Monday, April 9, 2012

Cerita orang yang sakit schizophrenia

Semenjak dua ni, aku jarang benar nak menyentuh buku. Tak kiralah buku santai atau buku akademik. Kenapa? Tiga sebab :

Pertama : Aku nak salahkan diri aku dulu. Aku tak lawan rasa malas dan aku tak lawan rasa sakit yang aku tengah sakit kebelakangan ni.

Kedua : Aku demam sakit bagai. Aku tak ada mood nak menelaah dan rasa malas aku mencanak tinggi. Ni kes tak sentuh buku akademik.

Ketiga : Bila aku tak sentuh buku akademik, takkan lah aku berani nak belek buku-buku santai. Ni kes tak sentuh buku-buku santai.

Oh ya. Buku-buku santai tu maksud aku macam novel-novel, antologi-antologi cerpen. Masa pesta buku fakulti 2 minggu lepas lebih kurang, ada la dalam 7 buku yang dibeli secara koloborasi dengan member aku. Disebabkan tiga sebab di atas, aku baru baca satu daripada 7 buku-buku tu. Buku yang satu itu ialah "Bayang - Nami Cob Nobbler - Lejen Press"

inilah Bayang.

Novel yang boleh aku kategorikan sebagai novel indie dari publisher yang boleh dikatakan agak indie ni yakni Lejen Press ditulis oleh seorang penulis indie di publishing stream dan tak berapa nak indie dalam dunia blogging iaitu Nami Cob Nobbler.

Ini sinopsis dari kulit belakang buku :

Faris merupakan seorang yang dilahirkan bijak, tetapi atas kesempitan masa mak ayah, dia dibesarkan bersama nenek yang pakciknya seorang pendera. Dari sini, dia mengenal Jack, yang membawanya ke negara Delta, dimana dia ada misi untuk membunuh seorang pemimpin negara musuh. Tamat persekolahan dan menceburi bidang teater, dia bertemu dengan Adleen, seorang pakar psikologi. Semua baginya logik walaupun mungkin tidak bagi orang lain. Dan bila pakciknya yang mendera itu mati dalam keadaan tragis, sedikit demi sedikit terbuka cerita – antara dua; yang mana pasti, yang mana hanya bayangan mimpi.

Lepas aku selesai baca novel ni, satu perkataan untuk merumuskan pembacaan aku; g-i-l-a. Gila. Cerita orang sakit schizo. Tapi yang uniknya, nama karekter utama ni Faris Ahmad. Mak dia cina. Bapak dia Melayu. Masa zaman kanak-kanaknya, sepupu Faris yang namanya Zairil dan Zairul selalu buli dia. Pakcik Azman, ayah Zairil dan Zairul panggil dia babi. Bukan setakat panggil babi, hari-hari adia kena libas dan sebat dengan paip getah, tali pinggang. Dia diseksa sampai macam tu sekali sebab mak dia seorang Cina. Pendera-pendera Faris semuanya rasis. Maka hidupnya terseksa sebab adanya satu sifat manusia yang bernama rasis.

Kalau zaman sekolah rendah dulu, kalau kita buat karangan, kita akan tulis dekat akhir karangan "rupa-rupanya aku bermimpi" tapi kalau dalam novel ni, ada perbezaan sikit. Pengakhiran dia lebih kurang begini; "rupa-rupanya aku gila. Ni semua ilusi". Kalau nak cerita panjang-panjang, aku malas. Baik beli sendiri atau pinjam kat aku buku ni. Sekian.


3 comments:

  1. kesimpulannya cerita dy buat ni hanya ilusi ke??? dan pakcik dy xmati pon??? dy terjadi dlm ilusi dy saja?? huhu...

    ReplyDelete
  2. cerita dia panjang lagi dan lebih kompleks dari yang ditulis dari sinopsis dan review aku.

    ReplyDelete