Tiga pinggan dan terus menghitung. Itu baru nasi goreng biasa dengan telur mata kerbau. Tiga mangkuk lagi untuk mee rebus dan tiga puluh cucuk sate ayam. Nik tak kenyang-kenyang lagi untuk makan malamnya.
“Bro, tambah tiga cawan lagi bandung cincau!”
***
Masa: 8.00 pagi.
“Woi, bangunlah! Kelas kau pukul berapa, Nik?”
Nik buka mata dan terus menggeliat perlahan-lahan. Hari ni hari Khamis. Maksudnya, hari ni ada empat kelas. Dari 8 setengah pagi sampailah pukul 6 petang. Nak ke kelas satu hal pulak. Motor dari rumah tak sampai lagi. Entah lah macam mana dia nak bergerak ke kampus hari ni. Rasa malasnya mencanak tinggi.
“8 setengah. Kau nak gerak pukul 2 kan? Nanti kau nak gerak, kejut aku”
Nik ambil bantal dan ditangkupnya bantal tersebut ke muka sendiri. Cerah betul pagi ni. Dia nak sambung tidur sambil berharap Ansari kejutkan dia pukul 1 nanti.
***
“Nik, bangun. Aku dah nak gerak ni. Pergi mandi cepat.”
Nik terus buka mata. Dia duduk atas katil sambil matanya mencari-cari jam. Jumpa. Dah pukul satu tiga minit. Tuala diambil, baju dibuka, seluar dilucut dan Nik terus bergerak ke bilik air. Sekarang masa untuk berbasah-basah.
Pili paip diputar ikut arah jam dan air mencurah-curah.
“Woi, Nik! Cepatlah. Lambat dah ni!”
Ansari dah mula memekik kat luar. Pili paip diputar lawan arah jam dan air berhenti mencurah. Nik terus berhenti bila Ansari bersuara.
***
Masa: 7.30 petang.
Pukul tujuh setengah petang macam ni, Ansari duduk dalam bilik air. Dia ada beritahu Nik yang waktu-waktu macam ni dia rasa panas. Bilik airlah tempat yang dia nak rasa sejuk sikit.
Nik faham. Ansari memang macam ni. Pada masa yang sama, waktu macam ni, Nik sedang mendengar azan Maghrib berkumandang dan sambil berbisik-bisik kepada Ansari;
“AZAN MAGHRIB dah berhenti, kau dah boleh keluar. Lepas tu kita keluar makan.”
No comments:
Post a Comment