik saya.
Terima kasih makcik kat Klang tu yang tak henti-henti tambahkan nasi. Sedap benar anak makcik yang nombor dua tu masak sampai perut saya pun comel semalam macam anak makcik yang kecik sekali tu, siap buatkan kad 'birtday'. Hand-made lagi tu. Sebenarnya nak cakap terima kasih kat makcik sekeluarga. Terima kasih makcik, pakcik, anak-anak makcik, dan anak makcik yang nombor dua tu.
Terima kasih kepada rakan-rakan karib, kawan-kawan, sahabat handai, kenalan-kenalan, yang tua, muda dan sebagainya yang sudi mengucapkan selamat hari lahir tak kiralah ingat ke tak ingat, facebook tolong ingatkan ke, yang ucap 'HB' je ke, yang telefon, yang whatsapp, yang text dan sebagainya.
Terima kasih semua. Alhamdulillah dah 21.
No comments:
Post a Comment