Saturday, August 13, 2011

13 Ogos

Salamalaik

Sila lihat tajuk entry. Sila bandingkan tajuk entry ni, dengan entry yang di bawah serta yang di bawahnya, dan juga yang dibawah bawahnya. Maka, perbezaannya, adalah nama bulan yang dijadikan tajuk. Jika entry-entry sebelum ni menggunakan nama Ramadan Al Mubarak, tetapi, entry yang satu ni menggunakan nama Ogos Al Merdeka.

Tahukah anda bulan Ogos bukanlah sekadar bulan kemerdekaan bagi konteks seorang warga negara Malaysia?

Baik, anda takkan tahu kalau aku tak bagi tahu.

29 Ogos 1992, aku dilahirkan. Maka, setelah dihitung, 16 hari lagi adalah ulang tahun kelahiran aku. Baik, objektif entry ni bukan untuk mempromosikan tarikh lahir aku. Demi menyahut seruan penulis blog FAA, entry ini diwujudkan.

Katanya, 'segmen'. Sejak berkecimpung dalam dunia penulisan maya ni, tak pernah aku buat benda-benda gitu. Jadi, inilah 'segmen' pertama yang aku sertai. Katanya lagi, kena huraikan perwatakan anak-anak Ogos, yakni diri sendiri tentang macam-macam sifat. Maka, mari kita lihat satu demi satu.

Suka berlawak
Sejujurnya, aku suka benda-benda yang ada elemen kelakar. Kalau berdebat, aku suka pendebat yang pandai memasukkan unsur-unsur humor. Tapi, masalahnya, aku tak ada bakat semula jadi untuk berlawak.

Mudah tertawan padanya
Sila lihat anak-anak Ogos yang lain. Aku tak pasti. Mungkin aku menawan di hati ibu. :)

Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain
Aku ni sopan santun kah? Setakat ni, belum lagi menjerit-jerit tak tentu hala depan umum. Mengambil berat? Selagi terdaya untuk menolong, mengambil tahu, dan mengambil berat, insya-Allah, tak ada masalah.

Berani dan tidak tahu takut
Berani untuk menjawab soalan exam. Boleh?


Orangnya agak tegas & bersifat kepimpinan
Kepimpinan? hmmm. Tegas? Sila tanya rakan-rakan aku.

Pandai memujuk orang lain
Pujuk untuk belanja? Pujuk untuk ikut jalan-jalan? Pujuk untuk sama-sama buat kerja? Termasuk dalam kategori pandai memujuk tak?

Terlalu pemurah dan bersikap ego
Mungkin. Selalunya, aku tak minta balik benda-benda, duit, harta yang telah dipinjamkan. "Halalkan saja" menjadi motto aku. Selalunya lah. Setiap orang ada ego masing-masing kan?

Nilai harga diri yang sangat tinggi
Siapa yang harga dirinya yang tak tinggi? Undeniable.

Dahagakan pujian
Tanya ibu saya. :)

Semangat juang yang luar biasa
Kalau pukul 6 petang  ada test atau quiz, pukul 5 petang akan mula menatap buku dan dengan tenang dan optimisnya berkata dalam hati, "Aku boleh score punyalah!"

Cepat marah dan mudah mengamuk
Fasal yang ini, boleh belek entry-entry yang lepas.


Mudah marah apabila cakapnya dilawan
Memang mudah marah tapi ada masalah dengan mengekspresikan kemarahan. Maka, apabila anda melawan cakap aku, kemungkinan tiada reaksi segera.


Sangat cemburu
Mungkin.

Daya pemerhatian yang tajam dan teliti
Aku selalu ingat nama orang lain. Aku suka duduk sendirian, tengok manusia lain. Aku suka meniliti apa yang orang disekeliling aku buat. Boleh dikatakan satu hobi.

Cepat berfikir
Bila aku bangun tidur, aku cepat memikirkan tentang apa yang aku mimpi masa aku tidur. Kesan, akibat, faktor, cara penyelasaian dan konklusi daripada mimpi-mimpi aku tu.


Fikiran yang berdikari
Bab berdikari ni kurang pengalaman. Tapi, kalau dicabar, insya-Allah boleh ditempuh.

Suka memimpin dan dipimpin
Pernah memimpin dan selalu dipimpin. Bukan semua pengalaman memimpin dan dipimpin adalah menarik. Ada yang buat kita suka memimpin dan dipimpin. Ada yang buat kita nak lari dari kedua-dua keadaan tu.

Sifat suka berangan
Berangan tentang masa hadapan. :)

Berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat
Seni lukis: Masa SPM, antara subjek yang diambil ialah Pendidikan Seni Visual. Alhamdulillah, dapat A.
Hiburan : Buat filem pendek tu bolehlah sikit-sikit.
Silat : Err.


Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
Mungkin benar.

Belajar untuk bertenang 
Sila lihat sifat 'semangat juang yang luar biasa'

Sikap kelam kabut
Sila lihat sifat 'belajar untuk bertenang'

Romantik, pengasih dan penyayang
Aku tak dapat nak hurai benda yang pertama ni. Pengasih dan penyayang tu selalu disalurkan kepada ibu, ayah, adik, kakak, nenek, ibu-ibu saudara, sepupu-sepupu kecil.

Suka mencari kawan
Dalam kebanyakan situasi, aku tak mencari. I just meet them and start to say 'Hi'.

Ok, baik. Tu sahaja sifat-sifat anak-anak bulan Ogos yang dikemukakan oleh cik FAA. Terima kasih. Seruan telah disahut.

Anda pula, bagaimana?


6 comments:

  1. aku ada software benda ni, kajian dr fadzhilah kamsah...

    ReplyDelete
  2. ~hebat presiden kite...mmpi pun siap ad kesan, akibt,fktr, cra pnyelesaian n konklusi...~
    :)

    ReplyDelete
  3. haha. tak ada la tiap² mimpi. mimpi² yang granddd je. haha.

    ReplyDelete
  4. kenape kebykan macam memuji diri sendiri je...ish, x segan ke faris nih..ekeke

    ReplyDelete