Monday, December 6, 2010

Current Ups & Downs


malam manifesto election semester Mei-September 2010


Latar masa : Pukul 2:41 pagi. 
Latar tempat : Bilik B016, Kolej Malinja.
Latar masyarakat : Komuniti Pelajar Asasi Undang-undang.


Pagi-pagi buta macam ini, semua teman sebilik sudah lama melayan keempukan tilam bersama angin sejuk Merbok dan aku masih meniarap di atas katil, menghadap komputer riba setelah puas menyiapkan soalan-soalan tutorial subjek Introduction to Law II. Berlatarkan lagu-lagu Mestica dan UNIC yang kian jarang aku dengar, aku teringat tentang perbualan-perbualan antara ayah, brother Zul dan Syed iaitu antara tiga figura daripada ramai yang lain yang ada bercakap mengenai tentang satu temasya yang agak penting buat komuniti Pelajar Asasi Undang-undang di sini atau lebih dikenali sebagai 'Pre-Law Community'; 'Pre-Law Club's HiCOM election'.


Pilihanraya Ahli Majlis Tertinggi Pre-Law Community sudah lama menjadi buah mulut warganya sejak keputusan peperiksaan semester lepas dihebahkan lagi. Mengapa? Yang pastinya ialah kerana kelayakan untuk bertanding dalam pilihanraya tersebut adalah sangat bergantung kepada pointer peperiksaan semester lepas.


Aku? sekadar layak untuk bertanding.


Persoalan : Inginkah aku bertanding?


Kini, harapan, persepsi dan ekspetasi masyarakat sekeliling serta intuisi diri sendiri amat memainkan peranan yang penting dalam menjawab persoalan di atas. 


Kata ayah : Fikirkan yang terbaik. Nak puaskan hati masyarakat atau diri sendiri? Tak guna kalau orang sekeliling gembira di sebalik kekecewaan diri sendiri yang tersembunyi.


Kata brother Zul : Fikirkan ruang dan peluang yang tersedia. Mungkin ini peluang yang pertama dan terakhir.


Kata Syed : Fikirkan tanggungjawab. Sedikit sahaja yang diberi peluang.


Kata aku : Berikan aku masa. Aku tidak hidup untuk memuaskan dan menggembirakan 
                    manusia lain semata. Aku bukan penghibur.
                


Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment