Sebuah katil di sebuah bilik,
Sebuah
kolej kediaman,
Sebuah katil kecil,
Merbok.
Kehadapan saudaraku yang kusayangi,
Bagaimana agaknya khabar saudara di
Merbok ya? Dengarnya musim tengkujuh sudah tiba di sana? Entah betul, entah
tidak. Tetapi menurut apa yang aku dengar, seringlah sangat hujan itu. Boleh
benar jika dikatakan tiap hari hujan. Hendak menjemur pakaian pun perlu tunggu
dua hari untuk kering. Itu pun, tidak benar-benar kering. Sejuk kain jadinya.
Mandi? Agaknya saudara pasti ada rasa malas-malas nak mandi bukan? Sejuk hingga ke tulang mungkin? Macamlah aku
tak kenal saudara, bila berbicara tentang sejuk, menggigil bukan main. Apa itu…
“alergi sejuk” ya? Aneh benar. Ada juga alergi untuk sejuk. Kalau alergi ubat,
alergi kuman, alergi habuk atau alergi peluh pernahlah juga aku dengar. Alergi
sejuk? Saudaralah yang pertama.
Oh ya,
sebelum terlupa, tahniah aku ucapkan pada saudara kerana memenangi pilihanraya
kelab kecil di tempat pengajian saudara. Ingatlah, bila ada yang mengundi, maka
adalah yang percaya. Mereka percaya pada saudara. Tidaklah patut jika saudara
mengecewakan kepercayaan mereka. Buatlah sehabis baik. Bukan ada satu hadis
yang bermaksud lebih kurang sebegini; “setiap dari kamu adalah ketua dan kamu
dipertanggungjawabkan atas tanggungjawab kamu itu”. Nah, jawatan itu amanah dan
bukan sekadar memenangi pilihanraya. Berat pastinya, bukan? Saudara, aku pasti
saudara akan buat sehabis yang baik. Aku harap sangat. Jangan kecewakan aku ya?
Dan paling penting, jangan kecewakan rakan-rakan yang mengundi saudara ya?
Saudara,
hidup di dalam kampus hari ini pastilah banyak cabarannya. Fizikalnya,
emosinya, mentalnya, pelajarannya, dan apa jua yang mencabar.
Dalam
menempuh cabaran, jangan sesekali saudara mengalah.
Sentiasalah
tabah.
Kalau tersadung batu dan rebah,
cepat-cepatlah
gagah.
Jangan biarkan terus kalah.
Duduk
lama-lama itu tradisi pengalah.
Biar jasad
yang berdarah bukan semangat yang menyerah.
Biarkan
tenaga terus dikerah agar bakti sentiasa tercurah.
Saudara, kiranya setakat ini
sahajalah warkah aku kali ini. Penat benar mataku pagi ini. Sepatutnya sudah
tertidur pun. Kata akhir dariku, salam sejahtera, salam berjuang, salam segalanya.
Sahabatmu yang sentiasa mengasihimu.
okay suka gambar itu .
ReplyDelete