Tuesday, October 30, 2012

Bawa Bertenang dan Teruskan Kehidupan

Salam 15 Zulhijjah.

Yang sebenarnya dan yang sesungguhnya, aku sedang menggagahkan diri untuk menaip kata-kata yang indah lagi bermanfaat di halaman yang serba tidak ter-kemas-kini ini.

Baik, setelah bermenung-menung, ada baik kiranya aku memperihalkan tentang hal-hal kehidupan kecil aku dalam sebulan dua ini. Mungkin apa yang aku perihalkan ini tidak akan berada dalam susunan yang teratur dan terurus.

1. Hari ini, SM Sains Taiping-yang di mana adik aku adalah salah seorang calon SPM nya-menganjurkan satu majlis graduasi untuk murid-murid tingkatan 5 yang terpilih. Syukur, adik adalah antara yang terpilih. Di hujung majlis, ayah bersalam dengan rakan-rakan adik dan dalam kalangan mereka ada yang tidak bernasib baik untuk sama-sama bergraduasi. Kata ayah,

"Ini baru graduasi kecik. Jauh lagi perjalanan. SPM tu haa! Rileks, jangan risau. Steady bebeyh!"

*Ayat terakhir tu, aku tambah.

Aku yang mendengar, tersenyum simpul. Aku memikirkan nasib hari graduasi aku di sekolah undang-undang ini. Semoga indah akhirnya. Buat adik-adik, jangan gelabah sangat. Kehidupan alam universiti lebih mencabar dari alam sekolah. Selepas tu, kehidupan alam pekerjaan lebih mencabar dari alam universiti. Yang pastinya, tahap mencabar ke tidak kehidupan alam akhirat, bergantung kepada alam dunia. Maka, bawa bertenang dan teruskan kehidupan.

2. Nombor dua ini, aku tak nak terangkan panjang lebor. Aku nak tulis aje. Korang faham, bagus. Tak faham, lagi bagus. Aku faham ke tidak, itu bukan masalah. Bawa bertenang dan teruskan kehidupan.

Manusia datang dan pergi. Ada yang menyinggah, ada yang bermastautin, ada yang berhenti, jenguk-jenguk dan berangkat pergi, dan ada jugak yang macam pemandu kereta yang memperlahankan kereta untuk menjengah sisa-sisa kemalangan jalan raya. Pendek ceritanya, pelbagai ragam lah manusia ni.

Bagaimana manusia-manusia tersebut datang, bukanlah halnya. Bukan. Namun, yang lebih penting, kenapa mereka datang? Kalau mereka berhenti, apa yang mereka buat? (dalam bahasa yang lain, what are they doing when they are occupying the place?). Dan seterusnya, apa impak terhadap kedatangan mereka?

Ada yang datang tak berjemput. Tapi tak sampai hati pulak nak menghalau, hati suka, tapi tak rela sebabnya orang dah datang, kita kena appreciate. Ada yang dijemput-jemput. Tapi tak datang-datang pulak. Ada yang tiba-tiba datang, lepas tu, kita seronok pulak dengan kehadiran mereka. Hal-hal jiwa ni, sesetengah orang kata, "This subject is too abstract. So subjective. Some may take 'em lightly while some not. It's a matter of your heart, your mind and your soul. No matter how good the things are, or even how bad the things are, if you can't accept 'em, you just can't."

A friend once said, "Kalau kau rasa benda ni tak bawak faedah, cepat-cepat lupakan dan berlalu."

Kesimpulannya, bawa bertenang dan teruskan kehidupan. Hal-hal manusia menyinggah-nyinggah ni, tak bawak kau ke kemana pun. Kau tak kaya pun dengan hal-hal gini.

Bawa bertenang dan teruskan kehidupan.

Kalau faham, faham la. Aku tak syaratkan kefahaman korang atau aku sendiri untuk terus berada di sini dan membaca tulisan-tulisan gini. Aku nak isi masa lapang aje ni.

3. Semenjak dua ni, aku makin rasi dengan Man United. Maksud aku, "kembali rasi".

4. Moga Tuhan kurniakan kesabaran kepada seluruh umat manusia. Terutamanya aku.

5. Minggu-minggu awal semester ini sejujurnya, buat aku tertekan. Lama-kelamaan, makin kurang tertekan jadinya.

6. Sekian. Bawa bertenang dan teruskan kehidupan.



3 comments:

  1. setiap yg singgah adalah utusan daripada Allah. Untuk kita ikut atau jadi pengajaran. atau mungkin untuk dia ikut kita atau jadikan kita pengajaran. Moga terus tabah dalam perjalan. Pencarian perlu diteruskan tetapi pencarian yg panjang sering melelahkan. Berlabuhlah di hamparan Tuhan. Moga Dia kirimkan tenang dan damai...

    ReplyDelete