Sunday, October 17, 2010

Alangkah Lucunya (negeri ini)

Menulis setelah lebih seminggu meninggalkan ruangan ini. Bukan kerana kekeringan idea atau kehilangan komputer riba (na'uzubillah) tetapi entah mengapa tidak dapat menterjemahkan idea ke bentuk penulisan.


Seminggu yang lalu (atau mungkin lebih) semasa bersiar-siar di ruangan sosial maya, ini yang saya terjumpa;



Bingung dan kosong bila melihat tajuknya; Alangkah Lucunya (Negeri ini). Tetapi, bila sesuatu dikongsi oleh Muiz Nasrallah, saya tahu ini bukan video atau filem kosong dan sia-sia. Maka, bermula dari bahagian pertama, filem ini habis saya tonton sehingga ke bahagian yang terakhir. 

Mengenai Filem Tersebut
Dengan jalan ceritanya yang jujur dan tidak berselindung serta tiada babak-babak murahan lagi klise seperti kebiasaan drama-drama Indonesia, filem ini sesuatu yang berbaloi untuk ditonton. Latar masyarakat bahawan Indonesia yang rata-ratanya mengalami masalah kewangan serta latar tempat yang jauh dari banglo-banglo mewah menjadi paksi kepada jalan penceritaan filem ini. Tiada pelakon-pelakon yang punya wajah-wajah putih-putih, kacukan Inggeris atau Belanda dan yang ada hanyalah wajah-wajah jalanan Indonesia yang mengharapkan hari esok lebih baik dari hari ini.


Saya tidak berniat untuk menceritakan secara terperinci mengenai filem ini. Namun, perkara pokok yang cuba  disampaikan dari filem ini ialah mengenai pendidikan, korupsi serta kaitannya dengan negara seperti Indonesia. 


Pelajar-pelajar yang punya ijazah namun tidak berkerjaya menjadi perwatakan utama watak-watak utamanya. Mereka turut diwarna-warnikan dengan kehidupan anak-anak jalanan yang tidak bersekolah dan menjadikan hasil kerja sebagai penyeluk saku untuk menyara kehidupan mereka yang daif lagi naif. 



1 comment:

  1. Salam alyk.
    Terbaik! Terima kasih atas perkongsian. Cerita begini yang perlu dihidangkan kepada masyarakat. Bukan cerita tahyul hantu yang semakin banyak di panggung.

    ReplyDelete